Everland (에버랜드) (Bahagian I)

9:58 PTG

Pagi Isnin, 20 Ogos 2018, kami memulakan aktiviti dengan mengunjungi Everland Resort, sebuah taman tema yang menjanjikan perbezaan pada setiap musim. Kedatangan kami disambut dengan tema Summer Splash. Cuaca memang sungguh panas!
Kami tiba di Everland Resort yang terletak di Yongin, Korea Selatan sebelum pukul 10 pagi, iaitu masa taman tersebut dibuka. Ketika itu orang ramai sudah berbaris menunggu di setiap pintu masuk yang belum dibuka untuk membeli tiket.

 Ini rama-rama Everland....ahaks!

 Sementara menunggu pukul 10 pagi, berteduh dulu di bawah pokok, main sorok-sorok !

 Ada kerusi kosong, cepat jew duduk di situ!

Syukurlah sempat beli payung kecil di KLIA. Dapatlah berlindung sedikit dari cahaya terik matahari Korea. Memang payung kecil ini sangat berguna, sebab sepanjang 5 hari di Seoul, beberapa kali hujan turun! Payung kecil ini dapat menyelamatkan keadaan! Kalau rajin, bawalah baju hujan.

 Everland Resort dibuka! Maka berpusu-pusulah pengunjung masuk dari pelbagai pintu.

Cantik-cantik binaan bumbung di sini. Ada rupa kubah dan sebagainya. Warnanya pun sejuk mata memandang!

Sebelum memulakan perjalanan, kami makan dahulu bekalan makan tengahari yang disediakan. Menurut Christine, makanan ini dimasak pukul 6 pagi, jadi terpaksalah kami makan lebih awal, sebab bimbang lebih lama tersimpan dalam bungkusan, makanan akan menjadi rosak. 

Jom jalan-jalan.
Kami diberikan peta sebagai pandu arah.
Melihat guide map tersebut, rasanya hanya beberapa tempat sahaja yang mampu dijelajah.
Masa diberikan sehingga pukul 4 petang.










 Terjumpa Magic Tree.

 A giant magic tree!











Kami bercadang untuk  memasuki kawasan Zoo Topia, dan ingin menyertai ecological safari  di Lost Valley.

 Agak jauh juga tempat yang ingin dituju.

Lalu saja di depan Panda World. Yang ini kami tak sempat masuk berkenalan dengan si panda...hiks!


 Sebelum sampai ke Lost Valley, singgah dulu di Tiger Valley.

 Jom kita lihat Pak Belang di rumahnya!

 Inilah Korean Tiger!

 Nampak bersih  Pak Belang ini.



 Akhirnya kami tiba juga di pintu masuk Lost Valley.


Terdapat gerai jualan makanan ringan di sini. Bagaimanapun, kami telah diberitahu oleh Christine makanan yang dijual di Everland Resort kebanyakannya tidak halal.

 Jangan lupa bawa botol air untuk isi air, dan juga tisu basah  ketika masuk ke dalam tandas. 

 Kedatangan kami ke Lost Valley disambut oleh sekumpulan tupai yang comel!

Untuk sampai ke Safari World pula, kami dikehendaki berbaris menanti giliran. Agak lama jugalah menunggu di situ. Ada sesuatu yang agak aneh bila berada di ruangan menunggu yang begitu panjang. Terdapat beberapa peralatan lama dipamerkan di dinding.

Antaranya termasuklah kamera, globe, peti kayu, alat timbangan buku-buku lama , radio dan sebagainya.
Namun begitu, penantian yang agak lama tidaklah begitu membosankan kerana terdapat skrin yang memaparkan gambar-gambar haiwan yang terdapat di dalam kembara kami sebentar lagi.


 Nampaknya kami akan menaiki kenderaan dua alam, darat dan air...yuhuuuuuu!

Mari mengembara bersama kami!
Alamak!
Belum sampai lagi rupanya....


Amie rasa kawasan ini mungkin bekas tapak kem tentera berdasarkan banyak peralatan ketenteraan yang terpamer di sini termasuklah telefon di atas.

 Mulanya Amie sangka, mesin taip tapi mungkin bukan. Barangkali ia mesin faks!




 Pakaian tentera?

 Rasa rugi pula tidak mengkaji sejarah Korea!

 Amie akui, sebelum berangkat ke Korea memang Amie tidak sempat study tentang negara ini!



Wokey...
Keluarlah kami dari terowong barisan yang panjang menuju ke kenderaan.

 Para pekerja di sini comel-comel belaka!

Sepanjang bersafari, sepatah haram kami tak faham apa yang diucapkan oleh petugas wanita ini. Tapi wajahnya sentiasa ceria, dan ketawa rianya membuatkan kami terhibur. Memang rasa geli hati kerana berkomunikasi bahasa ayam dengan itik. Namun begitu, jauh di sudut hati Amie rasa kagum, sekali gus rasa bangga kerana di hadapan kami berdiri seorang warganegara Korea yang sangat mencintai negara dan bangsanya, sehingga tidak sepatah pun bahasa lain selain bahasa Korea yang digunakannya! Bahasa Jiwa Bangsa!





 Sampai di sini, kenderaan yang kami naiki terus memasuki sungai.



 Melihat gajah dari sungai.

 Nampak tak singa sedang berehat di sana tu!



 Agaknya yang ini sepasang singa. Jantan dan betina kot!


Sepanjang melewati kawasan ini, tiada sebarang bau yang tidak menyenangkan menerjah ke hidung!



 Jom tengok zirafah.



 Rupanya banyak zirafah di sini. Nun di belakang sana pun ada lagi beberapa ekor zirafah!









 Sempat menjengah masuk ke Safari Gifts dan Lost Valley Shop.

Kemudian kami berjalan keluar menuju keAmazon Express. Di situ kononnya ingin mengikuti aktiviti air ala-ala rafting begitu...hihihiii.


Dari jauh terdengar suara riuh rendah melintasi kawasan  berair ini. Rupanya mereka menaiki rakit bulat merentasi sungai buatan  berarus deras! Sayang sekali ketika kami beraktiviti tidak dapat ambil gambar kerana kami terkurung dalam kanvas, dan air adakalanya melimpah masuk membasahi pakaian!

 Sekali lagi kami beratur panjang menunggu giliran masuk.

 Tak nampak di mana penghujung jalannya!


Rakit bulat meluncur dibawa arus, dan sudah tentunya akan melalui arus deras di pertengahan jalan sejauh 580 meter di hutan Amazon!
Akhirnya kami selesai beraktiviti. Habis basah kaki seluar terkena simbahan air yang memercik kuat di arus deras! 

Sewaktu kami meninggalkan Amazon Express, ramai lahi pengunjung sedang menanti giliran, dan di belakangnya masih bertali arus pengunjung yang datang.

 Jom intai apa yang ada di Gift Shop Amazon!



Hurrmmm...
Nampaknya catatan ke Zoo Topia ini agak panjang, jadi terpaksalah disambung dalam entri seterusnya. 

 Jumpa lagi!

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:

2 comments

  1. Pokok magic tu memang cantik. Dia berubah ikut musim. Macam banyak ja bangunan baru di buat.

    BalasPadam
  2. Notie,
    kawan2 yang dah pernah ke sana pun kata, banyak benda baru di sini.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe