Aktiviti Snorkeling di Pulau Timba-Timba

10:34 PTG

Masih lagi cerita tentang pulau. Hari kedua di Pulau Pom Pom, kami belayar lagi bersama dua buah bot menuju ke Pulau Timba-Timba.

Menikmati suasana pagi  yang cerah di Mussah Poteh Resort, dengan matahari bersinar cemerlang dan air laut yang sentiasa jernih!

Bot pertama telah berlepas. Bot yang akan kami naiki sedang menanti kedatangan kami.

Ayuh! Bot mula membelah laut biru!





Tak ingat dah apa nama pulau ini. Dan tak pasti di mana arah utara, timur dan barat.... ahaks!

Terima kasih adik-adik pekerja resort yang dengan ramahnya memperkenalkan nama-nama pulau di sini. Di antara nama-nama pulau yang Amie ingat hanya Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil saja. 



Dah sampai ke Pulau Timba-Timba.

Pulau Timba-Timba ini pantainya berpasir putih halus, airnya bersih dan jernih! Ketika kami sampai, banyak pengunjung sedang bergambar di situ.

Kami pun tidak lepas peluang merakam kenangan di sini.

Boleh dikatakan hampir semua keluar dari bot untuk aktiviti snorkeling. Katanya di sini banyak penyu! Memang benar! Sewaktu Amie duduk di dalam bot memerhati pemandangan air laut, tiba-tiba timbul kepala penyu di permukaan air untuk mengambil nafas!

Selain aktiviti snokeling, aktiviti lain termasuk freediving dan scuba diving juga boleh dilakukan di sini. 

Sempat rakam gambar pemandangan di dalam air laut, tetapi tak berapa jelas. 


Kawan-kawan leka di dalam laut, mencari penyu dan bergambar bersama ikan serta merakam video di dalam air.

Ada beberapa buah bot yang membawa pelancong ke sini.



Inilah adik-adik pekerja resort yang peramah dan sentiasa memberikan bantuan kepada para pelancong.


Masa yang ditetapkan untuk kembali ke resort telah tiba. Namun, ramai yang masih beralktiviti di dalam air! Terpaksalah bot-bot mendekati mereka dan meminta segera naik ke dalam bot!

Memang seronok berada di dalam air laut, dunia yang berbeza dari daratan. Indah. Sunyi dan tenang!

Bot meluncur laju meninggalkan Pulau Timba-Timba, membawa penumpang yang basah selepas beraktiviti dalam air menuju ke Pulau Pom Pom. Sebentar lagi, selepas makan tengahari kami akan meninggalkan Pulau Pom Pom, pulau cantik yang mempunyai pantai dengan karang pasir berwarna putih. Pulau yang bersih tanpa sebarang pencemaran ini menjadi pilihan penyu Green dan Hawsbill untuk bersarang dan bertelur.

12 comments

  1. Wah indahnya!! Seronok bila pergi ke tempat sebegini.. tenang dan damai! Oh, bestnya ada penyu!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK,
      banyak kepala penyu timbul di permukaan air laut.

      Padam
  2. cantik sangat laut tu, mesti takkan lupa sampai bila2 kan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaz,
      betul tu, lain kawasan laut, ada ceritanya yang tersendiri.

      Padam
  3. teringin betul nak pergi snorkeling

    BalasPadam
  4. Cikgu Bada,
    Tiada yang dapat menandingi segala ciptaan-Nya.

    BalasPadam
  5. Atie,
    best dapat tengok hidupan air lebih dekat.

    BalasPadam
  6. Tukang Kebun,
    nampak batu karang yang cantik dan ikan dari atas bot pun rasa seronok sangat.

    BalasPadam
  7. Wah ke Pulau timba timba pulak. best explore pulau ke pulau ni. indahnya kalau ke pulau yang pasirnya putih, halus, air jenih dan bersih.

    BalasPadam
  8. Azhafizah,
    best... tapi banyak gambar hilang, terdelete.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe