Tanjung Parapat Semporna
10:45 PTGAgak lama juga Amie tidak buka folder berisi gambar-gambar sewaktu jalan-jalan ke beberapa buah pulau di sekitar Semporna. Rupanya ada gambar-gambar yang hilang, sama ada Amie terdelete atau ada yang mendelete. Apa pun, masih ada juga sedikit saki-baki gambar yang masih tersimpan. Gambar-gambar ini dirakam pada penghujung Ogos 2020 lepas.
Oh! Hampir terlupa nak bagi tahu, tempat ini di Tanjung Parapat, Semporna, Sabah Negeri di Bawah Bayu. Kiranya ini cerita lamalah, 29 Ogos 2020. Cerita sebelum daerah kami dikenakan PKPB Secara Pentadbiran.
Gambar pemandangan di Tanjung Parapat ini dirakam dari atas Bukit Parapat yang didaki oleh kawan-kawan. Amie duduk saja di bawah, malas nak bawa diri yang montel ini ke puncak bukit. Walaupun hanya setinggi 300 meter, tapi kalau hati dah keras macam batu tak mahu daki, memang dah tak ada siapa yang boleh pukuk dah.... ahaks!
Ketika ini jam menunjukkan angka lebih kurang pukul 9 pagi, dan merupakan waktu yang sangat cantik merakam panorama alam nan indah ciptaan Allah Taala.
Pemandangan di atas Bukit Parapat pun nampak cantik dari jauh! Amie dapat saksikan lalang-lalang ditiup angin kelihatan seperti hamparan sutera meliuk-liuk lembut! Cantik sangat!
Sementara menunggu kawan-kawan turun dari pendakian, Amie bersama ayah dan ibu Kavvy dan juga pemandu bas kami berjalan-jalan di sekitar pantai. Oleh kerana banyak gambar yang sudah hilang, jadi ini sahajalah yang dapat Amie kongsikan di sini.
Chalet-chalet yang terdapat di sini. Sebahagian agi masih dalam proses pembinaan.
Ada kalanya angin laut bertiup sangat kencang! Ketika itulah kami dapat saksikan lalang-lalang di Bukit Parapat meliuk-liuk seperti hamparan sutera hijau!
Nun di puncak Bukit Parapat itulah Kavvy, Risa, Misa, Kam, Yantie dan Akmi berada!
Nampaknya ini sahajalah gambar yang dapat dikongsikan di sini. Pesan pada diri sendiri, lain kali kena hati-hati ketika memindahkan gambar dari memory card ke dalam folder. Memang ketika Amie pindahkan gambar, Amie tak lihat semula gambar yang dipindahkan, dan kemudian Amie padam gambar dalam memori card.
Sesungguhnya alam ciptaan Allah tiada tandingannya!
Subhanallah!
14 comments
Sabah mmg cantik kan. teringgin nak pergi.. hopefully covid ni cepat habis
BalasPadamsayangnya semasa mengajar di sabah dulu x sempat sampai ke Semporna. Cuma pi Sandakan, Kudah n Gunung Kinabalu aje.
BalasPadamsubhanallah kak, cantiknya
BalasPadamCantik sungguh permandangannya. Mudah2an suatu hari nanti dapat jejakkan kaki ke sana.
BalasPadamAtie Zieya,
BalasPadamin shaa Allah, mudah-mudahan ada rezeki dan kesempatan untuk berkunjung ke Sabah.
Abam Kie,
BalasPadamboleh datang lagi, ronda seluruh Sabah, dan tempat-tempat yang belum sempat dikunjungi.
Norhidana,
BalasPadamMaha Suci Allah, Maha Pencipta dan tiada tandingannya.
Fadzillah,
BalasPadamin shaa Allah, apabila ada keinginan pasti akan kesampaian jua.
Subhanallah cantiknya! Belum ada rezeki lagi nak jejak kaki ke sabah, mudah-mudahan ada rezeki satu hari nanti
BalasPadamSyaz Rahim,
BalasPadamin shaa Allah, akan sampai juga suatu masa nanti.
Hari tu ingat nak datang menginap sini masa Oktober ni dah kena movement control balik. Cantik pemandangannya.
BalasPadamTukang Kebun,
BalasPadamnanti boleh datang lagi.
Cantik tempatnya kak. Best tu boleh hiking. Chalet pun comel je tengok
BalasPadamAzhafizah,
Padamkalau ambil video time lalang-lalang meliuk-liuk ditiup angin laut, tak tahu nak gambarkan betapa cantiknya! Bagai hamparan permaidani sutera warna hijau....