Sambal Belacan Bambangan Yang Sangat Sedap!
10:14 PG
Biasanya hanya makan jeruk bambangan atau acar bambangan sahaja. Kali ini Amie kongsikan Sambal Belacan Bambangan pula. Amie gunakan belacan Papar yang terkenal dengan keenakan dan memang dijamin kebersihannya. Harganya memanglah agak mahal sedikit dari harga belacan pbiasa di pasaran, tapi memang sangat berbaloi membeli dan menggunakannya!
1 cawan hirisan buah bambangan
1 sudu besar belacan Papar
10 biji cili padi
1 labu bawang besar - hiris halus
2 sudu besar jus limau kasturi
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk belacan bersama cili padi, gula / garam / perasa pilihan. Suka hati nak cili hancur lumat atau kasar-kasar.
2. Masukkan hirisan bambangan dan lenyek bersama sambal belacan.
3. Masukkan bawang besar dan juga jus limau kasturi.
4. Gaul sebati.
5. Biarkan seketika sebelum dinikmati supaya semua bahan menjadi mesra.
Jom, temankan Sambal Belacan Bambangan bersama nasi panas dan ikan goreng. Walllaaa....
2 comments
kita tengok jelah, mana mau di cari bambangan di kuala lumpur ni
BalasPadamSedap ba bambangan.Pembuka selera.
BalasPadam