Pages

Isnin, 1 Mei 2023

Sedapnya Masakan Kampung di Rumah Terbuka!

Bismillahirrahmanirrahim.
Rumah terbuka raya ketiga dan terakhir yang kami kunjungi pada hari ini ialah di rumah anak buah Encik Suami, Ayen dan Hasna. Awal-awal lagi Hasna sudah beritahu kami hidangan yang disediakan ialah masakan kampung. Katanya lagi umbut kelapa masak lemak dan ikan goreng akan disediakan setelah kami tiba. 

Biasalah, kalau berkeluarga memang sporting semuanya! Lepak-lepak makan kuih dahulu sementara menunggu masakan siap. Kata Hasna, sedap kalau makan panas-panas.

Apabila kami sampai, Hasna sudah penuhkan meja dengan pelbagai lauk-pauk! Benar seperti apa yang dikatakannya, umbut kelapa masak lemak dan ikan goreng disediakan setelah kami sampai.

Cantiklah perancangan Hasna, sebab kami pun masih kenyang setelah beraya di rumah Pak Lin. Jadi, sementara Hasna teruskan masak umbut dan goreng ikan, sempatlah kami 'turunkan' nasi dalam perut!

Satu lagi, rasa terharu sangat di atas kesungguhan Ayen dan Hasna jemput saudara-mara datang bertandang walaupun ada masalah air di kampung. Hasna gunakan pinggan mangkuk pakai buang sebagai pilihan bijak.

Ulam kacang bendi dengan kacang botol.


Sambal colek resipi warisan arwah MIL.

Ulam Raja.

Ayam Masak Kicap.

Ayam Masak Palekko'.

Sup Ceker dengan Kundur & Kurma Merah.
Dua mangkuk kita hirup kuah sup kegemaran ini!

Sayur Umbut Kelapa Masak Lemak Cili Padi.

Tidak lama kemudian datanglah semangkuk Sayur Umbut Kelapa Masak Lemak Cili Padi. Kemudian diiringi dengan gorengan ikan basung yang pertama.

Ikan Basung Goreng.

Aduhai! Tak tertahan rasanya hendak ambil nasi putih, tambah sayur umbut dan ulam-ulaman serta sambal colek @ belacan. Dan paling menggoda sudah tentulah ikan basung goreng itu!

Bismillah.
Ketika menulis entri ini teringat-ingat betapa enaknya makan nasi dengan lauk-pauk hasil air tangan Hasna! Terima kasih daun keladi Hasna. Moga tambah rezeki dan kita dapat makan bersama-sama lagi!

20 ulasan:

  1. Nasib baik dapat makan. Haha macam saya menyesal ada tidak dapat rasa sebab kenyang.

    BalasPadam
  2. Biasanya masakan kampung le yang sedap. Pasti bertambah-tambah.

    BalasPadam
  3. uii..sedap2nya menu.umbut kelapa tu..sedapnya..mana nak cari ni

    BalasPadam
  4. Kak Amie , sebagai penyuka sayuran, saya rasa nak cobaaaa semua ulam dan sambal nyaaa πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜„. Nampak segar dan enak. Gulai umbut kelapa itu rebung yaaa? Saya juga sukaaaa masakan itu. Di sini pun rebung biasanya dimasak gulai, pedas. 🀀. Tapi di pasar dekat rumah saya jarang ada jual rebung. Susah sangat mencari itu

    BalasPadam
  5. Lauk kampung memang berselera makan, lagi² ada sambal belacan dan ulam. Peh.. πŸ˜‹

    BalasPadam
  6. Semuanya nampak sedap!
    Lama tak makan umbut kelapa Kak Amie...

    SELAMAT HARI RAYA buat Kak Amie sekeluarga. Maaf Zahir & Batin dari sy :)

    BalasPadam
  7. Dah beberapa hari makan rendang pasti lauk kampung menambah selera.

    BalasPadam
  8. sedapnya mkn masakan kampung kalau hari raya kan? lari dari rendang dan ketupat

    BalasPadam
  9. sayur umbut la paling feveret saya. Lagipun kalau kat pahang, lauk umbut kelapa ni memang masakan tradisi menyambut kehadiran menantu. asal ada orang kahwin je, menumbang kelapa kita...hehehe

    BalasPadam
  10. kita yang tengo ni pun terliur kak, biasanya masa awal raya je kita nak makanan rendang ketupat tu dah raya ke 3 - ke 4 tu kita nk makan lauk biasa je. Dapat lauk gini memang sedapla, siap ulam dan sambal belacan tu memang terangkat

    BalasPadam
  11. Bestnya dapat makan masakan kampung, lagi lah umbut kelapa masak lemak cili api ngan ikan goreng, mantap sungguh hidangan dari Hasna!

    BalasPadam
  12. umbut tu sedapnya, masak sup campur ikan bilis pun sedap

    BalasPadam
  13. Jarang orang hidang masakan kampung semasa hari raya. Tentu sedap, tambah pulak kita dah puas hadap menu raya yang biasa.

    BalasPadam
  14. ada ulam ulaman , memanggg sedapp
    bertambahh nasi blh jadi mkn mcm ni kan Amie

    BalasPadam
  15. Masakan kampung sedap n menyelerakan

    BalasPadam
  16. Uncle ni kalau mana-mana 'rumah terbuka' (baca percuma) semuanya sedap! hehehehe

    BalasPadam
  17. Balik rumah mertua hari tu pun mak mertua buat sayur umbut kelapa masak lemak, sambal asam kumbang dan ikan kembung goreng. Sedapnya makan panas2!

    BalasPadam
  18. aduhaiiii umbut kelapa di tayangnya. Memang ngences looooo. Susah nak dapat umbut kelapa di jual. Kalau nak buat juga kena tebang pokok kelapa le belakang rumah. huhuhu

    BalasPadam
  19. Sedapnya masakan kampung ada ikan goreng dan lalapan,apalagi kalau ada sambal belacanπŸ˜€

    BalasPadam
  20. uiiiii semua sedappppp ada ya g x jumpa jalan balik ke rumah lepas dpt mkn umbut kelapa😁

    BalasPadam