Sarapan Pagi di Restoran Sri Melor, Semporna

1:31 PTG

Selepas turun dari Bukit Parapat, masing-masing berasa lapar. Akmi minta cadangan Amie untuk memilih restoran yang menghidangkan masakan tradisional Bajau, yang majoritinya merupakan penduduk asal daerah Semporna.

Oleh kerana Amie pernah bersarapan di Restoran Sri Melor bersama Encik Suami selepas PKP dulu, jadi Amie pun cadangkanlah di sini, dan juga di Restoran Kampungku. Mereka sepakat memilih untuk bersarapan di Restoran Sri Melor.

Nampaknya banyak lauk-pauk sudah tersedia. hanya pilih sahaja ikut selera masing-masing.

Ketam sumbat ini menarik perhatian Amie....nampak sedap! Bolehlah ratah-ratah!

Masing-masing mematuhi SOP yang telah ditetapkan terutama berkaitan dengan penjarakan fizikal semasa berada di meja makan.

Tak tahulah apa yang kawan-kawan pilih untuk sarapan pagi itu. Amie pilih tompek atau tinompek. Masyarakat Bajau di Semporna juga menggelarnya dengan nama aggang atau sinanglag.Tompek ini sama seperti putu, berasaskan ubi kayu. Bezanya, putu dikukus tetapi tompek digoreng tanpa menggunakan minyak sehingga berwarna kekuningan.

Amie nak makan tompek dengan ikan belais goreng.

Ambil juga ketam sumbat. Isinya memang isi ketam! Sedap!

Tidak ketinggalan, sagol atau senagol ikan buntal. Ikan buntal ada racun dan perlukan orang yang pakar untuk membersihkan dan membuang racunnya. Amie tak pernah masak ikan buntal, tapi biasa makan yang sudah siap dimasak oleh kawan-kawan keturunan Bajau. Selain  ikan buntal dijadikan sagol, ikan lain juga boleh digunakan seperti ikan yu, ikan pari, kiampau, tombad dan ikan lain. Untuk memberi rasa  kepada masakan sagol ini, hati ikan seperti hati ikan yu dan juga ikan pari hendaklah dihancurkan dan dimasak bersama isinya.

Ini ialah kima. Biasanya kima hanya dimakan mentah dengan perahan limau dan bahan perasa. Keluarga kima terdiri dari pelbagai jenis seperti sollot-sollot, bohe' dan juga lapiran. Kima yang Amie makan ini ialah kima yang sudah dimasak.
Kenyang betul makan sarapan di sini, dengan segelas kopi hitam panas! Alhamdulillah.
Kemudian kami pun meneruskan perjalanan ke Jeti Pelancongan Kg.Bangau-Bangau. Alamak!
Bangau-Bangau yang Kluster Bangau-Bangau itukah?
Adeeehhhh!

12 comments

  1. kak yang dari ubi tu... sikit-sikit macam masakan jawa yang di panggil tiwul@ketiwul, dari ubi yang di rendam lepastu di parut di jemur kering jadi macam tepung lepastu dia campur air panas campurkan dengan kelapa parut...

    banyak nya menu yang rare nih kak, sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dana, ada beza tiwol dengan tompek. Tompek tak direndam dan tak dijemur. Ubi diparut, perah air, kemudian disangai / sangan.

      Padam
  2. sedap2 nampak makanan2 tu semua sis ;)

    BalasPadam
  3. Syaz,
    inilah antara makanan tradisi masyarakat Bajau di Semporna.

    BalasPadam
  4. Teringin la nak makan ketam sumbat tu.

    BalasPadam
  5. Warisan Petani,
    betul tu Wak, lain tempat lain budayanya.

    BalasPadam
  6. Tukang Kebun,
    sedap ketam sumbat tu, isinya betul-betul isi ketam.

    BalasPadam
  7. Banyak menu yang rare tak pernah makan dan first time dengar. Ketam sumbat tu macam best je tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      Memang tak lepas peluang pergi tempat orang. Cuba sikit menu tradisi mereka.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe