Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas solat zohor, kami berangkat menuju ke Kampung Cocos. Gee mengadakan rumah terbuka dan kami, geng kaki jalan dijemput hadir. Memandangkan kami perlu menghadiri dua lagi jemputan rumah terbuka, jadi kami pun segera menuju ke rumah Gee. Suhu panas menyengat berubah menjadi dingin apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba ketika kami sedang menjamu selera! Alhamdulillah. Mudah-mudahan hujan rahmatlah hendaknya.
Ketika sedang menikmati juadah yang disediakan, tiba-tiba Gee tunjukkan sekeping bungkusan daun pisang. Katanya: Rasanya belum ada makanan ini dalam blogmu Mie.
Kita pun teruja hendak mengetahuinya.
Ini namanya junai, makanan tradisi orang Suluk, Gee menerangkan.
Apabila kita buka, ia seakan buras tetapi warnanya berbeza.
Sedap ni. Sudah cukup rasanya. Cubalah makan, ujar Mellisa, kakak Gee.
Kita pun cuba cicipi, dan memang rasanya sedap. Lemak-lemak secukup rasa.
Nanti kita sambung cerita tentang junai di bawah ye. Sekarang kita makan-makan dulu
Junai : Makanan Tradisi Masyarakat Suluk |
Bergambar kenangan dengan Gee yang akan bersara awal pada tahun hadapan. |
Bertemu lagi dengan Faridah & Masitah, rakan sekerja lama yang sudah berpindah ke tempat lain tapi bertemu di rumah terbuka raya Gee. |
Gee sediakan lemang kukus, nasi dan bihun sup. |
Sedap sungguh lemang makan dengan dendeng daging dan rendang ayam. Nanti hendak tutorial dengan Gee cara hendak buat lemang kukus. |
Setelah hujan berhenti turun, muncullah kawan-kawan geng kaki jalan untuk beraya di rumah Gee. |
Junai @ Nasi Junai |
Antara bahan untuk menghasilkan junai ialah beras, pes tiula itum @ sup hitam dan daun pisang. Pes Tiula Itum sudah mengandungi semua bahan perencah yang diperlukan seperti isi kelapa bakar, lengkuas, serai, kunyit, halia, serai, bawang dan sebagainya.
Oleh kerana junai begitu enak, lemak dan secukup rasa, maka secara tradisinya junai hanya dimakan bersama telur rebus. Bagaimana pun junai boleh dimakan bersama lauk-pauk lain juga. |
Terima kasih Gee & Mellisa dan anak buahnya kerana kongsi info tentang junai dan menerangkan dengan sabar tentang cara memasak junai. Selepas ini nampaknya Amie perlu memburu junai pula!
Macam kembar je dengan Gee....
BalasPadamKannn....kita pun baru nk komen yang sama..
PadamBagus Gee kenalkan junai pada Puan Amie.
BalasPadamPertama kali juga tahu tentang kewujudan orang/suku Suluk ni.
BalasPadamTertarik pula sy dgn junai tu, tentu sedap juga kalau makan dengan asam pedas macam burasak.
BalasPadamtak pernah jumpa atau kenal makann junai ni kak.... ingatkan hitam dia tu pakai daun lemuni macam nasi lemuni kat kedah tu. Sedap semua makanan yang dihidangkan tu kak oi
BalasPadamPertama kali kenal junai. Terima kasih, Amie, kerana berkongsi.
BalasPadamLemang kukus saya pun suka. Lembut je, dan tidak berkerak.