Iftar 25 Ramadan 1447H - Yong Tau Foo Sos Hitam / Pedas & Sup Jernih
10:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi ajak Firdaus bantu masak di dapur. Kononnya hendak berbuka puasa dengan Yong Tau Foo. Firdaus tukang rebus telur puyuh dan kupas kulitnya. Selepas itu ajar dia buat sos pedas. Amie sediakan sos hitam. Encik Suami pula hendak makan Yong tau Foo Sup Jernih.
Oleh kerana Amie buat cili sumbat, bendi sumbat dan terung sumbat dengan isi ikan, jadi segala ekor, tulang dan kepala ikan Amie rebus dengan halia dan bawang putih. Kemudian Amie tapis. Bahan Yong Tau Foo lain Amie gunakan dua bungkus Steamboat 5 In 1. Setelah rebus bahan steamboat, Amie campurkan air rebusan tadi dengan air rebusan ikan, tambahkan sedikit stok ayam dan garam.
| Yong Tau Foo Sos Hitam / Pedas & Sup Jernih |
Firdaus teruja hendak susun bahan Yong Tau Foo. Kita pun tak sempat kita berapa jenis bahan yang ada. Yang penting segala yang kita sumbat dengan isi ikan dikukus sempurna. Rupanya Firdaus pun sumbat juga di celah-celah Steamboat 5 In 1.
Resipi Yong Tau Foo ada di sini:
| Sos Pedas |
Sos Pedas ini Amie oleh sendiri. Firdaus haluskan bawang putih dan cili padi merah gunakan chopper. Setelah kedua-dua bahan ini Amie masukkan ke dalam mangkuk, Amie tambahkan Sos Cili Thai Maepranom. Bubuh sedikit garam dan gula dan perahkan jus limau kasturi. Sedap dan wangi!
Kejadian segala yang disumbat tidaklah secantik yang diharapkan. Amie hanya tumbuk isi ikan dalam lesung, tambahkan lada putih dan bawang putih, gula dan garam serta sedikit serbuk cukup rasa. kalau isi ikan dikisar tentu hasilnya licin dan mulus.
| Yellow Sweet Pepper |
Tapi, sedap jugalah rasanya. Tengok dalam periuk pengukus nampak berseri jew sweet pepper yang warna-warni bersama teman-temannya cili hijau, kacang bendi dan terung.
| Cili Hijau Sumbat |
| Sos Pedas & Sos Hitam |
| Yong Tau Foo Sos Hitam & Sos Pedas |
| Yong Tau Foo Sup Jernih |
Fairuz kata sedap makan Yong tau Foo Sup Jernih. Apabila Amie hirup kuah sup jernih, memang sedap! Kedua-duanya sedap. Sos Hitam & Sos Pedas serta Sup Jernih. Alhamdulillah.
| Salad Campur |
Untuk Encik Suami, Salad Campur kali ini Amie gabungkan hirisan daun salad dengan limau bali, baby spinach, tomato ceri dan blackberry.
Selesai menulis entri ini, kita hendak ke dapur. Hendak panaskan sup dan hirup kuahnya yang sedap itu! Bolehlah meratah Yong Tau Foo baki berbuka puasa tadi.
22 comments
Nampak sedapnyer
BalasPadamSelamat berbuka puasa
Terima kasih Wak.
Padamsedapnya menu berbuka YTF. platting pun menarik memang bertambah selera.
BalasPadamTerima kasih Cie. Jemput berbuka puasa.
PadamYTF sedapnya Kak Amie masak. Nak buat tapi tertangguh2 mood nya.
BalasPadamAlhamdulillah. Penyediaannya pun ringkas. Jangan tangguh-tangguh Mulan, nanti asyik tak jadi hihihi.
PadamSedapnya Kak! Makan pun puashati, boleh ulang² makan lagi
BalasPadamSedap PH. Sup sedap, sos pedas pun sedap.
PadamGeram betul lah nengok sumbat-sumbat tu.
BalasPadamPuas hati sumbat-sumbat sendiri.
PadamSaya kan, bila sudah pandai makan yongtaufu dengan sup jernih, tak pandang dah sos hitam atau sos pedas. Hehe.. sedapnya kak Amie masak. Cili hijau sumbat tu, antara feveret saya. 😋
BalasPadamItulah Nur, saya pun tersuka tanpa sengaja.
PadamYTF ni memang sedap la. Saya suka makan dengan sup jernih.
BalasPadamrajinnya akak buat semua sendiri.... sesekali layan makan menu berbuka gini kan kak
BalasPadamterliur plak time2 petang mcm ni.. lama juga rasanya tak makan yong tau foo
BalasPadamrajin Daus tolong uminya masak sedap menunya
BalasPadamSaya antara yang suka makan ikan..
BalasPadamWah ada peria sumbat, kreatif sajian ni tau..
BalasPadamWahhhhh ini udah macam hidangan di restoran fine dining. Meriah dan wow sungguh
BalasPadampuas hati bile buat sendiri. biasa kalau beli kat pasar malam mahall.
BalasPadamsaya suka bila sotong kembang
Saya masih penasaran rasa saus hitam YTF. Selama ini tiap ke Malaysia dan beli YTF selalu pakai kuah sup. Nampak sedap yg saus hitam ini kak
BalasPadamSedapnya kak amie...buat sendiri puas hati boleh makan puas2 dan ulang2
BalasPadam