Nami Island - Namiseom Island (남이섬)

5:12 PTG

Hari keempat, Rabu bersamaan 22 Ogos 2018.
Selalu dengar tentang Pulau Nami dan Pulau Jeju yang sering diperkatakan oleh para pengunjung ke Korea Selatan.
Apa ada di kedua-dua pulau tersebut?
Amie hanya boleh bercerita tentang Pulau Nami sebab kaki belum berkesempatan untuk menjelajah Pulau Jeju.



 Tangkap gambar buku-buku gergasi sebelum masuk ke pintu masuk ke feri.


Sumber : Whatsaap Group

Kami diberi dua pilihan sama ada menaiki feri atau naik lift ke menara untuk berlepas ke pulau dengan menggunakan zip wire. Bayaran dikenakan sebanyak 44,000 won jika ingin menggunakan zip wire. Memandangkan Amie pun pernah naik zipline dari pulau ke pulau, jadi Amie pilih untuk naik feri sahaja yang hanya mengambil masa beberapa minit. Tak jauh pun Pulau Nami dar daratan, sekitar 1 km sahaja. 7 orang daripada peserta trip untuk memilih menggunakan zip wire dan akan mendarat di Gapyeong Wharf. Masing-masing telah dibekalkan dengan peta Pulau Nami, dan arahan diberikan oleh Christine agar berkumpul di Picture Book Library pada pukul 12 tengahari.

Kami berpisah di sini dan akan bertemu di Pulau Nami.




 Berpapasan dengan feri yang datang dari arah dari Pulau Nami.

 Antara aktiviti air yang sempat disaksikan dari dalam feri.

 Tak sempat nak tengok masa, tiba-tiba feri mula merapat ke jeti di Pulau Nami.




 Christine mengingatkan kami agar menepati waktu berkumpul di Picture Book Library.

 Jom jelajah Pulau Nami di musim panas.

 Memang panas membahang!





Pulau Nami rupanya pulau ilmu!
Di sana-sini banyak pondk-pondok kecil berisi beberapa buah buku!
Boleh duduk-duduk di bangku kecil atau pangkin yang disediakan untuk membaca buku!








Banyak sangat pengunjung yang datang ke sini.
Masing-masing sibuk bergambar.
Kita pun malas nak berebut mengambil tempat, lalu halakan muncung kamera ke arah lain.


 Jom jelajah Eco Farm Yeonryeonji Pond.
Kita lihat bunga teratai yang luas saujana mata memandang.

 Panasnya memang terik!


 Pernah makan biji teratai dan akar teratai tapi tak pernah melihat secara lebih dekat seperti ini.



 Nampaknya hanya ada dua warna bunga teratai di sini iaitu warna putih dan merah.


 Jambatan yang digunakan menyeberangi kolam teratai.

 Di tepi kolam teratai pun ada tersedia bahan bacaan!


Wah! Nampaknya kedatangan kita pun turut dialu-alukan di sini! Tengok tu... selain ucapan selamat datang, ada pula bendera negara kita di tengah-tengah bendera Indonesia dan Singapura!






 Huh! Tak sanggup berlama-lama di sini.
Suhu pulau memang panas, tambahan pula memang musim panas!

 Jom cari tempat lain yang boleh buat aksi-aksi kenangan.

 Di sini agak sejuk sedikit.






Jom... kita lihat payung 4 musim!


Harganya 35,000 won. kalau darab dengan tukaran ringgit Amie di KLIA2 3.95 bermakna harganya ialah RM138.25 sen.



Mangkuk seramik ini bermotifkan biji / buah / bunga teratai.

 Suasana dapur tradisional.

 Apa agaknya yang ditunggu oleh si gadis manis ini.

 Ohh! Rupanya sedang mengukurs jagung.


 Tentu sedap ni jagung dikukus menggunakan kayu api!

















 



 Ha haaaa... bergambar jugalah sekeping di sini.
Tak payah cerita panjanglah ...hiks!
Siapa yang tak pernah dengar dan tonton drama Winter Sonata, silalah tanya Pak Google!








Bila berada di sini terbayanglah pula keindahan musim luruh! Barangkali dengan memakai baju warna kuning ini, kita pun tenggelam di bawah dedaun marple yang merah oren kuning berterbangan ditiup angin! Cantik kot kalau berada dalam suasan autumn di Baekpungmilwon Maple Garden! Adeehhh.... rupanya dua minggu dari sekarang autumn akan menjelma!











 Masa yang dijanjikan pun tiba. Kami berkumpul sebelum waktunya di Picture Book Library.

 Picture Book Library terletak di antara beberapa buah restoran Asia.





 Ada musolla atau surau disediakan untuk solat.
Alhamdulillah. Kami dijadualkan akan menunaikan solat jamak takdim di sini selepas makan tengahari.








Kami bergerak melintasi Water Garden Swimming Pool untuk menuju ke salah sebuah restoran di sini.


Sambil menanti hidangan disajikan sempat mata memandang meninjau-ninjau pemandangan di luar. Rasanya memang tak sempat jelajah semua kawasan pada hari itu! Kalau datang ke Pulau Nami pastikan tidak ketinggalan menjelajah kawasan seperti:

  • Eco Farm Yeonryeonji Pond
  • Iseul Recycling Garden
  • Water Garden Swimming Pool
  • Jeonggwan Baekryeonji Pond
  • Baekpungmilwon Maple Garden
  • Metasequoia Lane
  • Ginkgo Tree Lane
  • Setelah menjamu selera kami bergegas turun ke bawah untuk menunaikan solat di musolla.

 Sempat tangkap gambar sebelum kaki jejak semula ke Picture Book Library.


Mata terpegun melihat suasana di dalam perpustakaan, ketika melalui anak tangga menuju ke musolla.

 Tentu seronok anak-anak ketika berada di sini.



 Hiasan dalamannya sungguh menarik dan penuh kreativiti.

 Cuba perhatikan tiang ini, sementara kami menuju ke pintu masuk musolla.


 Pintu masuk musolla.



 Tempat ambil air wudhu'.

 Seolah-olahnya seperti bilik bersiram pula!
Boleh mandi kot!

 Bilik airnya sangat bersih, dan kemas.

Selesai solat, sempat tangkap gambar yang terpampang di dinding yang menggambarkan suasana 4 musim di Pulau Nami.

 Cantikkan?

Wokey..
Kembali semula ke tempat tiang tadi.

 Bila diperhatikan betul-betul rupanya tiang ini didirikan dari susunan buku-buku!

 Nampak jelas tak?

 Kreatifkan?

 Teringat Firdaus yang nun jauh beribu batu di sanun!
Tentu suka sangat kalau berada di sini.

 Apa tidak seronoknya, selain buku pelbagai rupa bentuk disediakan pula tempat bermain!







Apa nak buat, masa lawatan hampir tamat. Kami perlu segera berkumpul di jeti untuk kembali ke tanah besar.













Selamat datang musim luruh!
Jodoh kita agak jauh!



 Sementara menunggu ketibaan feri, cari air mineral dahulu untuk basahkan tekak!




 Pemandangan tanah besar Korea Selatan dari Pulau Nami.


 Selamat tinggal Pulau Nami! 
Di lain musim kita ketemu lagi.
Annyeonghi kyesipsiyo
안녕히 계십시오


 Bendera Pulau Nami yang berwarna biru tua dan hijau, lambang bulan dan bintang.


 Alhamdulillah, selamat mendarat di tanah besar!

Sebelum mengakhiri catatan perjalanan ke Pulau Nami ini, jom kita hayati serba sedikit sejarah bagaimana nama Pulau Nami diberikan.
Nami Island atau Namiseom Island (남이섬) diambil sempena nama seorang jenderal bernama Nami. Menurut kisahnya, Nami merupakan seorang yang bijak pandai dan ketika berusi 17 tahun beliau sudah berjawatan jenderal. Bagaimanapun, kelebihan yang ada pada Jenderal Nami telah menjadikan orang lain merasa iri hati lalu membuat fitnah bahawa beliau ingin mengambilalih kuasa raja. Baginda raja mempercayai berita tersebut lantas menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Cara kematiannya sangat menyedihkan. Lehernya dipenggal , kaki tangannya dipotong dan dibuang ke dalam sungai. Penduduk di situ sangat sedih dan berusaha mengumpul cebisan tubuh yang dibuang itu. Ada yang mengatakan jasadnya tidak dijumpai, dan setiap tahun satu upacara memperingatinya diadakan di pulau ini. Dalam sejarah Korea, Jenderal Nami dikatakan mati pada usia 26 tahun.

Sekian, suka duka, gembira ria cerita dari pulau.

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:

2 comments

  1. hihihihi...singgah tengok gambar -gambar cantik ni.Nak pergi entah bila..bestnyer melancong.

    BalasPadam
  2. Nami Island femes sebab lokasi winter sonata. Pulau tu pun cantik bila musim Autumn dan winter. Kalau pusing 1 pulau pun best sebab pulaunya kecil ja.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe