7 Resepi Sambal Belacan Meletop Terlajak Sedap!
11:32 PG
Mari kita sembang tentang sambal belacan.
Sambal belacan merupakan hidangan sampingan dan dianggap sebagai pelengkap lauk-pauk. Kehadirannya memang sangat penting terutama ketika menjamu selera dengan hidangan dan lauk-pauk kampung seperti ikan goreng, serta ulam-ulaman. Cara olahannya juga sangat ringkas, sekadar belacan, cili dan juga bahan perasa sebagai penyedap. Apa pun, olahan sambal belacan semakin menarik dengan pelbagai bahan tambahan seperti mangga, belimbing buluh, binjai dan sebagainya.
Sukatannya pula tidaklah terhad kepada berapa banyak cili atau belacan. Terpulang kepada penggemarnya sama ada inginkan sambal belacan yang lebih pedas atau pedas-pedas manja sahaja.
Ada yang suka belacan yang dibakar terlebih dahulu, dan ada yang sebaliknya. Cilinya pula, ada yang suka tambahkan cili merah atau cili hijau, atau ada yang hanya gunakan cili padi sahaja.
Untuk tambah kelazatan sambal belacan, jangan lupa perahkan jus limau kasturi atau limau nipis!
Berikut Amie kongsikan 7 Resepi Sambal Belacan Meletop Terlajak Sedap.
Cubalah!
Bahan-bahan:
20 biji cili padi kampung - campur merah dan hijau
1 keping belacan seberat 20 gram
5 biji belimbing buluh - belah 4
1 labu bawang besar - hiris nipis
2 sudu besar jus limau kasturi
garam / gula secukup rasa
Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama belacan dan hirisan bawang besar. Jangan terlalu lumat / hancur.
2. Masukkan belimbing buluh dan lenyek hingga hancur menggunakan anak lesung.
3. Tambahkan garam dan gula serta jus limau kasturi.
4. Gaul rata.
5. Hidangkan bersama ulam-ulaman.
Resepi: Sambal Belacan Bambangan
Bahan-bahan:
1 cawan hirisan buah bambangan
1 sudu besar belacan Papar (apa jenis belacan pun boleh)
10 biji cili padi
1 labu bawang besar - hiris halus
2 sudu besar jus limau kasturi
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk belacan bersama cili padi, gula / garam / perasa pilihan. Suka hati nak cili hancur lumat atau kasar-kasar.
2. Masukkan hirisan bambangan dan lenyek bersama sambal belacan.
3. Masukkan bawang besar dan juga jus limau kasturi.
4. Gaul sebati.
5. Biarkan seketika sebelum dinikmati supaya semua bahan menjadi mesra.

Resepi: Sambal Belacan Manggis
Bahan-bahan:
10 biji cili padi
1 labu bawang besar - hiris halus
2 sudu besar jus limau kasturi
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk belacan bersama cili padi, gula / garam / perasa pilihan. Suka hati nak cili hancur lumat atau kasar-kasar.
2. Masukkan isi manggis dan lenyek sedikit bersama sambal belacan.
3. Masukkan bawang besar dan juga jus limau kasturi.
4. Gaul sebati.
5. Biarkan seketika sebelum dinikmati supaya semua bahan menjadi mesra.
2 biji buah manggis - keluarkan isisnya
1 sudu besar belacan10 biji cili padi
1 labu bawang besar - hiris halus
2 sudu besar jus limau kasturi
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk belacan bersama cili padi, gula / garam / perasa pilihan. Suka hati nak cili hancur lumat atau kasar-kasar.
2. Masukkan isi manggis dan lenyek sedikit bersama sambal belacan.
3. Masukkan bawang besar dan juga jus limau kasturi.
4. Gaul sebati.
5. Biarkan seketika sebelum dinikmati supaya semua bahan menjadi mesra.
Resepi: Sambal Belacan Mak Mentua
Bahan-bahan:
1 keping belacan - 20 gram
30 biji cili padi
1 biji limau nipis
3 biji limau kasturi
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris kasar:
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
Cara:
1. Goreng bawang putih, bawang merah, belacan dan cili padi menggunakan sedikit minyak. Toskan.
2. Tumbuk kesemua bahan gorengan tadi di dalam lesung hingga lumat dengan menambahkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Masukkan perahan jus limau nipis dan limau kasturi. Gaul sebati.
4. Hidangkan sebagai pelengkap hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain.
Resepi: Sambal Belacan Binjai
Bahan-bahan:
1 cawan hirisan buah binjai
1 sudu besar belacan - nak terus tumbuk pun boleh, nak bakar dulu pun boleh
10 biji cili padi
1 labu bawang besar - hiris halus
2 sudu besar jus limau kasturi
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk belacan bersama cili padi, gula / garam / perasa pilihan. Suka hati nak cili hancur lumat atau kasar-kasar.
2. Masukkan hirisan binjai dan lenyek bersama sambal belacan.
3. Masukkan bawang besar dan juga jus limau kasturi.
4. Gaul sebati.
5. Biarkan seketika sebelum dinikmati supaya semua bahan menjadi mesra.
1 cawan hirisan buah binjai
1 sudu besar belacan - nak terus tumbuk pun boleh, nak bakar dulu pun boleh
10 biji cili padi
1 labu bawang besar - hiris halus
2 sudu besar jus limau kasturi
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk belacan bersama cili padi, gula / garam / perasa pilihan. Suka hati nak cili hancur lumat atau kasar-kasar.
2. Masukkan hirisan binjai dan lenyek bersama sambal belacan.
3. Masukkan bawang besar dan juga jus limau kasturi.
4. Gaul sebati.
5. Biarkan seketika sebelum dinikmati supaya semua bahan menjadi mesra.
Resepi: Sambal Belacan Mangga I
Bahan-bahan:
20 biji cili padi
2 cm belacan
1 labu bawang besar - hiris nipis
1 cawan mangga cincang
5 biji limau kasturi - perahkan jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama belacan, garam, gula dan perasa pilihan yang digemari.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk.
3. Tambahkan hirisan bawang besar.
4. Tuangkan jus limau kasturi.
5. Gaul sebati.

Resepi: Sambal Mangga Belacan II
Bahan-bahan:
15 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
5 biji bawang putih - belah 2 dan goreng
5 biji bawang merah - belah 2 dan goreng
3cm belacan - goreng (bakar lagi sedap)
1 labu bawang besar - mayang
1 cawan hirisan mangga
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa
Cara:
1. Tumbuk cili padi, cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang merah goreng serta belacan.
2. Masukkan 1/2 cawan mangga dan gilis dengan anak lesung hingga hancur.
3. Masukkan garam / gula / perasa secukupnya.
4. Gaulkan dengan bawang besar dan 1/2 cawan lebihan hirisan mangga.
5. Tambahkan dengan jus limau kasturi supaya sambal mangga menerbitkan aroma yang menyelerakan.
6. Sedia untuk dihidangkan.
4 comments
Terliur tengok sambal belacan belimbing buluh tu
BalasPadamSalam berair mulut Dan ngilu jaw..
BalasPadamTerlajak belacan confirm trlajak sedap hehe
BalasPadamHttp://rodongkoibelaka.blogspot.com
perghh terangkat teruk sambal niii ... wa caya luuu
BalasPadam