Sembang Dari Dapur

1:09 PTG

Selamat berhujung minggu. Jom sembang santai-santai sambil menikmati suasana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, di Sabah sehingga 12 Oktober ini. Apabila lama berkurung di dalam rumah, dan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar mencari bekalan makanan, jadi syukur Alhamdulillah kerana masih boleh isi perut. Di tempat kami, pasar hanya dibuka pada pukul 8 pagi, dan ditutup menjelang pukul 2 petang.Jalan raya kembali sunyi, tiada lagi kenderaan lalu lalang seperti hari-hari sebelumnya. Jadi, setiap hari kami boleh buka tingkap ruang tamu, membenarkan angin menerjah masuk ke dalam rumah .... ahaks! 

Firdaus telah menjalani swab test, cucuk lubang hidung pada hari Khamis lepas (1 September 2020), tetapi gelang di tangannya masih belum boleh dibuka. Surat arahan kuarantin dari KKM juga masih belum dapat yang baru, masih Annex14b.

Nasi Lemak Sambal Kerang dengan Petai.

Layan selera anak-anak, dengan memasak nasi lemak. Sarapan kami awal minggu ini sudah merentas menu tradisi tanpa hirisan timun, dan kacang tanah goreng seperti kebiasaannya. Tak sampai hati nak suruh Encik Suami ulang-alik ke kedai atau pasar semata-mata nak beli timun dan kacang tanah. Amie pun tak sanggup nak berbaris, ambil suhu dan asyik pakai pelitup mulut dan hidung sepanjang berada di luar rumah. Masak sajalah apa yang ada. Tambah ikan basung (selayang) goreng sebagai lauk nasi lemak. 

Nasi lemak, ikan bilis goreng, sambal kerang, sambal kerang berpetai, telur rebus dan ikan goreng.

Buat dua jenis sambal. Asingkan sambal kerang untuk anak-anak. Kemudian masukkan petai dalam separuh lagi sambal dalam kuali. 

Anak-anak masak ikut mood! Kalau tak ada ayam, tak mahu masak. Tiba-tiba datang runner hantar KFC di depan pagar rumah. Ini kerja Abang Farid! Agaknya sudah terbiasa memesan makanan secara online ketika duduk di rumah sewa, jadi terbawa-bawa sehingga ke rumah sendiri!


Bingka Labu Lemak Kak Yong's Cookies.

Ketika diumumkan PKPBD empat daerah zon merah di pantai timur Sabah, kawan-kawan yang menempah bingka labu lemak banyak yang batalkan tempahan kerana sekolah ditutup. Amie tidak tempah, tetapi Amie pesan kalau boleh Amie beli tempahan yang dibatalkan itu, dan bayar runner untuk hantar ke rumah. Syukurlah ada beberapa rakan lain yang ikut jejak Amie, jadi tidaklah terbatal tempahan-tempahan tersebut. Bingka Labu Lemak Kak Yong's Cookies ini berharga RM35.00 untuk 50 biji. Oleh sebab agak banyak, dapatlah kongsi sebahagiannya dengan jiran.


Nasi Ayam Mandy.

Anak-anak teringin nak makan nasi Arab. Maka gigihlah sang ibu menyiapkannya di dapur. Membuat nasi Arab pada Amie lebih mudah kerana tidak perlu sediakan banyak bahan untuk mengolahnya, dan luknya pun ringkas sahaja.

Nasi Ayam Mandy dengan acar, sup dan sambal.

Fuad meminta supaya acar timun dan tomato itu ditambah yogurt dan mayonis selain. Patutlah habis licin acar itu anak-anak makan sebab ikut selera mereka! Kemudian mereka kata, tak puas makan nasi Arab! Mommy buat sikit sangat!

Nasi  Arab  Kabsah.

Keesokannya, sekali lagi Amie masak nasi Arab. Kali ini bukan Nasi Ayam Mandy, tapi Nasi Arab Kabsah pulak. Bezanya Nasi Mandy itu rasa rempahnya agak ringan dan warna nasinya kekuning-kuningan, manakala Nasi Arab Kabsah  pula agak terasa rempahnya ketika kita makan, dan warnanya  gelap sedikit bernading Nasi Arab Mandy.

Dua hari lepas, Abang Farid order lagi KFC.

Beberapa hari kebelakangan ini, hujan asyik turun mencurah-curah dan malam tadi banjir kilat di beberapa buah kampung dan bandar Lahad Datu. Kalau dari pagi mendung hingga ke petang, agaknya itulah yang buat perut cepat lapar! Jadi, Abang Farid rasa lebih mudah dan cepat membeli KFC secara online. 

American Breakfast. Menu ringkas untuk alas perut.

Apabila anak-anak pandai turun ke dapur dan memasak sendiri kalau berasa lapar, terkejut jugalah Encik Suami! Dulu, beli sebuku roti, sampai berkulat tidak disentuh. Sekarang, setiap hari mesti  beli roti. Tidak kiralah roti sandwich atau roti burger. Encik Suami nampak happy jew... sebab semua anak ada di sisi. Tapi menjelang pagi, ketika masuk dapur terdengar juga suara bebelan Encik Suami : Siapalah buang kulit telur atas sinki. Kenapalah plastik burger letak atas dapur? Itu belum kita pula yang sambung : Kenapa tak tutup bekas marjerin? Kenapa minyak terdedah dalam kuali tak bertutup? Tak tahukah kamu malam-malam datang tikus, datang lipas masuk dapur! Entah-entah masuk dalam kuali, berenang dalam minyak.... adeeehhhh!!!! 
Apa pun bila kami berdua sembang-sembang, rasa gembira dan senang hati pula mengenangkan anak-anak ada di depan mata. Bebel-membebel itu perkara biasalah!

Kuih pau inti ayam halia. Encik Suami beli untuk sarapan pagi.

Susu Kambing Saffron.

Firdaus memang manja betul dengan Abang Farid. Dia dengar dan ikut semua arahan Abang Farid. Tapi, Abang Farid pun selalu dia 'kerjakan' juga. Abang Farid yang akan jadi mangsa untuk sediakan minuman Susu Kambing Saffron untuknya. 


Susu Kambing Saffron ini Amie belikan untuk Firdaus, tetapi semua suka minum termasuk Encik Suami. Paling kuat minum susu, apa juga jenis susu sudah tentulah Fuad!

Tembikai pemberian jiran.


Dua hari lepas, jiran sebelah rumah hulur sebiji tembikai. Macam tahu-tahu saja di rumah kami memang semua kaki tembikai. Alhamdulillah. Orang memberi kita merasa. Moga tambah rezeki jiran kami.

Ikan cencaru kukus.

Kelmarin pagi, Encik Suami bawa pulang 4 ekor ikan cencaru dan 3 ekor ikan tuna segar. Amie teringin nak buat ikan cencaru sumbat kelapa tetapi tidak ada kelapa pula. Tak ada kelapa, sumbat sambal pun boleh, tapi saiz ikan cencaru itu agak besar pula. Nak goreng kuali tak muat, minyak pula kena bubuh banyak-banyak! Nak panggang, kuali ajaib tak muat juga! Akhirnya Amie kukus saja. Kukus koboi-koboi gitu... ahaks! Ketika sedang mengukus ikan cencaru, Farid masuk dapur. Kata Farid : Mommy masak makanan untuk kesihatan. Maknanya, dia tak berminatlah untuk makan ikan cencaru kukus itu!

Teringat cili jeruk campur bawang putih yang sedap sewaktu kami makan di Pom Pom IIsland, jadi Amie pun cubalah buat sedikit untuk dimakan bersama ikan cencaru kukus.

Cili padi dan bawang putih dicincang, tambahkan kicap lemak manis dan cuka.

Masak lemak pucuk paku.

Telur dadar.

Amie buat telur dadar sebagai persediaan sekiranya anak-anak tak mahu makan ikan cencaru kukus. Amie hidangkan ikan cencaru kukus panas-panas di atas meja. Tak sangka pula, semua nak makan ikan cencaru kukus cecah cili jeruk campur bawang putih! Abang Farid kata : Sedapnya! Ikan kukus ini segar! Ya... memang sedap, hanya dilumur sedikit garam dan kukus. Rasa manis isi ikan memang terasa! Habis licin dua ekor ikan cencaru kukus itu!

Nasi kuning.

Malam tadi, Fuad tanya.
Saya nampak ada ikan dalam freezer. Ikan apa itu Mommy?
Ikan tuna.
Mommy, esok pagi buat nasi kuning sambal ikan tuna ya?

Sambal Ikan Tuna.

Hati ibu mana sanggup tolak permintaan anak? Encik Suami pun sudah beri isyarat untuk masak nasi kuning sewaktu menjinjing ikan masuk dapur kelmarin pagi. Gigihlah kita bangun awal pagi, masak nasi kuning. Kali ini kita kukus nasi supaya tahan lama sampai ke tengahari. Masak lebih sikit sebab anak-anak memang suka makan nasi kuning sambal ikan tuna. 

Nasi kuning, sambal ikan tuna dengan telur rebus.

Tengahari ini tak masak nasi. Kalau lapar boleh makan nasi kuning. Kita masak sambal 2 ekor ikan tuna. Kalau telur rebus itu memang laku keras. Nak makan lagi, kena rebus sendiri.



Encik Suami baru pulang dari kampung. Katanya singgah gerai buah-buahan. Beli sebiji tembikai merah dan sebiji tembikai gadis manis.

Sekejap jew tembikai ini duduk di dapur. Nanti datanglah tukang buat jus buah mengerjakannya!
Sekian, sembang dari dapur di hari minggu.


14 comments

  1. tembikai gadis manis tu misti manis rasanye kan bahh

    BalasPadam
  2. Ummphhh indahnya entry ni, penuh makanan sedap!

    BalasPadam
  3. Saya suka sahaja ikan kukus cicah kicap cili.
    Apabila duduk rumah sahaja, memasak sahajalah terapi diri.
    Tabah ya. Semua pernah alami PKP.

    BalasPadam
  4. dalam semua, petai juga yang mengliurkan hahaha

    BalasPadam
  5. Wak Lat,
    betul Wak, manis dan kurang berair.

    BalasPadam
  6. NA,
    memang itulah sahaja yang dibuat, kerja rumah lain anak-anakdan suami tolong.

    BalasPadam
  7. Sambal petai nyum nyum.
    Kami ni pun tak dapat bergerak hari ni Kak sebab keliling banyak kawasan banjir.

    BalasPadam
  8. Tukang Kebun,
    dah mula banjir ke... hati-hati.

    BalasPadam
  9. seronoknya ke sini.. bilik best..makanan semua sedap2..

    BalasPadam
  10. Hayati,
    terima kasih... jemput makan.

    BalasPadam
  11. Sedapnya dua dua jenis nasi arab tu kak. Lama pulak tak makan nasi arab. huhu

    BalasPadam
  12. Azhafizah,
    kena ringankan tulang ke dapur.... Suami suruh penuhi selera anak-anak, maklumlah katanya lama sungguh tal berkumpul seisi keluarga.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe