Bacaan Surah Yasin dan Tahlil
9:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari Khamis malam Jumaat lepas, kami mengadakan bacaan Surah Yasin dan tahlil di rumah Lina, anak buah Encik Suami. Ahli keluarga terdekat menjadi tetamu Lina dan suaminya.
Sumber : Google |
Selesai majlis, kami dijamu dengan pelbagai jenis kuih dan makan nasi berlauk. Lina masak dengan dibantu oleh Rini, terhidanglah:
- Nasi Putih
- Ayam Masak Merah
- Ikan Kutambak Goreng
- Singgang Ikan Putih
- Sayur Taugeh Tumis
- Ulam Kacang Bendi
- Sambal Belacan
- Sambal Kicap
- Bubur Jagung & Sagu
- Minuman Sunquick Kordial Tropika
Kuih-muih yang masih ada. |
Sekali gus sambut hari guru!
Antara lauk-pauk yang dihidangkan.
Nampak kemas dan bersih dapur Lina dengan tema putih merah jambu.
Tiba-tiba teringat kami beraya di rumah Lina pada malam raya kelima. |
Ketika ini Abang Farid dan Aseeyah masih ada di LD.
Apabila ada hidangan bihun sup, memang menu inilah yang diterkam dulu. Maklum sahajalah sudah banyak hari makan makanan berlemak!
Sedapnya bihun sup! |
Pelbagai jenis kek. |
Tidak ketinggalan, pudin Cocos! |
10 comments
Banyaknya kuih-muih.
BalasPadamHabis dah oleh kami malam tu!
PadamMenarik tengok pelbagai warna kuih dan kek. Sikitnya nasi Amie ambil.
BalasPadamDah dua mangkuk bihun sup masuk perut Nur!
PadamAmbil nasi sebagai syarat saja, sebab dah tak ada ruang nak simpan hahahaha!
kuih muihnya kelihatan delicious...mbul belom pernah icip okra dilalap kak amie..
BalasPadamterlihat jamuan sangat menggiurkan
Sedap lalap okra tau Mbul. Cubalah.
PadamKak Amie, pernah share resepi Puding Cocos tu tak?
BalasPadamMungkin ada.
PadamTapi tak pastilah pula SK.
banyaknya makanan sedap, itu okra rebus kah?
BalasPadammenu tu punyalah sedap..
BalasPadam