Cerita di Pagi Aidil Adha di Negara Kimchi

2:50 PTG

Korea menyambut Aidil Adha lebih awal sehari dari kita di Malaysia. Maknanya, Aidil Adha disambut pada hari Selasa bersamaan 21 Ogos 2018. Christine mengingatkan kami, bahawa pada pagi hari tersebut kami akan dibawa ke Masjid Pusat Seoul di Itaewon untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha. Kawasan ini terletak di Hannam - dong, di daerah Yongsan. 
Sebelum tidur malam itu, sempat baca pesanan daripada Christine dalam group whatsaap:
I hope you enjoyed today!!!  We will meet at 0800 tommorrow to go to the Mosque for Eid Al Adha.  Please finish wodhu at the hotel and bring your own prayer mats.  After that lunch will be at 1130 on Bombay Grill.

Dan 12 minit kemudian Christine menghantar pesanan lagi:
After lunch we will be visiting three local markets:
Gwangjang Market for textiles, laver, snacks
Namdaemun Market for souvenirs, accessories,T shirts
Myungdong for cosmetics, sports shoes, clothes
Basically all local markets are equipped with variety of goods.

Take a good rest and see you tomorrow☺
Waduh!
Macam menarik bunyinya aktiviti kami untuk esok kan?






 Sewaktu kami tiba, cuaca agak mendung.
Kami disambut dengan suara takbir beramai-ramai dari arah masjid.







Kami melalui lorong yang agak sempit, mendaki jalan berbukit dan menaiki anak-anak tangga menuju ke tempat solat wanita.

Benarlah seperti apa yang telah diberitahu oleh Christine. Selain rombongan kami, ramai lagi orang lain yang berpusu-pusu untuk ke masjid. 

 Jemaah lelaki yang tidak mendapat tempat di dalam masjid, beramai-ramai bertakbir di bahagian halaman masjid.



 Nampaknya terdapat pelbagai rupa bangsa yang terdapat di sini.

 Selesai solat, kami beramah mesra seketika. Berkenal-kenalan dan bersalam-salaman.


 Sementara menanti hujan teduh, kami duduk-duduk dahulu di dalam masjid.
Menurut salah seorang jemaah tempatan di situ, inilah kali pertama dia merasai sendiri hujan turun di pagi hari raya.

 Suasana di perkarangan masjid selepas solat sunat Aidil Adha.









Pemandangan dari bahagian pintu keluar masjid.

Pemandangan dari luar pintu masjid.

 Sementara menunggu masa untuk makan tengahari yang dijadualkan pada pukul 11.30 pagi, kami berjalan-jalan dahulu melihat suasana sekitar di lorong-lorong kecil berhampiran masjid. Menurut Christine, banyak kedai dan restoran halal di sini.










 Tengok gambar pun dah terliur!






 Yuhuuuu...
Kami terjumpa kedai kosmetik halal di sini!
Katanya barangan kosmetik di Korea berkualiti dan harganya juga murah!
Jom kita tengok.
Betul ke?

 Salawati kata, face mask di Korea murah-murah belaka!





 Murah kot!
10 keping dalam satu bungkusan berharga 5,000 won.
5,000 won bersamaan dengan 19.75 sen duit kita!
Kalau kita beli di Watson atau Guardian, agak-agak berapa ringgit harganya untuk sekeping?
Seronok pula berjual beli dengan Puan Korea ini walaupun ia tidak tahu berbahasa Inggeris. Di sinilah kami gunakan ilmu yang diturunkan oleh Christine setiap hari di dalam bas!
Almayeyo? (Berapa harga?)
Kata Christine kalau kita rasa mahal, kita katakan: Pissayo (lebih kurang begitulah) yang maksudnya: Mahalnya.
Entah betul entah tidak perkataan yang kami gunakan, Puan Korea ketwa terbahak-bahak sambil mengangguk-angguk. Kita pun ikut ketawa sama!
Puan Korea dalam gambar di atas itu kata, abangnya beragama Islam. Dia sebut 'brother' dan tunjuk masjid. Amie maksudkan begitulah...hihihiii.

 Ada logo halal di kedai kosmetik Puan Korea ini.










 Dah puas membelek dan membeli di kedai kosmetik, kami keluar dari situ. Tiba-tiba hujan turun. Syukurlah Amie bawa payung kecil. Bolehlah lindung diri dari hujan renyai-renyai di situ.

 Jom jalan-jalan jamu mata dengan gambar-gambar makanan halal di sini.








 Pada mulanya rasa pelik juga, sebab tidak banyak kedai dibuka.
Kenapa ye?
Bukankah hari ini hari raya?
Siapalah nak buka kedai di pagi raya? Tanya Dayah.
Betul juga....






 Patutlah sunyi sepi saja di sini.







 Dan akhirnya kami menghentikan langkah di hadapan Bombay Grill untuk makan tengahari.

 Ada beberapa jenis menu India yang disediakan termasuk roti naan, kari dhal dan sebagainya. Amie hanya mengambil popia dan beberapa ketul kecil ayam tandoori dan segelas air mineral. Cukuplah untuk alas perut tengahari itu.


 Suasana di dalam restoran yang bersih dan selesa.

Selesai menjamu selera, kami bergerak menyeberang jalan menanti bas yang akan tiba untuk membawa kami ke destinasi seterusnya.


 Sekian.
Secebis kisah di padi Aidil Adha di Negara Kimchi.

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:


1 comments

  1. wah buah apa tu macam pelam tapi daunnya lain.

    Seronoknya dapat rasai beraya di tempat orang. Dulu masa kita orang pi seoul tempat makan kita orang kat itawon lah sebab masa tu belum banyak kedai halal. Kedai makan Muree...tuannya orang pakistan kahwin dengan orang korea. Lepas tu tukang masaknya orang indonesia kahwin dengan orang korea. Seronok lah layan cakap jawa dengan orang indon tu.

    Sebelum sampai masjid tu huhuhu memang azab mendaki bukit. Kalau naik bas besar memang jauhlah nak naik ke masjid tu sebab bas tak boleh naik ke atas.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe