Iftar 21 Ramadan 1447H - Ikan Tenggiri Masak Cuka & Sambal Goreng Kates
9:49 PTGApa menu juadah berbuka puasa hari ini? Amie masak nasi putih, masak ikan dan sayur serta sambal. Ada empat keping ikan tenggiri bahagian ekor, Amie goreng dan kemudian masak cuka. Jadilah Ikan Tenggiri Masak Cuka.
Kelmarin petang, abang ipar kirim kuih pasung dan tiga biji betik mengkal. Amie masak gaya MIL, masakan ala Cocos iaitu Sambal Goreng Kates. Menu begini merupakan menu atau lauk wajib dalam kenduri-kendara orang kampung Encik Suami. Sambal Goreng Kates ini juga dijadikan salah satu lauk di dalam nasi berkat.
Untuk memenuhi permintaan Firdaus, Amie buat lagi Sambal Siram Minyak Panas. sewaktu berbuka puasa, Firdaus tidak henti-henti memuji betapa sedapnya Ikan Tenggiri Masak Cuka dan Sambal Siram Minyak Panas.
| Hidangan Berbuka Puasa |
Sewaktu masukkan kepingan ikan tenggiri ke dalam minyak panas dalam kuali, bentuknya terus berubah menjadi bulat seperti dalam gambar di atas. Amie teringat MIL selalu kata, kalau goreng ikan atau rebus ikan, dan bentuknya seperti menggeliat kaku, itu bermakna ikan mati dalam keadaan terkejut. Eh, pandai pula MIL bezakan cara kematian ikan.... ahaks! Biasanya isi ikan yang mati mengejut ini lebih keras atau kaku dan perlu dimasak lebih lama sedikit berbanding ikan yang mati cara normal.
Apabila masak atau makan Ikan Masak Cuka, kita akan teringat Fuad. Suka sangat Fuad makan nasi lauk Ikan Masak Cuka. Biasanya, Fuadlah yang akan masak menu begini kalau dia ada di rumah.
Di bawah ini merupakan entri resipi berkaitan Ikan Masak cuka:
| Sambal Goreng Kates |
Resipi warisan arwah MIL ini ada di sini:
- Sambal Goreng Kates Resipi Mak Mentua
- Sambal Goreng Kates
- Sambal Goreng Kates : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (SABAH MONTH)
| Secara tradisinya, perencah Sambal Goreng Kates menggunakan pedal dan hati ayam. |
| Sambal Siram Minyak Panas yang sudah menjadi kegemaran Firdaus. |
| Salad Campur yang ringkas untuk Encik Suami. |
10 comments
ingatkan bebola tadi rupanya ikan tenggiri.
BalasPadamHahaaa... itulah, saya pun terkejut tengok isi ikan berubah bentuk ketika masuk kuali.
PadamIkan masak cuka lebih kurang macam ni, mak selalu masak dulu2 tapi hubby ni kurang suka.
BalasPadamSelera tak saya kan Mulan. Ada yang suka ada yang tidak.
PadamAmboiii pandai firdaus ambil hati mak dia. Menyeramkan pulak bila dengar ikan mati terkejut lah mati normal lah. Tapi sesekali layan ikan masak cuka ni sedap. Fuad tak balik raya sabah ke amie ke tahun ni balik beraya di semenanjung
BalasPadamSesekali memang termasak ikan mati mengejut hihihii.
PadamIn syaa Allah Fuad balik. Cadangnya kami nak beraya di kampung sanun tapi memikirkan keadaan Encik Suami, cancel.....
ikan tenggiri je ke kak yg jd mcm tu? kalau ikan2 lain? hehehe terasa kelakar laa pula...
BalasPadamDua tiga kali dana tengok tajuk tu sebab nampak macam telur je ikan tenggiri tu kak... hahahha.
BalasPadamsaya ingatkan pakai acuan utk buat bentuk ikan jadi bunga tu. tercantik tanpa sengaja pula hehe
BalasPadamSedapnya
BalasPadam