Selamat pagi semua.
Moga baik-baik saja sepanjang hari ini.
Jom sarapan pagi.
Menu kami pagi ini, hidangan ala-ala American Breakfast gitu.... ahaks!
Ketika bersarapan, tidak habis-habis berbual dengan Encik Suami tentang piliharaya negeri dan Covid-19 yang semakin hebat melanda negeri Sabah terutama sekali di daerah kami, Lahad Datu. Dari sehari ke sehari sekolah-sekolah semakin banyak ditutup. Murid-murid semakin ramai dikuarantin. Guru-guru pula sudah lebih dari bilangan jari satu tangan yang positif Covid-19. Kawan-kawan pun sudah mulai menjalani kuarantin kerana suami, isteri dan anak kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti Covid-19. Bermula daripada 2 banduan PATI yang positif Covid-19 di Lahad Datu, kini merebak hingga ke sekolah. Anak-anak sekolah juga mendapat jangkitan dari keluarga yang bertugas sebagai anggota polis, nurse dan yang sewaktu dengannya.
Sekolah sebelah kami, yang berkongsi kantin, sebelum ini ditutup 2 kelas kerana ada murid kontak rapat dengan ahli keluarga yang positif Covid-19, kelmarin pagi disahkan seorang gurunya positif Covid-19.
Allahu Akbar! Kami semakin ketakutan seolah-olah sedang menunggu malaikat maut muncul di pintu pagar sekolah!
Minggu lepas SMKS sudah ditutup berikutan 6 orang guru positif Covid-19, dan 4 orang muridnya juga positif. SMKA, sekolah Fairuz juga sudah ditutup kerana beberapa orang muridnya positif Covid-19. Ramainya murid di sekolah Fairuz, hampir 3,000 orang. Semua guru dan murid dari Tingkatan 1-3 telah menjalani swab test pada 17 September 2020. Sangat sedih! Swab test dijalankan sehingga pukul 10 malam. Itu belum lagi ujian saringan sama untuk murid tingkatan 4 hingga 6. SKSS juga sudah ditutup. Kelmarin, SKB pula ditutup dan SKSD, sekolah Firdaus juga ditutup. Baru dengar berita sebentar tadi, SKP juga ditutup. Esok lusa, tak tahu berapa banyak lagi yang positif, dan entah berapa buah lagi sekolah terpaksa ditutup!
Sekolah kami, dari 7 buah kelas tingkatan 3, hanya 10 orang murid sahaja yang hadir. Tingkatan 4, boleh dihitung dengan jari. Tingkatan 5, barangkali memikirkan SPM, mereka datang juga tapi terpaksa digabung kelas kerana jumlahnya sangat sedikit. Sesi petang pula, banyak kelas yang 0 kehadiran!
Firdaus belum mandi.
Encik Suami suruh sarapan pagi.
Semua abang, Farid, Fuad dan Fairuz menemaninya di meja makan.
Nampak lebih segar.
Sudah seminggu Amie 'cutikan' Firdaus dari bersekolah rendah dan sekolah agama.
Allahu Akbar!
Apa boleh buat dik.
Guru kelasmu positif Covid-19.
Semua rakan sekelas dan semua guru serta semua murid dari tahun 1-tahun 6 akan menjalani swab test di sekolahnya. Yang sudah menjalani swab test pada Isnin lepas, akan menjalaninya buat kali kedua pada minggu hadapan pula.
Moga semuanya berjalan lancar.
Allahu Akbar!
Keadaan semakin kritikal. Satu demi satu sekolah ditutup. Jumlah positif Covid-19 semakin bertambah dalam kalangan orang awam. Rayuan supaya PKPD dilaksanakan, setakat ini tidak diambil peduli. Teman-teman di Tawau juga dalam kebimbangan sama seperti kami. Kluster Benteng sudah merebak merata! Banduan PATI penyebab Covid-19 di Lahad Datu tidak datang ke sekolah, tapi di sekolah dengan pantasnya merebak virus ini dalam kalangan murid dan guru!
Baca berita, dengar berita pilihanraya pada 26 September nanti, pengundi yang sudah positif Covid-19 pun akan diuruskan untuk mengundi!
Tak pasal-pasal, pagi ini kepala jadi pusing memikir masalah negara! Benar-benar kepala jadi biol memikirkan juga tentang orang kayangan dan rakyat marhaen!
Hal yang sama juga terjadi di negara saya. Saat ini sedang memasuki masa kampanye pemilihan kepala daerah. Ada rasa khawatir melihatnya banyak kerumunan partisipan kampanye.
BalasPadamSemoga mata rantai penyebaran epidemi mematikan ini segera berakhir.
Allahu..sedih dan menakutkan situasi di sana. Kenapa la masih tak buat PKPD kan..
BalasPadamBerat hati membaca ..bila cikgu anak anak sekolah kena covid19.
BalasPadamDi negara sini gomen baru suruh masuk sekolah semula.
Mereka tengok msia ok.
Bila jadi begini ...masalah...
Macam dah jadi zaman perang dunia kedua meletus.
Sekolah tergendala.... Tapi sekarang wabak melanda. Pakai online kalau murid murid Ada access. Yang tiada bagaimana pulak.
Susah.. take care semua..didoakan semua sehat Dan selamat.
Di KK pun ramai ibubapa ambil initiatif cuti kan anak-anak.
BalasPadamKami mula bawa anak-anak yang tak asrama sejak COVID-19 ni kat Pulau yang pelancong cuma kami sahaja ada dengan bilangan pekerja satu tangan sahaja.
Take care Kak Amie dan Sekeluarga.
Allahhu moga kak amie dan semua disana dalam lindugannya..risau jugak saya membaca peningkatan yg mendadak di sabah..stay safe kak
BalasPadamTake care semua!
BalasPadamsesekali makan american breakfast pun sedap juga.. nyummy
BalasPadamRisau la dengan keadaan sekarang ni peningkatan kes covid di sabah. moga cepat keadaan terkawal. take care ya!
Itulah kan kak. risau betul kes makin meningkat kat sana. Dengan nak buat pilihanraya lagi. Memang pening untuk difikirkan. Semoga semuanya baik baik disana.
BalasPadam