Mencari Resepi Kuih Raya? Jom Selongkar Dapur QASEY HONEY.
12:39 PTG
Assalamualaikum.
Bertemu kembali dalam Segmen : Meriahnya Dunia Masakan untuk menambahceriakan lagi perkongsian pelbagai menu dan resepi tanahair kita. Memandangkan di sana-sini sudah terpapar banyak resepi kuih-muih sebagai persediaan menyambut lebaran tidak lama lagi.... he he ehhh melebih-lebih sudah nih! Puasa pun belum lagi sudah cerita tentang hari raya pula! Tapi apa salahnya kan... eloklah kita buat perancangan awal agar segala urusan perbelanjaaan dan sebagainya sentiasa dalam keadaan terkawal, cukup untuk keperluan dan harapnya tidaklah berlaku sebarang pembaziran.
Untuk paparan kali ini Amie dengan penuh hormat dan sukacitanya menampilkan QASEY HONEY yang sememangnya kaya dengan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai resepi di dapurnya. Terlebih dahulu Amie ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian dan segala sumbangan resepi yang Qasey Honey kirim dalam kumpulan MERIAHNYA DUNIA MASAKAN.
Sesiapa yang berkunjung ke dapur Qasey Honey sudah tentunya tidak melepaskan peluang untuk menjamu mata dengan paparan pelbagai jenis biskut yang cantik terhidang dan sudah tentuknya enak rasanya!
Biskut Almond Beauty
Biskut Kacang Mazola
Biskut Cappuccino Slice
Biskut Mama Oren Cadbury
Biskut Daisy
Fruits Clusters
Dark Chocolate Chip Comfort Cookies
Tart Nenas Conflakes
Biskut Nestum Coffee Nut
Biskut Aiskrim Oreo
Biskut Donut
Biskut Coklat Urai
Chocolate Macarons
Apalagi? Sila pilih biskut yang memikat hati. Anda pasti rasa teruja untuk mencubanya di dapur sendiri. Semoga paparan Amie kali ini memberi manfaat untuk rakan-rakan pengunjung yang mula mencari-cari resepi biskut raya!
10 comments
memang tabik dgn org yg rajin buat biskut comel2 ni... madiha org paling malas nak buat biskut raya.. hehe..
BalasPadam
BalasPadamwah terasa nak raya dah ni
cantik2 biskutnya, moden2 belaka
rajinkan Honey ni
akak raya suka makan biskut lama2
yg moden2 ni pandang je he hee sayang nak makan
dah start order biskut raya ker???
BalasPadamrajin betui org yg buat ni ngeee
Salam Mie, wah banyak biskut di sini, cantik2 pulak tu kan kalau selongkar dapur QH ni, kak noor pun selalu jugak selongkar tanpa pengetahuan puan dia hahaaa
BalasPadamsalam kak..
BalasPadammemang menarik semua biskut yang ada di dapur Qasey Honey tu sebab sebelum ni pernah selongkar dapur dia..hihi..
salam kak amie..
BalasPadamterliur tgk gambar biskut raya, mau buat awal hbs awal sblm raya nih hihi
paparan yang amat berguna untuk dikongsikan dengan orang lain.tapi tahun ni rasanya nak tempah saja sebab bulan puasa nanti confirm kena kerja terus sebab nak cuti raya!
BalasPadamKak Amie sayang...mieza kan memang fail kalau buat sekut raya..mesti tak sedap..jadi suami kata tak usah buat lagi, u mmg tak terer buat sekut..membazir je tak makan pun yg u buat..kita beli jer...
BalasPadamHahhaa..berterus terang sungguh suami mieza tu kak..langsung tak menjaga perasaan mieza huhuh jadi tahun ni pun main tunjuk je kat kedai
rajin nya QH buat biskut raya, Melly malas mau buat, nanti sama sama Kak Amie kita minta sebalang sama QH..hehehe
BalasPadamslm syg Kak Amie..
BalasPadamterharu!!! terima kasih kak atas n3 tersebut..secara xlangsung mempromosikan blog QH yg terbiar tu..hehe..
alhamdulillah biskut raya thn lps yg QH cuba tu ramai yg kata sedap..siap nk oder lg..tp stakat ni..masih blom mmpu lg nk amik tempahan..kengkangan keje yg xmnentu skrg ni..kerap outstation..
insyaallah utk thn ni QH dh senaraikan dh beberapa resepi biskut raya utk dcuba...tgu yer kemunculannya...hihi..klau mjadi la :)