Namdaemun Market (남대문시장)

9:03 PTG

Keluar dari Gwanjang Market, kami dibawa ke Namdaemun Market pula. Nam bermaksud 'selatan' dan dae-mun pula bermaksud 'pintu gerbang'. Jadi sekarang kami berada di pintu gerbang selatan.  Dan sudah bersedia untuk bergerak di antara lebih 1,700 buah kedai yang terdapat di situ.

Kami dibenarkan menelusuri setiap lorong kedai mengikut sekehendak hati tetapi dikehendaki berada di Gate 5 pada pukul 3.50 petang.

Tangkap gambar Gate 5 dan beberapa pemandangan di sekitar dahulu sebelum berjalan lebih jauh agar kami tidak tersesat jalan ketika pulang nanti! Christine akan menunjukkan arah kedai yang kami ingin kunjungi seperti kedai souvenir dan kedai kerongsang.

Sebaik sahaja arahan diberikan dan peringatan agar jangan terlewat sampai ke Gate 5, masing-masing membawa haluan menuju ke tempat yang diingini.

Sekali lagi agar tidak terlupa, tangkap lagi gambar yang mudah diingati...hiks! Termasuklah pisang, dan juga seorang peniaga kuih di bawah ini.

Longgokan buah peach pun boleh dijadikan panduan juga....ngeeee!

Maka terpisahlah kami dari kumpulan besar!
Oh! Ya... terserempak dengan Nazatul Katanya hendak ke kedai pinggan mangkuk, periuk belanga!
Ayuh!
Kita ke sana!










Akhirnya sampailah kami ke kedai yang dimaksudkan. Tinggalkan Amie dengan Dayah di situ leka memilih pelbagai jenis sudu yang cantik-cantik. Banyak pinggan mangkuk dan periuk di bahagian dalam, tetapi harganya pun cantik juga!

Selain untuk koleksi sendiri, serta digunakan sewaktu makan, sudu garfu dan sebagainya ini boleh dijadikan hadiah atau oleh-oleh. 

Harganya pula dari serendah 1,000 won sehingga 7,000 won.


Setelah puas memilih dan membeli sudu garfu, kami masuk ke premis perniagaan di dalam bangunan. Christine menunjukkan arah kedai kerongsang. Di situ kami bebas untuk memasuki mana-mana kedai kerongsang. Nasihat Christine ialah agar kami membandingkan harga sekiranya tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan di sesebuah kedai. Belilah jika sudah berpuas hati dengan harga yang diminta, katanya.
Akibat leka melihat sendiri pengusaha kerongsang tekun melekatkan batu-batu sebagai hiasan kerongsang, tak sempat pula untuk tangkap gambar. Harga kerongsang yang ditawarkan berbeza mengikut bentuk dan kualiti batu yang digunakan. Kerongsang saiz kecil ada yang berharga 1,000 won.

Amie beli kerongsang secara berpasangan. Kerongsang bentuk reben dalam gambar di atas berharga 7,000 won setiap satu. Kemudian kami beralih ke kedai lain pula, dan memang rambang mata dibuatnya! 

Ini antara kerongsang yang Amie beli di sini.

Kami beralih ke kedai souvenir. 
Alhamdulillah. Harga yang ditawarkan adalah harga mampu beli. Bolehlah beli oleh-oleh dalam jumlah yang agak banyak di sini.

























Sekarang adalah masa untuk keluar dari kawasan ini, dan kami kembali ke lorong pejalan kaki untuk menuju ke Gate 5.

Sambil berjalan membawa harta karun yang dibeli, sambil-sambil cuci mata.




























Alhamdulillah.
Kami tiba di Gate 5 tepat pada pukul 3.50 petang!

Buah peach masih di situ.





Dan peniaga kuih itu pun masih di situ!

Sekian.
Secebis kisah dari pasar tradisional terbesar di Korea Selatan.

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:

2 comments

  1. Namdaemun tempat shopping barang sovenior paling murah di bandingkan dengan insadong. Boleh rambang mata tenguk barang buatan tangan dia yang cantik2.

    Ada 1 bangunan yang dalamnya kalau 1 tingkat jual sudu garpu peralatan pinggan mangkuk, setingkat lagi broch je pelbagai jenis boleh rambang mata, tingkat lain tak ingat jual apa sebab kami dibawa tingkat sudu garfu dan tingkat broch. Beza broch korea ialah batu berlian dia memang cantik bercahaya. Broch dia memang lain dari broch biasa.

    BalasPadam
  2. Sudu garfu dia bagus tau sebab panjang dan padat. Tapi set teko dia cantik-cantik kan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe