Ikan Tenggiri Masak Cuka
2:45 PTG
Jom masak lauk yang simple dimple tapi sodap hingga menjilat jari!
Memandangkan anak-anak akan balik solat Jumaat tak lama lagi, kita pun terkocoh-kocoh masuk dapur selongkar apa yang ada dalam peti sejuk. Wokey! Ada kepingan tengiri...cantik! Boleh masak cuka...masakan kegemaran Fuad! Cari lagi bahan lain....yang penting ada cuka! Yuhuuu... ada sebotol cuka belum didibuka penutupnya! Akhirnya terkumpullah sebiji timun Jepun, dua biji lobak Australia yang kurus-kurus, beberapa biji cili padi, biji sawi dan lain-lain.
4 keping ikan tengiri - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - goreng hingga masak - ketepikan
10 ulas bawang putih kecil - kupas
2 labu bawang besar - potong baji
3 cm halia muda - hiris halus
10 niji cili padi
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu keci;l serbuk kunyit
1 cawan hirisan timun yang dibuang empulur
1 cawan hirisan lobak merah
3 sudu besar cuka
3/4 cawan air
1/2 sudu besar perencah Maggi Cukup Rasa
gula secukup rasa
Cara:
1. Panaskan 4 sudu besar minyak bekas goreng ikan tadi.
2. Tumis bawang putih bersama bawang besar hingga layu.
3. Masukkan biji sawi, lobak merah dan timun dan serbuk kunyit.
4. Gaul sebati dan kemudian tambahkan air.
5. Apabila air mula mendidih, masukkan ikan tengiri goreng, perencah Maggi Cukup Rasa dan cuka.
6. Biarlan mendidih seketika dan kemudian sebatikan rasa dengan menambah gula.
7. Padamkan api dapur.
8. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit supaya semua perasa meresap sebelum dihidanghkan bersama nasi panas!
Sebaik-baiknya biarlah semalaman sebelum dinikmati... tapi apakan daya, ketika kita masak di dapur anak-anak menerpa bertanya...Mommy masak apa? Bukan main suka Fuad...sambil berpesa, bubuh kuah banyak-banyak. Tak payah bagi tau...Mommy dah tau anak-anak Mommy memang suka kuah lauk berkuah! Itu pun, Fuiad kata kuah tak cukup banyak.... Kita nak tambah lagi, kang jadi ikan rebuslah pulak!
Alhamdulilah.... licin!
0 comments