Sambal Goreng Kates Resipi Mak Mentua

5:43 PTG

Rasa nak lelapkan mata saja ketika ini. Nyaman saja cuaca di LD. Ketika azan Asar tadi, langit tiba-tiba berubah menjadi gelap. Hujan mula turun rintik-rintik.Terbaca mesej rakan-rakan sekerja yang terjejas banjir di kawasan perumahan masing-masing, rasa sangat kasihan. Teringat beberapa tahun lepas, ketika rumah sendiri dimasuki air banjir. Penatnya sungguh membersihkannya selepas banjir surut! Moga rakan-rakan kami tabah menghadapi dugaan ini. Ada yang katanya pagar rumahnya ikut roboh dilanda banjir! Allahu Akbar!

Hari ini Amie masak Sambal Goreng Kates, salah satu menu dalam nasi berkat orang kampung Encik Suami. Arwah MIL merupakan ketua kemiti (sebutan orang kampung Encik Suami yang bermaksud pengerusi / ketua bagi ahli jawatan kuasa kampung bahagian wanita) semasa hayatnya. Salah satu tugas yang digalasnya ialah menjadi ketua masak-memasak sekiranya ada kenduri-kendara di kampungnya.  Banyak jugalah resipi tradisi masakan Melayu Cocos yang sempat Amie pelajari dari arwah. Sambal Goreng Kates adalah salah satunya. Kates ialah betik. Arwah MIL selalu sebut kepayas. Sambal Goreng Kates merupakan menu wajib, dan jika tiidak ada betik, mereka akan gantikan dengan peria atau pun kacang hijau yang direndam hingga kembang dan tanggal kulitnya.

Apabila Fuad melihat Sambal Goreng Kates, terus dia bersuara: Sedapnya masak sup betik dengan ayam macam yang Mommy selalu buat. Kuah sup rasa manis betik. 

Amie sahut: Sambal Goreng kates ini pun ada kuahnya juga.

Kita pun sudah masak sangat dengan selera anak-anak. Suka cari kuah dalam apa juga lauk yang dimasak! Jadi, memang Amie lebihkan air untuk dijadikan kuah dalam Sambal Goreng Kates.

Sebut tentang Sambal Goreng Kates, di mana sambalnya, dan di mana pedasnya? Memang itulah nama masakan ini. Untuk menjawab pertanyaan ini, kalau rajin boleh klik di sini : Sambal Goreng Kates

Wokey!

Selain Sambal Goreng Kates, Amie goreng garam kunyit  ikan tulai dan udang kertas. Ikan tulai ini dikenali juga dengan nama ikan Uji Rasyid. Katanya sebab mata ikan ikan ini bulat dan besar, sama seperti mata penyanyi itu. Teringin nak makan nasi dengan ikan goreng cecah sambal kicap, lebihan sarapan pagi tadi. Untuk anak-anak pula, terutama Abang Farid, Amie panggangkan ayam dalam air fryer.

Sambal Goreng Kates

Sayap ayam panggang air fryer.

Ikan tulai & udang goreng.

Sambal kicap.

Hirisan limau Sunkist & kiwi.

Amie pernah kongsikan resipi Sambal Goreng Kates ini beberapa kali di dapur maya. Betik mengkal yang digunakan akan dihiris kasar, dan bukannya disagat. Biasanya bahan perencah yang digunakan ialah hati dan mmempedal ayam yang direbus terlebih dahulu. MIL bubuh agak banyak air dalam masakan untuk melembutkan betik tadi. MIL akan tutup kuali sehingga betik menjaid lembut. MIL juga masukkan air asam jawa.


Bahan-bahan:
1/2 kg betik / kates mengkal - kupas kulit dan hiris memanjang
1 cawan mempedal 
1 cawan hati ayam
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau
3 ulas bawang putih - hiris
5 biji bawang merah - hiris
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 cawan air
garam / perasa pilihan
minyak

Cara memasak:
1. Rebus hati dan mempedal sehingga masak. Toskan. Hiris ikut saiz yang disukai.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah dan cili hijau dan goreng hingga layu.
3. Masukkan mempedal dan hati ayam. Kacau rata.
4. Masukkan hirisan kates / betik.
5. Tambahkan bancuhan air asam jawa dan gaul rata.
6. Masukkan air dan kemudian tutup masakan. Biarkan mendidih sehingga betik / kates menjadi layu dan kuahnya mula pekat.
7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

11 comments

  1. First time dengar resepi ni. Memang rare. Thanks kongsi

    BalasPadam
  2. Sedapnya lah Sambal Goreng Kates nie.. nanti Kak Sue nak cuba juga lah. Tq sharing ya Amie..

    BalasPadam
  3. Mesti sedap ni kak, kalau dana masak betik muda masak tumis suka pilih yg dah nak mSak mengkal2 ada rasa manis2

    BalasPadam
  4. Ingatkan macam sambal goreng pengantin tu, rupanya ada betik mengkal ya. Sampai kecur ailio kita membacanya, hihi

    BalasPadam
  5. Selalulah juga makan masak tumis betik mengkal ni.

    BalasPadam
  6. Nampak menarik. Mesti sedap.. Kena plak dengan ikan goreng.. Ish.

    BalasPadam
  7. Ada hati dan pedal tu yang jadi nama sambal goreng kut. emm campur betik...cam sedap je.

    BalasPadam
  8. Sayap ayam panggang , aduh sedap ni

    BalasPadam
  9. unik namanya sambal goreng kates. Kalau saya ni panggil tumis betik je..sedap tu lauknya. Lama tak makan sayur betik pedas.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe