Dapat Upah Nasi Ambeng

2:52 PTG

Hari ini anak-anak semua gerakkan tulang empat kerat dari awal pagi. Farid dan Fairuz selesai mencuci dan menjemur pakaian, membantu kemas dapur dan kemas rumah di ruang-ruang lain. Kemudian Fairuz pergi ke kedai membeli barang dapur yang diperlukan. Fuad telah menghantar Encik Suami ke klinik. Firdaus sibuk melayan Encik Suami sekiranya inginkan sesuatu seperti air untuk makan ubat dan sebagainya. Menjelang tengahari, anak-anak berkerumun di dapur. Masing-masing teruja melihat kita masak.
Amie sediakan hidangan nasi ambeng untuk seisi keluarga!


Sambil memasak, sambil menjawab segala pertanyaan anak-anak tentang nasi ambeng. Bukan mereka tidak pernah makan nasi ambeng kalau balik Malaya, tetapi mereka ingin tahu latar belakang nasi ambeng. Maklumlah, nasi ambeng sudah agak berbeza berbanding dahulu terutama ketika menghidangkannya. Dahulu nasi ambeng hanya ditemui di majlis kenduri kendara seperti kenduri kesyukuran, aqiqah, muputi dan sebagainya. Sekarang nasi ambeng boleh didapati di pasar malam. Dijual dalam bungkusan. Kalau kenduri pun, di kampung kami sudah tidak seperti dahulu. Nasi ambeng tidak dihidang dalam talam besar,  dan tidak lagi dikongsi 4-5 orang dan kemudian dibahagi-bahagi. Sekarang siap dibungkus satu-satu untuk diagihkan kepada para tetamu. Dan lagi satu, aktiviti rewang-rewang menyediakan nasi ambeng juga sudah semakin pupus. Orang kampung sudah 'pandai' membuat tempahan nasi ambeng kerana memang sudah ada peniaga nasi ambeng!


Walaupun banyak jenis lauk ambeng boleh diolah, tapi Amie memilih untuk memasak lauk asas sahaja sepeti ayam goreng dan serunding kelapa, sambal goreng dan mee goreng. 

Cukuplah dengan beberapa jenis lauk ini sahaja, sebab kalau terlalu banyak macam tak tahu pula mana satu nak dimakan, dan rasanya pun sudah bercampur-campur! Inilah uniknya nasi ambeng hidangan kenduri-kendara, lauknya tidak terlalu banyak jenis! Ikut kemampuan sahaja. Namun begitu pilihan lauk-pauk adalah terpulang kepada penyedia hidangan. Selain menu ayam goreng, masakan ayam kicap dan ayam ungkep masih menjadi pilihan.

Amie selitkan sekeping ikan masin dalam ambengan! Biasanya ikan masin bulu ayam, tapi mana ada ikan masin bulu ayam di LD. 



Anak-anak kata, kenyang betul makan nasi ambeng!
Sekarang sudah sunyi sepi. 
Tidurkah?
Atau kepenatan?
Yang pastinya tentu kekenyangan dapat upah makan nasi ambeng di hari minggu! 

18 comments

  1. Lama tak dengar kisah nasi ambeng Kak. Saya tahu pun dari kawan masa kerja di Johor dulu.

    BalasPadam
  2. Alllahhh sedapnya kak Amie..huhuu
    x berpeluang lg nk mkn nasi ambeng.

    BalasPadam
  3. Makan nasi ambeng kenyang betul. Suka variasi lauk.

    BalasPadam
  4. Tukang Kebun,
    Johor dan Selangor masih popular dengan nasi ambeng.

    BalasPadam
  5. Syaz,
    jemput makan nasi ambeng.

    BalasPadam
  6. Shida,
    memang sedap, lagilah kalau dapat nasi ambeng time kenduri tu.

    BalasPadam
  7. NA,
    wangi jew kan serunding nasi ambeng.

    BalasPadam
  8. Sedapnye
    Sejak PKP ni dah jarang2 ada kenduri
    Kalau tak dulu selalu aje mengadap nasi ambeng ni

    BalasPadam
  9. Menggamit memori lalu...kenduri di kampung mesti nasi ambeng.
    Sekarang di kampung BP, nasi ambeng dah dijual dikedai untuk sarapan pagi.
    Tapi kesedapannya berbeza dengan yang dibuat sendiri ni. Rajin Amie 👍

    BalasPadam
  10. Tak pernah rasa or dgr tentang nasi ambeng, tapi nampak sgt menyelerakan !

    BalasPadam
  11. Saya suka nasi ambeng. Mewah nasi ambeng ni kak amie. Jarang dapat nasi ambeng yang kena dengan tekak. Selalu orang berniaga asal boleh je jual nasi ambeng.

    BalasPadam
  12. Warisan Petani,
    mudah-mudahan keadaan akan pulih seperi dahulu.Nasi ambeng kenduri memang istimewa. Rasa sedap yang tersendiri.

    BalasPadam
  13. Ujie,
    betul tu, kalau balik kampung nak makan nasi ambeng beli jew di pasar malam, tapi aroma serunding kelapa dah tak sama seperti yang orang rewang buat.

    BalasPadam
  14. Atie,
    ooo ye ke, nasi ambeng ni terkenal dalam masyarakat Jawa terutama di Johor dan Selangor.

    BalasPadam
  15. Azhafizah,
    setuju... memang beza rasa nasi ambeng jualan dnegan nasi ambeng kenduri.

    BalasPadam
  16. bagi sy, nasi ambeng ni jadi sedap kalau lauk kicap dia ada ummpphhh!!! tu bg tekak sy laa bg org lain sy x tau hehehehe

    BalasPadam
  17. Dear Anies,
    betul tu lain tekak lain selera

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe