Pages

Sabtu, 11 Februari 2023

Jalan-Jalan Cari Dim Sum di KLIA2 (KLIA Terminal 2)

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas berziarah di Hospital Sungai Buluh pada 23 Januari 2023, Abang Farid dan Aseeyah hantar Amie ke KLIA (KLIA Terminal 1) untuk terbang balik Ke Kota Kinabalu. Oleh kerana Amie hanya bawa hand luggage, jadi tidak perlulah menunggu giliran untuk check in luggage. Lagi pun, sudah daftar masuk secara online 48 jam sebelum terbang.

Ketika itu jam menunjukkan angka tiga petang. Penerbangan dijadualkan pada pukul tujuh petang. Masih ada empat jam untuk menunggu. Kami putuskan untuk makan dan naik KLIA Ekpress ke KLIA2 (KLIA Terminal 2).

Makan-makan di Chris & Co



Tertarik melihat pelbagai gambar makanan di dalam katalog. 

Abang Farid: Honey Lemon (Hot)

Amie: Passion Watermelon Juice

Honey Lemon (Cold)

Amie: Seafood Fried Hor Fun

Abang Farid:  Kam Heong Chicken Chop Fish Fillet with Rice

Aseeyah : Nissin Noodle with Chicken Chop

Crystal Prwan Dumpling

3 Style Steamed Siew Mai

Steamed Dim Sum Mix Platter


Steamed Prawn Rice Roll Noodle 

Steamed Prawn Rice Roll Noodle

Seronoklah Amie dapat makan Steamed Prawn Rice Roll Noodle @ Cheung Fun. Sebelum ini beberapa kali hendak makan cheung fun di restoran dim sum tetapi asyik tidak ada. Itu pun Abang Farid yang tunjukkan dalam katalog. Kalau tidak, memang terlepas pandanglah.




Selepas makan di sini, kami sama-sama menaiki KLIA Ekpress dari KLIA2 (sekarang dijenamakan sebagai KLIA Terminal 2) ke KLIA (KLIA Terminal 1). Amie terbang ke Kota Kinabalu, Abang Farid dan Aseeyah bergerak ke Gombak, dan esoknya kedua-duanya balik ke Seri Iskandar.

11 ulasan:

  1. wah..ada dim sum restoran kat KLIA ye..bleh la cuba nanti ni..SA mmg suka dimsum..

    BalasPadam
  2. Lama betul sy tak makan dim sum...teringinlah pulak adoi 😅

    BalasPadam
  3. Nampak sedap semuanya kak.... aduh lahai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Dana, terutamanya cheung fun tu dan crystal dim sum tu.

      Padam
  4. Jauh pergi makan dari KLIA ke KLIA 2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak naik KLIA Ekpress. Lagi pun di KLIA2 banyak pilihan tempat makan.

      Padam
  5. Semua makanan dan minuman nampak sedapnya

    BalasPadam
  6. KLIA2 lagi banyak resto tapi jaranglah dapat ronda semua tempat.

    BalasPadam
  7. KLIA2 lagi banyak resto tapi biasanya jaranglah dapat ronda semua tempat.

    BalasPadam