Chenggyecheon Stream di Kala Senja

3:50 PTG

Terasa bagai mengikuti satu aktiviti yang mencergaskan tubuh badan secara semula jadi!
Apa tidaknya, selepas makan malam, kami berjalan kaki menyeberang jalan menuju ke Chenggyecheon Stream. Kawasan ini terletak berhampiran Istana Deoksugung, Seoul Plaza, Pusa Sejong, Jalan Insadong, Istana Changdeokgung dan Istana Changgyeonggung. Memandangkan hari hampir senja, Amie pun tidak berhasrat untuk merayap ke seluruh kawasan seoanjang 11 km yang boleh melalui pusat bandar, bermula dari Chenggyecheon Plaza.
Dahulunya, sebelum 2005 tempat ini hanyalah sekadar jalan air yang tersembunyi di bawah jambatan. Namun kini ia telah diubahsuai menjadi tempat yang indah di tengah-tengah kesibukan bandar.

Sekali pandang ada rupa siput! Inilah lingkaran bentuk spiral warna biru merah di Chenggyecheon Stream. Ia menyambut kedatangan kami pada petang itu!

Sempat bergambar kenangan dengan Kak Rafeah.



Kemudian kami menapak sedikit ke bahagian aliran sungai. Memandangkan senja telah menjelma, hanya di kawasan ini sahaja Amie dan Dayah berlegar-legar. 

Christine Lee memberitahu kami agar berjalan menyusur tebing di sini untuk menikmati keindahan suasana senja dan mengambil gambar. Sebenarnya, banyak pemandangan yang menarik di sekitarnya. Sayangnya, masa tidak begitu mengizinkan untuk meneroka keseluruhan kawasan di kedua-dua Chenggyecheon Stream dan Chenggyecheon Plaza.

Pada musim sejuk, suasana menjadi indah dan harmoni dengan cahaya pelbagai warna dan kehadiran para pemuzik, pelukis dan jurufoto untuk mengabadikan keindahan suasana.


Muka letih! Maklumlah, sebelum sampai ke sini, korbankan 2 malam untuk sampai. Rasanya nak terjun saja di situ, berendam untuk segarkan tubuh badan...ahaks!



Bila toleh ke belakang, spiral biru merah sudah mengeluarkan cahaya!

Duduk berehat di sini beberapa saat. Beberapa saat jew...bukan dua tiga minit!



Sewaktu menuruni anak tangga beberapa minit tadi, belum ada sebarang warna cahaya di sini. Sekarang sudah ada.

Cukuplah setakat ini dulu.

Ada rezeki di lain kesempatan, boleh berlama-lama di sini.
Katanya di sinilah selalu diadakan pelbagai acara terbuka seperti konsert, pameran dan sebagainya.

Christine Lee memahami semua peserta keletihan, dan kami terus dibawa untuk daftar masuk hotel.

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:

2 comments

  1. Sungai tu memang menjadi tarikan pelancung. Ada musim yang meriah sekali dengan macam-macam program diadakan. Bagus kan. Korea pandai manipulate tempatnya supaya menjadi tarikan pelancung.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe