Ikan Masak Cuka
5:42 PTG
Sudah 3 hari Fuad bercuti. Bukan main suka hatinya setiap kali Amie masak ikan. Seperti sebelum ini, katanya rindu sangat nak makan ikan! Walaupun tinggal di pulau, tak semestinya banyak bekalan ikan di sana ye Fuad. Hari ini Amie masak ikan dengan cuka, menu kegemarannya. Kelmarin Encik Suami beli ikan sardin, lihat gambar bawah. Inilah ikan sardin yang Amie maksudkan. Gambar ini Amie ambil dari entri Amie yang lalu.
Saiz ikan yang Encik Suami beli agak kecil berbanding gambar ikan sardin di atas. Amie oleh 3 ekor, sengaja masak lebih. Boleh dijadikan lauk makan malam. Lagi pun , ikan masak cuka ini elok dibiarkan lama sedikit, supaya bahannya mesra dan lebih enak!
Bahan-bahan:
3 ekor ikan sardin saiz sederhana - bersihkan dan potong 2 atau 3 - gaul dengan sedikit garam dan kunyit - perap seketika.
1 biji timun - buang biji, dan hiris kecil sepanjang 3 cm
1 batang lobak merah - kupas kulit - hiris kecil sepanjang 3 cm
2 labu bawang besar - hiris kasar
10 biji bawang putih - belah 2
3 cm halia - hiris halus
7 biji cili hijau - belah 2 jangan sampai putus
15 biji cili padi merah
3 sudu besar gula pasir
5 sudu besar cuka
1 sudu kecil biji sawi
4 cawan air
garam / perasa pilihan secukupnya
Biasanya Amie gunakan cili merah dan hijau, tapi hari ini tidak ada stok cili merah. Amie gunakan cili padi minyak.
1. Goreng ikan hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan dalam kuali.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili hijau, cili padi minyak dan halia. Tumis hingga layu dan kemudian masukkan biji sawi. Kacar rata.
3. Kemudian masukkan lobak merah dan timun.
4. Tuangkan cuka, gula pasir dan garam / perasa pilihan. Kacau beberapa kali.
5. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
6. Akhir sekali masukkan ikan goreng. Biarkan kuah mendidih sekali lagi. Jika kurang bahan perasa, bolehlah tambahkan cuka, gara, atau gula ikut citarasa.
Biarkan beberapa jam atau sebaiknya sehari sebelum dinikmati bersama nasi.
0 comments