Kek Lapis Aiskrim Keju
3:56 PTG
Selamat petang semua..... Jom temankan kami minum petang sambi menjamah sepotong dua Kek lapis Aiskrim Keju yang sungguh enak dan harum ini.
Akhirnya terpenuh juga keinginan Encik suami untuk mengirim kek lapis untuk Farid. Setelah berusaha mencari resepi kek lapis yang sesuai dengan selera bujang sulung kami, Amie gabungkan idea dari buku resepi dengan idea sendiri. Resepi asal kek ini ialah Kek Walnut Aiskrim, tetapi setelah 2 hari Encik Suami tidak berjaya mencari walnut dan serbuk aiskrim di beberapa buah kedai dan pasaraya, akhirnya Amie putuskan untuk menggunakan keju sebagai ganti walnut dan aiskrim kotak.
Amie berjaya membuat 16 lapisan untuk satu adunan kek ini. Harum satu rumah ketika Amie membakar kek ini dengan gabungan bau vanilla dan juga coklat.
Resepi : Kek Lapis Aiskrim Keju (Resepi Asal : Kek Walnut Aiskrim)
Sumber : Kek Lapis Sarawak oleh Rabiah Amit
Bahan-bahan:
5 biji putih telur
15 biji kuning telur
300 gram gula halus
400 gram mentega - dipukul hingga kembang
240 gram tepung berserbuk penaik
250 gram krim keju - Amie tambah sendiri
Bahan A:
90 gram aiskrim coklat
45 gram serbuk koko
1 sudu teh pewarna coklat
Bahan B:
90 gram aiskrim vanila
60 gram walnut - goreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
2 sudu teh esen vanila
Cara:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
2. Masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul sehingga menjadi pekat dan berkrim.
3. Masukkan mentega ke dalam adunan telur (sebelum mentega Amie masukkan dahulu krim keju dan putar sehingga licin). Kacau rata dan kaup balikkan tepung.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan Bahan A dalam satu bahagian dan Bahan B dalam satu bahagian lagi.
5. Masukkan 3 senduk adunan yang mengandungi Bahan A ke dalam acuan 8 1/2 x 8 1/2 inci dan bakar sehingga masak.
6. Tekan lapisan yang masak sebelum memasukkan 3 senduk adunan yang mengandungi Bahan B dan bakar hingga masak.
7. Ulangi proses ini berselang-seli sehingga kedua-dua adunan masak.
Amie gunakan bahagian Bahan A untuk lapisan pertama dan kedua dan diikuti bahagian Bahan B untuk lapisan ketiga dan keempat. Sukatan yang Amie gunakan ialah 1 senduk atau 7 sudu makan untuk setiap lapisan.
Kek Lapis Aiskrim Keju yang sudah dipotong untuk dikirim buat bujang kami melalui Cikgu Yusrina yang akan berangkat dari Lahad Datu ke Labuan esok.
Ini MINI IPAD yang turut dikirimkan untuk Farid... kesian dia! Terpaksa menunggu untuk mendapatkan hadiahnya.
Hmmmm.... Encik Suami juga kirim sepasang kasut baru untuknya. Sehari selepas kami sampai ke Lahad Datu setelah menghantarnya ke Labuan, Farid telefon, katanya bahagian tumit kasutnya terkopak semasa program orientasi dijalankan. Oleh kerana tidak dibenarkan keluar, kami meminta jasa baik Cikgu Yusrina membelikan kasut untuknya. Dua hari lepas Farid telefon, dan beritahu tapak kasut barunya terkopak lagi! Apa punya kaki tu sampai 2 kasut terkopak? Akhirnya pagi tadi Encik Suami beli sepasang kasut baru lagi dan terus bawa kepada tukang kasut supaya jahit bahagian tapak kasut tersebut! Harap-harap kasut ketiga untuk minggu ke 3 Farid di kolej ini tidak bermasalah lagi.
Buat Cikgu Yusrina: Terima kasih daun keladi gajah...hihihiii banyak sangat pertolongan yang kami minta dari Cikgu. Semoga Cikgu Yusrina selamat sampai ke Labuan untuk kembali bertugas di sana mulai minggu depan.
14 comments
kak Amie cantiknya kemas je hasil tangan akak
BalasPadamsempatnya buat kek lapis ni...kemas la buatannya...sedap jek nampak...nak buat ntah bila
BalasPadamAssalam amie, cantiknya kek lapis tu, tekunnya amie melapis,kita rasanya tak jadi kut heheh. Agaknya panas sangat n banyak berjalan kut kasut dia tercabut tapak tu, lagi eloklah dijahit dulu kan amie, kukuh sikit. Susah juga duk jauh2 mcm ni kan, nasib baik ada juga cikgu yg boleh di kirimkan barang2
BalasPadamKAK amie ... cantik sungguh kak amie buat kek lapis ni .. bila nak terbuat wani ni hihi..
BalasPadamKak Amie....
BalasPadamTadi Rahel cari2 jugak resepi kek lapis keju ni...last2 jumpa di dapur lain....skrg tengah bakar dlm oven....
Next time kena cuba jugak ni...mana tau bole ambik tempahan raya kan...terima kasih utk resepinya kak.
Sedappp kek ni pernh buat dulu guna resepi rabiah amit ni..:-)
BalasPadamCantik n kemas kek nya.
Kak Amie... kerenn cake lapis nya.. makin lihai nih kak buat kek lapis.. mau juga di kirimin kek lapis ke sini.. hehe
BalasPadamsalam kak amie..
BalasPadammenarik kek lapis ni..saya pengemar kek lapis juga.suka sangat makan.apapun, lapisan sangat kemas dan cantik.
assalam kak amie..cantiknya kek lapis tu...tengok pun nampak sedap..
BalasPadamrajinnya Amie buat kek lapis segala, kemas je..geram tngk tau..kalau depan mata ni sayang nak makan...
BalasPadamcntiknya kek....rjin k.amie melapis...tentu sedap ni
BalasPadamrajin kak amie ni..kemas lapisan nye..geram plak zila tgk kak hitam putih warna kehidupan..kikiki
BalasPadamassalam Amie..kagum acik tengok..cantiknya kek yang Amie buat ni
BalasPadamcantik tersusun elok je kek lapis k.amie..mst moist n semestinya sedap, macam2 bhn ade..buat mkn sndr mmg berbaloi nie..klu buat jual brp plak nk letak hg nie kan..
BalasPadam