Sambal Goreng Daging

7:53 PTG

Paparan Sambal Goreng Daging sekali lagi, dan entah kali ke berapa... ahaks! Moga-moga bila anak-anak sudah boleh memasak  menu kegemaran mereka ini, bolehlah jadikan paparan ini sebagai rujukan.
Barangkali istimewanya menu ini kerana rasa semulajadi bawang besar yang sama kuantitinya dengan daging. Ya, daging sekilogram, bawang besar pun sekilogram juga. Asal ceritanya, kawan kami bawa menu ini ke tempat kerja tapi tak tahu namanya. Bila kami minta senarai bahan, bawang yang digunakan sama berat dengan daging! Itu sebabnya, Amie namakan Daging Sekilo Bawang Sekilo! Sekali lagi Amie cuba jejak kawan tadi bila dia sudah berpindah ke Gombak, dan katanya nama resepi ini sambal goreng daging. Kelmarin, sempat lagi kami sembang di FB, dan katanya lagi baru dia teringat asal resepi ini ialah sambal goreng hati. Tak sempat tanya lebih lanjut, dan mungkin sambal goreng hati itu gunakan hati lembu, atau hati ayam? 
Apa pun, dari nama asal sambal goreng jadi resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo DSBS)! Bertahun-tahun gunakan nama DSBS... ahaks! Terima kasih sekali lagi buat Puan Imelda Shahriah Ishak yang meninggalkan kami di LD dengan resepi DSBS!


Bahan-bahan:
1 kg daging bahagian peha - potong kecil (ikut suka saiz yang dikehendaki) 500ml santan cair 250ml santan pekat 5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang 1 kg bawang besar - hiris kasar 300 gram cili merah 3 cm halia - tumbuk 5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 1/2 cawan bancuhan air asam jawa garam / gula / perasa pilihan 1/2 cawan minyak minyak

Ini daging bahagian peha belakang. Terpulanglah nak gunakan daging bahagian mana asalkan menepati selera.

Sambal Goreng Daging ini kami suka makan dengan nasi himpit, ketupat, pulut dan juga kelupis. Jadi, untuk menyenangkan masuk mulut, potong saiz kecil saja. Bolehlah makan seketul nasi himpit dengan seketul sambal goreng daging....hiks!

 Sekilogram daging bahagian peha yang sudah siap dipotong kecil-kecil.

Bawang besar pun mesti sekilogram juga, sama berat dengan daging. Nak guna bawang Holland pun boleh. Sebelum ini pun Amie selalu gunakan bawang Holland.

Boleh hiris ikut suka. Nak cincang pun boleh. 
 
Inilah hasil hirisan sekilogram bawang besar.

 Amie gunakan 300 gram cili merah.

 Hiris serong atau bulat, mana-manalah ikut suka.



 Halia dan bawang putih yang ditumbuk.

Ada santan pekat dan santan cair. Kalau daging masih keras, bolehlah lebihkan tambah santan cair, atau air panas saja. Bab tunggu daging lembut ni yang kadang-kadang rasa tak berapa rajin nak masak. kalau ada periuk ajaib NOXXA, bolehlah gunakannya.

 Inilah antara bahan yang digunakan dalam masakan Sambal Goreng Daging.



Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan halia dan bawang putih tumbuk. Tumis hingga layu dan terbit aroma.
  3. Seterusnya masukkan bawang besar. Gaul dan teruskan tumis hingga layu.
  4. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
  5. Masukkan daging dan gaul rata.
  6. Kemudian masukkan 500 ml santan cair dan biarkan mendidih seketika. Kemudian perlahankan api. Tutup kuali.
  7. Gunakan api besar. Kacau masakan sehingga daging berubah warna.
  8. Kacau selalu supaya sebati, kemudian taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  9. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat, bancuhan air asam jawa dan gula.
  10. Tutup api dapur setelah kuah pekat dan terbit minyak.
  11. Sambal Goreng Daging siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / pulut /lemang / kelupis/ buras / roti dll.

Boleh tonton video masakan Sambal Goreng Daging di bawah ini:


6 comments

  1. Nampak sedap... Nak cuba lah nanti resepinya. Boleh dimakan bersama ketupat pulut. Masih ada ketupat frozen baki hari raya baru-baru ni.

    BalasPadam
  2. asal je daging mesti sangat suka tapi ni tgh eat clean, kena diet daging dulu lah gamaknya.
    hanya mampu tengok dari jauh.... sedap.... sedap..... sedap!

    BalasPadam
  3. Wah mmpak sedap ni amie. Boleh try nnti..

    BalasPadam
  4. mantap nampaknya menu tu kak bila tengok dia punya bahan-bahan, dana rasa dulu mesti dia guna hati lembu kak sebab lagi sesuai untuk di masak dengan lama, kalau guna hati ayam masak lama sikit hancur lah dia hehhehe...

    BalasPadam
  5. Nak Cuba jugak. Terima kasih.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe