Jom buat Kuih Permata Zamrud. Dah bertahun nak buat kuih ini, dan nampaknya baru petang kelmarin ada kesempatan di dapur. Amie panjangkan resipi dari FB FARISHA SOFEA. Kuih ini nampak comel jew, dengan warna hijau zamrud. Ibaratnya sebentuk cincin permata zamrud! Kalau ada kesempatan untuk membuatnya lagi, Amie akan kecilkan sedikit saiz permata zamrud ini, sebab bila kali pertama buat, nampak besar tersembul pulak permatanya!
Bahan yang digunakan pun senang untuk diperolehi, dan membuatnya pun sangat mudah juga!
Permata zamrud warna hijau ini diperbuat daipada tepung pulut berintikan kelapa. Bahagian luarnya yang berwarna putih pula ialah campuran santan pekat, tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum.
Bahan A :
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan air pandan
sedikit pewarna hijau
3/4 cawan air pandan
sedikit pewarna hijau
Bahan B :
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Bahan Inti Kelapa :
1 cawan gula merah
sedikit gula pasir ( optional )
1/4 cawan air
1 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut
2 sudu besar tepung jagung
sedikit gula pasir ( optional )
1/4 cawan air
1 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut
2 sudu besar tepung jagung
Cara membuat inti:
- Cairkan gula merah bersama air dan daun pandan di atas kuali .
- Kacau sebati sehingga gula hancur ke semuanya .
- Masukkan kelapa parut .
- Gaul sebati sehingga kering .
- Masukkan tepung jagung , gaul rata .
- Tutupkan api .
- Ketepikan, biarkan sejuk
Cara membuat doh:
- Masukkan tepung pulut ke dalam bekas.
- Satukan pewarna hijau dan air pandan .
- Tuang sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
- Bulat-bulatkan doh kepada beberapa bahagian kecil , ketepikan.
- Masukkan pula ke semua Bahan B ke dalam periuk.
- Kacau sehingga tiada adunan tepung yang berketul.
- Masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga naik wap sahaja , ketepikan.
- Sediakan acuan lompang , sapu sedikit minyak pada acuan.
- Ambil satu doh dan leperkan.
- Masukkan inti kelapa dan tutupkan doh dengan kemas.
- Bulatkan semula doh dan masukkan ke dalam acuan.
- Ulang proses sehingga habis.
- Tuangkan Bahan B tadi ke dalam acuan.
- Pastikan adunan santan tidak menutupi adunan doh.
- Susunkan di dalam pengukus.
- Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana atau sehingga masak.
Permata Zamrud sebelum dikukus.
Permata Zamrud setelah dikukus.
Permata Zamrud sedia untuk dinikmati.
Nampak sedap amie. Rasa macam nak buat pulak petang ni. Tq bagi idea.
BalasPadamtak pernah makan lagi kuih permata zamrud ni kak Amie, nampak sedap dengan inti kelapa tu..
BalasPadamIbundo,
BalasPadamTak cerewet mana kuih permata zamrud ni kan Bundo.
Cik Matahariku,
ye, macam kuih koci rasanya.
1st time dgr kuih ni..tkpernh mkn
BalasPadam