Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Semoga sentiasa tenang dan bersabar menghadapi cuaca panas sepanjang hari ini. Hari ini suhu di LD mencecah 34'C. Kelmarin bekalan air terputus disebabkan kerja-kerja penyelenggaran dari pagi sehingga ke petang. Namun begitu sehingga waktu ini, air masih kotor! Syukurlah Encik Suami simpan beberapa baldi dan penuhkan beberapa besen besar sebelum bekalan air terputus. Bolehlah digunakan untuk bersihkan diri, mencuci pakaian dan memasak.
Selamat berhujung minggu. Semoga sentiasa tenang dan bersabar menghadapi cuaca panas sepanjang hari ini. Hari ini suhu di LD mencecah 34'C. Kelmarin bekalan air terputus disebabkan kerja-kerja penyelenggaran dari pagi sehingga ke petang. Namun begitu sehingga waktu ini, air masih kotor! Syukurlah Encik Suami simpan beberapa baldi dan penuhkan beberapa besen besar sebelum bekalan air terputus. Bolehlah digunakan untuk bersihkan diri, mencuci pakaian dan memasak.
Tengah hari tadi kita masak ringkas sahaja. Kena jimatkan air untuk cuci periuk kuali dan pinggan mangkuk!
Kelmarin, kawan Encik Suami berikan pucuk betik dan bunga betik. Entah berapa kali Encik Suami beritahu, kawannya kata kalau masak pucuk dan bunga petik, tak perlu celur. Terus tumis begitu sahaja. Bagaimanapun Amie tak pernah endahkan kata-kata tersebut. Amie masak seperti biasa, celur terlebih dahulu bunga dan pucuk betik sebelum ditumis atau dimasak lodeh.
Pagi tadi, melihat Amie membersihkan pucuk dan bunga betik, sekali lagi Encik Suami berkata: Kawan kata kalau masak pucuk dan bunga betik, tak perlu celur, Terus tumis begitu sahaja!
Entahlah! Setahu Amie ahli keluarganya mesti celur dahulu pucuk dan bunga betik sebelum ditumis!
Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas Tanpa Celur |
Untuk memenuhi hasrat Encik Suami Amie pun ikut sahajalah saranannya yang entah berapa kali tidak pernah kita pedulikan itu! Amie pisahkan daun betik yang muda daripada tangkai dan bunganya. Daun tadi Amie hiris nipis dan kemudian bubuh dua sudu besar garam. Seterusnya Amie ramas sehingga keluar air dan cuci dengan air bersih. Amie perah airnya sehingga kering. Manakala tangkai dan pucuk betik yang masih muda Amie potong-potong. Amie campurkan dengan bunganya. Sewaktu menumis pucuk dan bunga betik tadi, Amie tambahkan satu cawan air dan biarkan sehingga pucuk betik menjadi empuk.
Setelah dihidangkan dan makan dengan nasi dan ikan goreng, barulah rasa kenapalah selama ini tak dengar cakap Encik Suami? Buang masa celur pucuk dan bunga betik! Rasanya lebih sedap berbanding dicelur terlebih dahulu. Walaupun masih ada rasa pahit, tapi tetap ada rasa lazat yang tersendiri. Bukankah pahit itu ubat?
Kalau boleh kita hendak ratah Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas Tanpa Celur sampai habis, tapi seganlah pula dengan Encik Suami...ahaks! Takut dia kembalikan paku buah keras sebab selama ini kita degil tak dengar cakapnya.
Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas Tanpa Celur |
Resipi Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas Tanpa Celur
Bahan-bahan:
- 2 pucuk betik muda - asingkan daun, tangkai dan bunga
- 1/2 cawan udang kering - rendan hingga lembut - tumbuk kasar
- 4 sudu besar minyak
- 1 cawan air
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
- 1 labu bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 tangkai cili merah
- 20 tangkai cili padi
Cara memasak:
- Hiris nipis daun betik muda - tambahkan 2 sudu besar garam - ramas hingga keluar air - cuci bersih - perah hingga kering
- Potong tangkai daun betik muda - siat kulitnya - campurkan bunga betik
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan hiris sehingga layu dan terbit aroma.
- Masukkan tangkai dan bunga betik.
- Gaul rata. Tuangkan air dan biarkan masak sehingga empuk.
- Kemudian masukkan daun betik.
- Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Gaul rata dan padamkan api dapur.
- Sedia untuk dihidangkan.
Itu batang dan bunga pepayakah?...emm..berarti bisa langsung di tumis ya kak..saya suka tumis daun dan bunga pepaya,tapi belum pernah coba batangnya.sedikit pahit tapi bikin selera makan😀
BalasPadamBukan batang papaya. Itu tangkainya, dari pucuk yang ada daun muda.
Padamtq kak amie.. saya tak penah lagi makan Pucuk & Bunga Betik bukan pucuk betikpahit ke.. maaf kalau salah hihi.. tapi bagus utk kesihatan kan
BalasPadamBagi yang tidak biasa makan, sudah tentu rasa pahit. Bagi kami, memang sedaplah. Dengan alasan pahit itu ubat hihihii
PadamMacamana agaknya rasa sayur pucuk bunga betik ni. Belum ada rezeki lagi mencubanya
BalasPadamSeperti juga peria, ada rasa sedikit pahit. Yang sudah biasa makan, tidak terasa pahitnya sudah.
PadamBiasanya kalau buat kerabu, mak saya suka letak pucuk betik dan bunganya. Sedap pedas² pahit² sikit. Tumis camtu tak pernah buat lagi. Mungkin boleh dicuba lain kali.
BalasPadamItulah, degil jugak Kak Amie ni ya, ahaks!
BalasPadamBagai terasa2 pahitnya bunga betik tu kat SA kak amie...mmg patut kena celur dulu kan...bagi kurang pahitnya
BalasPadam