Nyonya Nasi Lemak : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (PENANG MONTH)
12:05 PTG
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang budiman. Kali ini Amie sambut kedatangan anda sekalian dengan hidangan Nasi Lemak Nyonya, resepi dari buku masakan Truly Nyonya Penang oleh Chong Moi Eng. Oleh kerana bulan ini merupakan Penang Month (Malaysian Food Festival), rasa teruja pula untuk mencuba resepi yang pelbagai dari sana! Kepada yang berminat untuk sama-sama berkongsi resepi dari Penang bolehlah klik DI SINI. Jom sama-sama meriahkan MFF Penang Month yang dikendalikan oleh Alan : Travelling Foodies.
Nasi lemak bukan lagi merupakan hidangan untuk sarapan pagi seperti dahulu, tetapi kini nasi lemak boleh dinikmati bila-bila masa dan di mana saja. Istimewanya nasi lemak ini tidak terhad kepada lauk asasnya seperti sambal ikan bilis, kacang tanah, telur rebus dan timun, bahkan boleh dipelbagaikan mengikut kemampuan dan citarasa masing-masing. Satu hal yang sangat menarik dalam resepi Nasi Lemak Nyonya ini ialah 'ketiadaan kacang tanah goreng' tetapi wujud kacang panjang celur!
Resepi : Nyonya Nasi Lemak
Sumber : Truly Nyonya Penang by Chong Moi Eng
A : Coconut Rice
rice - 1 bowl
butter - 1 small piece
chicken powder - 1 tbsp
coconut milk - 1 tsp
pandan leaf - 1 small bundle
water - adequate
B : Sauce - blend into paste
chili paste - 100g
shallot - 5
lemongrass (chooped) - 1 stalk
C :
fresh prawn - 300g
assam juice -1/2 cup
sugar, salt - 1 tsp each
D : side ingredients
anchovy - 50 g -deep fry till crispy, drain and set aside
cucumber - 1/2 - sliced
long bean - 100g - cut into small sections, scald and drain
boiled egg - 1 - cut into quarter
Method:
1. Cook Ingredients A in electric cooker.
2. Heat up 1 tbsp of oil in a pot. Fry Ingredients B until fragrant. Add Ingredients C and some water. Cook for 5 minute.
3. Place cooked rice, side ingredients and sauce into a plate. Serve.
" I am submitting this post to Malaysia Food Fest , Penang Month hosted by Alan of Travellingfoodies"
7 comments
Kak amie cayang...wahhh wahhh nasi lemak Nyonya...yum yummmm sedapnyer..tadi makan mee goreng mamak je...sebab baru sampai dari kampung tk sempat lagi nak ke pasar..huhuhu
BalasPadamsalam..
BalasPadamwah, bestnya nasi lemak ni..selera tengok.
Assalam kak amie..sy yg dok kat Penang ni, masak nasi lemak main hentam kromo ajer haha..
BalasPadamSedap n sangat menarik set nasi lemak kak amie ni...dan2 rasa lapar...
waduhhhhh....terliur tengok nasi lemak tu....pagi ni, ingatkan nak buat nasi lemak..tapi kemalasan melanda...huhu..
BalasPadamWah sedapnya Amie.dah la saya ni suka nasi lemak.
BalasPadamlaparnya perot faa tengok set lengkap nyonya nasi lemak akak ni...brape kak sepinggan? nak order n delivery. haha
BalasPadamyang dalam buku saya, ada pulak kacang goreng (konfius dah, hahaha), tapi pengarang dia kata, wajib ada sambal udang
BalasPadam