Pages

Sabtu, 20 Mei 2023

Bacaan Surah Yasin dan Tahlil

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari Khamis malam Jumaat lepas, kami mengadakan bacaan Surah Yasin dan tahlil di rumah Lina, anak buah Encik Suami. Ahli keluarga terdekat menjadi tetamu Lina dan suaminya.

Sumber : Google

Selesai majlis, kami dijamu dengan pelbagai jenis kuih dan makan nasi berlauk. Lina masak dengan dibantu oleh Rini, terhidanglah:

  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Merah
  • Ikan Kutambak Goreng
  • Singgang Ikan Putih
  • Sayur Taugeh Tumis
  • Ulam Kacang Bendi
  • Sambal Belacan
  • Sambal Kicap
  • Bubur Jagung & Sagu
  • Minuman Sunquick Kordial Tropika

Kuih-muih yang masih ada.






Sekali gus sambut hari guru!



Antara lauk-pauk yang dihidangkan.




Suka melihat sudut-sudut dapur Lina. 



Nampak kemas dan bersih dapur Lina dengan tema putih merah jambu.


Tiba-tiba teringat kami beraya di rumah Lina pada malam raya kelima.


Ketika ini Abang Farid dan Aseeyah masih ada di LD.


Apabila ada hidangan bihun sup, memang menu inilah yang diterkam dulu. Maklum sahajalah sudah banyak hari makan makanan berlemak!

Sedapnya bihun sup!

Sambung makan nasi lauk dendeng daging, ayam panggang dan ulaman.

Pelbagai jenis kek.

Tidak ketinggalan, pudin Cocos!

10 ulasan:

  1. Menarik tengok pelbagai warna kuih dan kek. Sikitnya nasi Amie ambil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dua mangkuk bihun sup masuk perut Nur!
      Ambil nasi sebagai syarat saja, sebab dah tak ada ruang nak simpan hahahaha!

      Padam
  2. kuih muihnya kelihatan delicious...mbul belom pernah icip okra dilalap kak amie..
    terlihat jamuan sangat menggiurkan

    BalasPadam
  3. Kak Amie, pernah share resepi Puding Cocos tu tak?

    BalasPadam
  4. banyaknya makanan sedap, itu okra rebus kah?

    BalasPadam