Nasi Ayam Amie's Little Kitchen (Versi Goreng & Rebus / Kukus) & Sambutan Ulang Tahun Encik Suami

7:05 PTG

Cerita kelmarin.
Semenjak PKP bermula 18 Mac 2020, ada kalanya terlupa hari ini hari apa! Tarikh pada setiap hari yang dilalui, memang tak peduli langsung! Kecuali kalau hari tersebut hari Jumaat, maka esoknya sudah tentu hari Sabtu!
Dan...
Kelmarin hari ulang tahun Encik Suami yang juga hampir 'diterlupakan'!
Oleh kerana sedang mengikuti kursus, tak dapat hendak buat persediaan sambutan ulang tahunnya. Dalam perjalanan pulang, memang memikirkan apakah hidangan yang agak istimewa dalam suasana tak sempat buat persediaan sambutan ulang tahun yang boleh dimasak untuk keluarga. Nak buat BBQ, dua hari lepas sudah puas meratah sayap ayam dan lamb! Masak apa yang sedap tapi mudah? Tak perlu banyak bahan yang digunakan!
Nasi ayam!
Yeaaayyy!
Agak lama juga tidak masak nasi ayam. Tapi, kenalah cari ayam segar supaya terbit keenakan nasi ayam ketika dinikmati nanti.
Sebelum sampai ke simpang jalan menuju ke rumah, kereta terus menghala ke Pasar Seri Perdana. Tawakal! Mudah-mudahan ada ayam segar!
Alhamdulillah. Masih ada ayam segar bulat sekor-sekor!.
Minta peniaga ayam belah 2.
Beli serba sedikit bahan masakan lain, dan terus pulang.
Minta tolong Fairuz memasak di dapur. Firdaus pun kacau-kacau juga.
Fuad sedang mengikuti kelas online.

Walaupun makan tengahari yang agak lewat, tapi cukup meriah! Persediaannya sangat ringkas! Namun terpancar kegembiraan dan keceriaan di wajah anak-anak dan Encik Suami di meja makan.

 Set Hidangan Nasi Ayam Goreng & Kukus untuk Encik Suami.

Kelmarin, Firdaus kutip sebiji mangga udang di belakang dapur  yang sudah masak seberat 2.167 kg. Oleh kerana tidak habis dimakan, sebahagiannya lagi disimpan dalam peti sejuk, dan Fairuz jadikan sebagai puree mangga.

Suasana sambutan ulang tahun kecil-kecilan ini diserikan dengan sebiji Red Velvet Cake. Sebagaimana sambutannya yang kecil-kecilan, keknya juga bersaiz kecil.

Jom kita beralih cerita tentang resepi pula.
Amie olah ayam menjadi dua jenis, iaitu ayam goreng dan ayam rebus / kukus. Mula-mula Amie sediakan terlebih dahulu Sambal Nasi Ayam. Memang kena sediakan lebih awal supaya rasanya sebati dan enak dinikmati bersama nasi ayam nanti. 

Sambal Nasi Ayam
Bahan-bahan: 4 biji cili merah - buang biji 15 bili cili padi 1 biji tomato 7 ulas bawang putih 2 cm halia muda 2 sudu besar jus limau kasturi garam/ gula / perasa pilihan secukupnya Cara memasak: 1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus. 2. Sediakan sambal ini sekurang-kurangnya satu jam lebih awal supaya rasanya lebih mesra ketika dinikmati bersama nasi ayam.


Bahan-bahan Sambal Nasi Ayam.

 Sekarang kita cerita tentang sup / air rebusan ayam untuk masak nasi ayam pula.

Bahan-bahan untuk sup / air rebusan ayam:
1 ekor ayam - belah 2 - potong kaki, leher dan bersihkan hati serta mempedal ayam untuk direbus bersama 2.5 liter air- (setelah mendidih dan ayam 3/4 masak, ambil 5 cawan air rebusan ayam digunakan untuk masak nasi) 5 ulas bawang putih - pecahkan 1 labu bawang besar - belah 8 4 batang pokok bawang - ambil bahagian berwarna putih sahaja 3 cm kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 2 cm halia - diketuk 1 sudu kecil lada putih - ditumbuk garam / perasa pilihan secukupnya hirisan daun bawang / daun sup / bawang goreng untuk hiasan -tambahan 20 biji fishball atas permintaan anak-anak (tak perlu bubuh kalau tak mahu) Cara memasak: 1. Didihkan air di dalam periuk. 2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali lada putih, hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. 3. Masak sehingga ayam 3/4 masak. 4. Keluarkan sebelah bahagian ayam untuk diperap. 5. Masukkan lada putih dan garam / perasa pilihan ke dalam periuk. Biarkan seketika. 6. Keluarkan sebelah lagi rebusan ayam untuk dikukus. 7. Ambil 5 cawan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi ayam. 8. Masukkan fishball, biarkan seketika dan kemudian taburkan sedikit hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. 9. Tutup periuk. Padamkan api dapur
 
Sup Nasi Ayam.


Kita masak nasi ayam pula.

Bahan-bahan untuk memasak Nasi Ayam:
5 cawan beras wangi 5 cawan air rebusan ayam 1 sudu besar stok ayam pekat +1 sudu air 3 sudu besar marjerin 3 ulas bawang putih - hiris halus 2 cm halia muda - hiris halus 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 2 helai daun pandan - potong-potong Cara memasak: 1. Tekan butang on pada rice cooker. Panaskan marjerin di dalam rice cooker hingga cair. 2. Tumis hirisan bawang putih, halia muda, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta daun pandan. Kacau sehingga terbit bau. 3. Masukkan beras dan gaul rata. 4. Kemudian tuangkan stok ayam pekat yang telah dicampur dengan 1 sudu besar air. 5. Tuangkan air rebusan ayam. 6. Kacau beberapa kali dan kemudian tutup rice cooker. 7. Biarkan sehingga nasi menjadi tanak.

Air rebusan ayam untuk masak nasi ayam.



Cara menyediakan Ayam Kukus:
1. Ketika nasi ayam sedang mendidih, masukkan ayam yang telah 3/4 masak direbus tadi di dalam bekas pengukus dan masukkan ke dalam rice cooker. Biarkan sehingga nasi tanak.
2. Keluarkan ayam, dan potong ikut saiz yang disukai. 3. Tuangkan sedikit air rebusan ayam. 4. Renjiskan dengan 2 sudu besar minyak bijan.
5. Taburkan dengan hirisan daun bawang.

Rice cooker Amie memang ada bekas pengukus. Kalau tak ada rice cooker jenis tersebut, bolehlah masukkan ayam di atas nasi ayam yang baharu kering, kemudian tutup rice cooker. Ayam tadi pun sebenarnya sudah 3/4 masak. Jadi, ayam tetap masak dengan cara kukus di dalam rice cooker.


Keluarga kami suka makan kedua-dua jenis masakan ayam ini iaitu ayam rebus / kukus dan juga ayam goreng. Kalau makan nasi ayam di luar, memang kami pesan nasi ayam kukus.



Cara memerap & menggoreng ayam:
1/2 ekor ayam yang telah direbus 3/4 masak - toskan
3 ulas bawang putih tumbuk
2 cm halia - tumbuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar kicap manis
garam / perasa pilihan secukupnya
Perap daging ayam bersama semua bahan di atas selama 30 minit.

Cara :
1. Setelah daging ayam berwarna kuning keemasan atau telah masak bolehlah diangkat.
2 . Goreng tenggelam di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.


Ayam Goreng sudah siap. Sekarang kita sediakan Kicap Nasi Ayam pula. Baki atau lebihan bekas perapan ayam jangan dibuang. Bahan inilah yang akan digunakan sebagai Kicap Nasi Ayam.


Cara menyediakan Kicap Nasi Ayam: Gunakan lebihan bahan perapan ayam goreng. Masukkan bahan lebihan tadi ke dalam periuk. Tambahkan: 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap lemak manis 1 sudu kecil serbuk pati ayam 1 sudu kecil serbuk lada sulah 1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan 1 cawan air Masak di atas api perlahan. Sentiasa kacau. Apabila kuah kicap mulai pekat, padamkan api dapur.




Nasi Ayam Versi Goreng & Kukus dah siap. Lengkap dengan sup dan juga puree mangga.


Ada menu tambahan iaitu kerabu mangga.

 Dan juga sayur campur kegemaran anak-anak.


Ini sahajalah yang sempat kami sediakan untuk sambutan ulang tahun Encik Suami. Sederhana tapi meriah dengan gelak tawa sekeluarga!

Selamat ulang tahun Encik Suami.
Moga sentiasa sihat dan gembira bersama sekeluarga!

Untuk melihat proses memasak Nasi Ayam Versi Goreng & Kukus, boleh tonton video di bawah ini:



3 comments

  1. perghhhh
    menggoda iman betul bila tengok
    haaha
    sedapnya

    BalasPadam
  2. untung orang teror masak macam akak nih, tak payah pening-pening makan kat kedai tengok menu nasi ayam akak tu pun dah special sangat, siap ada kek lagi....
    sedap betul semua makanan tu kak oi... lagi lah bila dah di hidangkan

    BalasPadam
  3. selera betul tengok nasi ayam tu... nampak sedap betul

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe