Pinasakan Sada @ Pinarasakan Sada Bosungan
9:24 PTGJom kita masak resipi tradisi kaum Kadazan - Dusun. Kita masak yang mudah-mudah saja iaitu Pinasakan@ Pinarasakan Sada Bosungan atau Ikan Basung Masak Ampap. Banyak kali jugalah Amie makan Pinasakan Sada, tetapi kebanyakannya makan hasil bukan olahan sendiri melainkan di restoran di Kundasang dan juga Kota Kinabalu. Ada yang kami makan dengan nasi linopot, dan ada juga dengan ambuyat seperti berikut:
Pinasakan Sada atau Ikan Masak Ampap ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Biasanya ikan yang digunakan ialah ikan basung atau dalam bahasa kita disebut ikan selayang. Bagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan. Setelah beberapa kali kami makan Pinasakan Sada, kuahnya ada yang agak cair dan ada juga kelihatan berminyak. Biasanya yang lebih cair dihidangkan untuk dimakan bersama ambuyat. Ada juga yang ditambah samada dengan buah bambangan, mangga, belimbing buluh atau juga kulit buah takob-akob iaitu sejenis asam kering di Sabah. Takob-akob juga dikenali dengan nama arui-arui. Di tempat kita disebut asam kandis dan dikatakan keluarga buah manggis dan asam gelugur.
Ada yang suka masak hingga kuahnya kering dan ada yang tinggalkan sedikit kuah. Untuk hasil masakan yang lebih kering, biasanya dibahagian bawah kuali atau periuk, mereka bubuh susunan serai atau daun kunyit. Kemudian barulah disusun ikan di atasnya. Tujuannya ialah supaya ikan tidak hangus apabila kuahnya mengering.
Haa... begitulah ceritanya tentang Pinasakan @Pinarasakan Sada Basungan. Rasanya seperti Bonda kita masak begini waktu kita kecil dulu. Kalau arwah Ayahanda beli ikan selayang atau ikan kerisi berkati-kati, Bonda akan masak begini. Bubuh kunyit hidup tumbuk, bubuh garam kasar, bubuh asam jawa! Eh, macam samalah! Bonda masak alas daun lengkuas dan biar sampai kering. Ada perkataan Bonda gunakan apabila kuah ikan sudah kering. Bonda kata 'GEMPI', dan entah apa maksudnya. Kalau gempi, ikan lebih sedap kata Bonda. Esoknya dan esoknya lagi Bonda akan panaskan ikan tadi dan bubuh sedikit air. Memang masih elok hingga tiga empat hari, dan makin sedap ikan olahan Bonda.
Ikan Basung @ Selayang A |
- Ikan Selayang
- Selayang Jarum
- Sardin
- Tumoh (Bajau)
- Selayang Lampai
- Ikan Curut
- Ikan Layang Benggol
- Ikan Korok
- Ikan Layang Jepang
- Ikan Layang Lidi
- Ikan Layang Deles
Sekarang kita lihat gambar Ikan Basung @ Selayang A di atas dan Ikan Basung @ Selayang B di bawah. Ada beza tak di antara kedua-duanya? Atau nampak sama saja.
Ikan Basung B |
Ikan Basung Bulat |
Ikan Basung Pondan |
Kunyit hiidup dan halia. |
Cili Padi |
Bahan perencah : Serai, halia, kunyit, asam gelugur, bawang putih, bawang merah dan cili padi. |
Untuk rasa asli masakan tradisi ini, eloklah kita tumbuk saja dalam lesung. |
Bahan-bahan:
- 7 ekor ikan basung - bersihkan - tos
- 2 cawan air
- 1 batang serai - diketuk - potong 3
- 3 keping asam gelugur
- 2 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
- 3 cm kunyit hidup
- 3 cm halia
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 12 biji cili padi
- Letakkan kuali di atas dapur.
- Susun ikan basung @ selayang.
- Letakkan bahan tumbuk di atas ikan.
- Di atas bahan tumbuk tadi, letakkan pula serai, asam gelugur dan juga garam / perasa pilihan.
- Tuangkan air.
- Tuangkan minyak.
- Nyalakan api. Tutup kuali.
- Biarkan masakan sehingga mendidih.
- Buka penutup kuali. Terbalikkan ikan. Tutup semula kuali.
- Jika suka berkuah, padamkan api dapur sebelum kuah mengering.
Tutup kuali hingga kuah mendidih. |
Buka penutup kuali. Dan bolehlah terbalikkan ikan. |
Setelah diterbalikkan, tutup semula kuali. |
Ikut sukalah hendak berkuah atau kering. Amie tinggalkan sedikit kuah. |
Inilah hasilnya Pinasakan Sada @ Pinarasakan Sada Bosungan dengan sedikit kuah. |
15 comments
Unik cara masakannya... mcm steam pun ada tp ada perencahnya... mst sedap mkn dgn nasik putih je
BalasPadamKalau gunakan ikan segar memang sedap Mira.
PadamOh, macam tu cara masakannya. Kira lepas letak ikan² tu, tutup kuali, bolehlah buat kerja masak lain sebab tak perlu dikacau². Kelakarlah, ada pulak ikan yang pondan. Mesti ada ambil apa² supplement tu, jadi kulitnya putih sikit, hahahah.
BalasPadamSK lagi lawak. Pandai pula ikan pondan ambil supplement nak bagi kulit putih hahahahaa!
Padammeresap hingga ke dalam daging tu bila masak sampai kering gini... aduha ngapenya la nampak ikan nya basung pondan heheheh
BalasPadamHaaa... baru ingat maksud gempi! Meresap hingga ke dalam.
PadamTak tahulah peniaga ikan bagi nama begitu.
nampak mcm sgt sedap la kak emie.. kami mmg suka makan masak2 tanpa santan.. yang pasti pinggan kak emi gune memang cantiklah..
BalasPadamSedap aromanya gabungan kunyit hidup, serai dan halia.
PadamBila tengok resipi ni rasa nak mencuba pula. Lagi satu teringin nak makan ambuyat.
BalasPadamSaya tahu makan ambuyat tapi tak pandai nak buat sendiri.
PadamIni sehaaat sangat. Masak pun mirip cara steam dan rebus. Bumbu2nya juga rempah ❤️❤️. Tak kuatir kolesterol dan lainnya 👍. Saya jadi dpt knowledge baru ttg masakan khas Sabah 👍
BalasPadamMemang masakan yang menyihatkan kan Fanny.
PadamDi Sabah terdapat lebih 40 suku kaum. Memang macam-macam makanan dan masakannya.
unik resepinya. ingat minyak tu guna untuk menumis
BalasPadamTak bubuh minyak pun boleh juga tu.
PadamSenang cara penyediaannya. Boleh cuba. Unik nama menu dia. Pinggan pun unik kena pulak tu dengan hidangan menunya.
BalasPadam