Lunch, Dinner & Breakfast di Mussah Poteh Resort Pom Pom Island

1:12 PTG

Menurut Irene, kakak kepada empunya Mussah Poteh Resort ini, Mussah Poteh bermaksud mutiara berwarna putih. 

Di pintu masuk resort.

Ada rupa kulit tiram tak, yang terlekat pada susunan batu itu?

Papan tanda di Mussah Poteh Resort.


Yang bestnya tu, di papan tanda paling bawah ada : Turtles Eggs Sanctuary. Kami kurang bernasib baik kerana pada hari tersebut, tidak ada aktiviti melepaskan anak penyu ke laut. Kawan-kawan kami yang datang ke sini pada minggu lepas berkesempatan menyaksikan anak penyu dilepaskan di pantai ketika waktu pagi.

Kolam renang di hadapan dewan makan.

Rasa kagum sangat sebab walaupun pulau ini jauh dari tanah daratan tetapi pemilik resort berusaha memberikan khidmat yang terbaik. Kolam renang ini berisi air tawar, bukan air laut!

Memang nyaman sungguh menikmati hidangan di dewan makan sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan ini!

Kena tanggalkan kasut sebelum menaiki tangga menuju ke dewan makan.





Unik pula hiasan di atas dewan makan ini. Ada rupa tempurung kelapa, dan ada rupa ukiran kayu bentuk tampuk biji teratai pula.

Meja sudah dikhaskan untuk setiap kumpulan.

Aiikkk? Namaku dipaparkan di sini. Salah ejaan my daddy tu...ahaks!

Ahli kumpulan kami terdiri daripada 12 orang. Semuanya dari Lahad Datu. Nampak tersusun betul kerja-kerja di resort ini. Ketika kami sedang makan malam pula, datang pekerja dengan lembut meminta nombor telefon dan mengambil suhu badan kami.

Minuman sejuk dan panas ini disediakan sepanjang waktu. Boleh minum bila-bila masa sahaja.

Lemon teh sejuk.

Alhamdulillah.
Jumpa lagi lemon teh sejuk di sini. Maka bergelas-gelaskan meneguknya! Bila nak makan nasi, dah tak muat perut sebab penuh dengan air minuman. Maklumlah, cuaca panas memang lebih perlukan air berbanding makanan!

Tambah air Misa, jangan tak tambah!

Dikeliling tiang sanun, ada botol-botol berisi cili jeruk.

Cili jeruk.


Hirisan cili, bawang putih, kicap dan cuka.

Pematuhan SOP. Kami tidak perlu menyentuh dan bertukar senduk makanan. 

Hidangan tengahari sudah tersedia di meja makan.


Jom makan.

Bismillah.

Lauk pilihan Amie : sotong goreng celup tepung, rendang ayam dan sayur.

Dessert dihidangkan oleh pelayan resort di meja kami.

Katanya kalau nak tambah, minta saja.

Alhamdulillah.

Minuman petang disediakan, tetapi kami tidak sempat menikmatinya kerana masing-masing sibuk dengan aktiviti snorkeling, mengayuh sampan kristal, mengelilingi resort dan sebagainya.  Menjelang senja, barulah kami dapat berkumpul semula di dewan makan. Tepat pukul 7 malam, hidangan makan malam sudah disajikan.

Hidangan makan malam.

Seperti biasa, setiap kali makan pasti akan disediakan sup. Inilah suasana makan dan hidangan kalau datang ke Sabah. Baik waktu sarapan, makan tengahari atau malam, semangkuk sup kecil pasti tersedia di sebelah makanan.

Bersedia untuk menikmati sarapan pagi.

Masih mencari minuman kegemaran! 

Lemon teh dingin yang sedap itu!

Tambah secawan teh panas.

Alas perut dengan semangkuk kecil bubur nasi.


Sepanjang pagi, selepas bersarapan kami akan beraktiviti di pulau lain. Jadi kena isi perut untuk bekalan tenaga.

Tambah hidangan selain bubur nasi. Mee goreng, kentang goreng, sosej dan telur mata.

Hidangan tengahari.

Sebelum meninggalkan Mussah Poteh Resort, kami sempt menikmati hidangan tengahari buat kali terakhir di sini. Minuman yang disediakan bukannya lemon teh tetapi sedap juga! Cili jeruk yang kami ambil itu sangat sedap!

Diakhiri dengan dessert yang sedap!

Jumpa lagi menerusi entri seterusnya.
Terima kasih sudi membaca.

23 comments

  1. Unik aktiviti lepaskan anak penyu.

    BalasPadam
  2. NA,
    malam tu tak ada telur penyu menetas.

    BalasPadam
  3. Syaz,
    puas mandi di sini, tak payah turun ke laut

    BalasPadam
  4. Photografer nya hebat sangat mantup....

    BalasPadam
  5. bestnya..swimming pool view laut..
    cantik..cili jeruk..hehe..

    BalasPadam
  6. cantik semua gambar2. lagi best waktu2 cam ni dapat jenjalan.

    BalasPadam
  7. Wow..menarik..memang best kalau dapat jejalan

    BalasPadam
  8. INDAH N SELESA TEMPAT PERCUTIANNYA

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak amie
    Bestnya jalan jalan cari makan...tempat pun menarik, makanan pun cukup menyelerakan

    BalasPadam
  10. Nohas,
    cantikkan...macam atas kayangan pulak... ahaks!

    BalasPadam
  11. Azian,
    heheee... tak sangka pula lepas tu covid-19 datang balik.

    BalasPadam
  12. Cikgu Bada,layan jew kaki nak berjalan selagi boleh melangkah...ahaks!

    BalasPadam
  13. Lina,
    waalaikumussalam.... jalan-jalan rehatkan minda.

    BalasPadam
  14. Hirisan cili & bawang putih tu nampak mengiurkan kak amie :)

    BalasPadam
  15. Puan Hazel,
    sedap tu sampai saya teringat-ingat...kelmarin saya buat di rumah sendiri, cecah dengan ikan kukus.

    BalasPadam
  16. cantiknye resort ni! dah lama tak pegi bercuti... jealousnyaa :)

    BalasPadam
  17. Wah ada swimming pool dan makanan choices assorted. Best best.

    BalasPadam
  18. Tukang Kebun,
    anak-anak mesti seronok datang sini.

    BalasPadam
  19. Serius cantik resort dan view kat resort ni. Makanan pun banyak pilihan dan menarik. Rasa teringin nak bercuti kat sana.

    BalasPadam
  20. Azhafizah,
    Marilah datang sini, sementara negara ditutup utk pelancong luar negara.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe