Makan Malam di Hibiscus Asian Restaurant (하이비스) 통일로

1:47 PTG

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam bas, kami diberitahu akan dibawa ke sebuah restoran untuk makan malam. Waktu makan malam sepanjang kami berada di sini lebih awal, iaitu sekitar pukul 5 atau 6 petang.
Tidak banyak masakan Korea yang Amie ketahui selain nama-nama yang popular seperti kimchi dan juga bibimbap, dan gochujang iaitu sejenis pes kacang pedas dan beberapa jenis makanan lain. Bagaimanapun, kami sekeluarga memang menggemari masakan Korea terutama sekali jika berkesempatan menikmatinya di Seoul Garden.
Amie juga meminati  Judy Joo, chef Amerika Syarikat yang merupakan penaung chef di Restoran Jinjuu di London dan Hong Kong. Suka sangat melihat gaya persembahannya dalam rancangan Korean Food Made Simple. Orangnya nampak manis, dan bersahaja, tetapi bukan calang-calang penglibatannya dalam dunia masakan. Pernah menjadi hakim untuk pertandingan Iron Chef America. 
Wokey...
Petang itu kami di bawa ke sebuah restoran makanan halal yang terletak di tingkat dua bangunan restoran di 33 Euijuro 1(il)-ga, Jung-gu, Seoul, Korea Selatan, iaitu Hibiscus Asian Restaurant (하이비스) 통일로

Jom berkenalan dengan menu Korea. Walaupun baru pertama kali, dan tidak tahu namanya, tapi teruja nak rasa sebab bentuknya yang kecil-kecil comel!




Ini Amie suka sangat!
Cukup rasa, sedikit pedas, masam, manis, masin semua ada. Rasanya liat-liat sedikit seakan rasa sotong.

 Ikan bilis pun ada. Dicampur dengan hirisan cili hijau dan kacang.

 Pertama kali melihat kimchi di depan mata!

Pencuci mulutnya pun comel-comel potongannya.

Sup cendawan.

Cuba serba sedikit makanan yang dihidangkan.

 Selain makanan Asia, western food pun ada disediakan.

Cuba makan nasi goreng. Memang sedap. Apalagi bila ditambah dengan ikan bilis dan ayam masak dengan cendawan.






 Selesai makan, bergambar dengan Nazatul. Adeeehhhh... muka berkilat-kilat penuh minyak!

Perut pun dah kenyang.
Selepas ini kami berjalan-jalan menikmati pemandangan senja di seberang jalan. Entah apa namanya tempat itu, Amie pun lupa! Susah sikit nak ingat patah perkataannya. He he heee.... terima kasih sudi baca. Kamsahamnida. Nanti sambung tulis lagi ye.

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:


2 comments

  1. Pi korea rasa je semua masakannya. Ada yang kita suka ada yang kita kureng suka terpulang tekak masing-masing. Tapi bila dah tempat orang, baiklah rasa pelbagai masakannya yang jarang dan tak tahu memasaknya. hehehe. Saya suka kalau tenguk rancangan masakan tv korea apa lagi kalau cerita korea zaman dahulu kala yang kalau makan penuh satu meja. Mereka mempunyai pelbagai adat dan jenis masakan. Seronok tenguk.

    BalasPadam
  2. Notie,
    inilah masanya kita berpeluang merasai sendiri masakan tempatan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe