Sarapan Lempeng Cair dengan Sambal Sardin
11:43 PGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Jumaat, semoga penuh dengan keberkatan. In syaa Allah.
Pagi tadi melempeng, dan tumis sambal sardin. Nama saja sambal tapi langsung tak ada rasa pedas. Amie tambahkan hirisan cili hijau dan cili merah. Hamzah pun ikut makan sama!
Setiap kali melempeng, pasti teringat dua blogger ini :
Kedua-duanya memang pakar melempeng terutama bab lempeng cair! Mama Cella sudah kembali aktif berblogging setelah tenggelam seketika suatu waktu dahulu, mungkin disebabkan kesibukan dalam tugas dan usaha menyelesaikan pembelajaran Sarjananya. SK pula akhir-akhir ini nampaknya kurang bersiaran, dan kita jatuh rindu ternanti-nanti celotehnya yang banyak mencuit hati dan menghiburkan.
Oh ya, selain Lempeng Cair dengan Sambal Sardin, kami sarapan Yong Tau Foo Kuah Sup Jernih dan juga Salad Campur dengan Ikan Salmon Panggang.
Antara resipi lempeng cair, bolehlah klik di bawah ini:
| Menu Sarapan |
| Lempeng Cair |
| Sambal Sardin |
| Yong Tau Foo Sup Jernih |
| Salad Campur + Ikan Salmon Panggang |
10 comments
sedapnya sarapan lempeng cicah sambal sadin
BalasPadamsedapnya lempeng cicah sambal sardin...ikan salmon tu kalau goreng suka makan kulitnya yg rangup..
BalasPadamokeh nak mintak PZ buatkan lempeng la Ahad nanti...dapnya...sardin masih banyak kat rumah tu hasil dari MySara hari tu..masih x guna lagi...
BalasPadamwah boleh lah buat lempeng besok. Mengoda sungguh ni. Terutamanya sambal sardin.
BalasPadamlama tak makan lempeng cicah sardin ni sedapnya.
BalasPadamSy pun rindu celoteh SK 😌
BalasPadamSedapnya kak, lempeng cicah sambal sardin... Kecur
Linda tak reti melempeng
BalasPadamKalau Hamzah pun boleh cicah lempeng dengan sambal sardin.. memang tak pedas lah sambalnya tu.
BalasPadamMasyaa Allah....sarapan kayangan nih....Kalau dapat tumpang semulut dua tak cukup ni....semua sangat menggoda selera nih
BalasPadamSaya pun rindu SK juga. Lama dia menyepi.
BalasPadamSedapnya kak, lempeng cicah sambal sardin. Saya dah lama tak melempeng.