Terima Kiriman Hijau-Hijau Daripada Blogger Mulan
5:37 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Menjelang tengah hari sebaik selesai mesyuarat, telefon berbunyi. Rasanya tak mahu angkat sebab nombor yang tertera sudah tentu daripada orang yang tidak dikenali. Bimbang mungkin ada panggilan penting, kita jawab jugalah. Rupanya pemanggilnya merupakan staff pos laju. Katanya, ada kiriman untuk Amie tapi tak ada orang di rumah. Amie kata, letakkan saja di tepi pagar tetapi tolak sedikit ke dalam. Sebenarnya ada Firdaus di dalam rumah. Kami pesan dengan Firdaus, kalau ada sesiapa tidak dikenali memanggil ketika kami tiada, jangan buka pintu pagar! Sampai di rumah, terpandang bungkusan terletak elok di bahagian dalam pagar. Kata Firdaus, memang ada orang beri salam, tapi dia diam-diam saja sebab teringat pesanan kami.
Jauhnya kiriman dari seberang Laut China Selatan! Tak lain tak bukan daripada adik manis BLOGGER MULAN sempena terpilih sebagai salah seorang daripada TOP COMENTATORS 2023 He hehehee... elok jew kita menempel nombor sembilan daripada 10 pengomen yang terpilih. Sebenarnya rasa 'rezeki' sangat sebab baru sahaja belajar komen-komen di situ tiba-tiba tersangkut pula nama hampir di penghujung!
Terima kasih yang tak terhingga buat Mulan dan rasa sangat berbesar hati menerima hadiah yang sungguh istimewa iaitu tupperware dengan warna hijau pucuk pisang.
Tupperware |
Di dalam tupperware ini ada dua barang lagi, juga berwarna hijau. Nampak sedondon dan lawa sungguh! Jom kita buka.
Lawa tak? Eh, mestilah lawa!
Mini zipper pouch ini memang banyak sangat kegunaannya. Boleh simpan duit syiling. Boleh simpan brooch dan sebagainya. Tupperware itu nanti Amie nak buat isi bekal ke tempat kerja.
Terharu pula baca catatan Mulan yang tertera di atas bungkusan tupperware. Mana tak seberapanya tu... besar ertinya buat penerima tau Mulan. Kak Amie sangat gembira terima hadiah ikhas dari Mulan. Terima kasih sekali lagi dan semoga Mulan dapat teruskan minat mengembara ke seluruh dunia dan menghayati keindahan alam ciptaan Allah Yang Maha Besar.
Jom singgah ke rumah MULAN @ PEACE, LOVE & HARMONY. Nanti Mulan akan bawa kita ke merata tempat baik di dalam atau luar negara!
27 comments
Alhamdulillah, tahniah.
BalasPadamTerima kasih Sharhanah.
PadamAlhamdulillah tahniah best dapat gift tupperware 👍
BalasPadamTerima kasih Cie. Alhamdulillah.
PadamBlogger menang berjemaah ni. Singgah blog kawan2 pun menang juga.....Tahniah!
BalasPadamAlhamdulillah. Terima kasih.
PadamRezeki berblogging.
Alhamdulillah dah sampai :)
BalasPadamTerima kasih Kak Amie selalu singgah blog & komen.
Sampai dengan selamatnya.
PadamTerima kasih Mulan.
menarik warna tupperware tu.congrats kak Amie
BalasPadamCantik kan warna hijau tu Sal.
PadamTerima kasih Sal.
Bestnya dapat Tupperware...cantik warna hijau
BalasPadamMemang best SA.
PadamSeronok dapat tupperware.
Tahniah
BalasPadamRejeki dapat hadiah
Terima kasih Wak.
PadamRezeki berblogging Wak.
cantik sulaman mini pouch tu
BalasPadamYe, lembut jew warnanya kan.
PadamCantiiiiik nya warna hijau tuh 😍😍😍. Alat makan saya, piring2 dan mangkok pun pakai Tupperware seri warna hijau itu kak Amie. Memang buat selera makan kalo warna cerah kan.
BalasPadamSaya pun sukaa sangat baca blog kak mulan.apalagi pengalamannya traveling dah banyak sangat kemana2 negara ❤️❤️❤️
Warna hijau memang menarik kan Fanny. Kak Amie suka sangat.
PadamMemang banyak Mulan kongsi pengalaman kembaranya.
Alhamdulillah.. Tahniah
BalasPadamTerima kasih Naniey.
Padamalhamdulillah...tahniah kak Amie..lawa warna dia
BalasPadamTerima kasih Linda.
PadamMemang lawa warnanya. Sedap mata memandang.
Alhamdullilah rezeki gak kemana ya kak, warna hijau nya menyegarkan mata
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki Kak Amie dari blogger Mulan.
PadamMemang hijau warna yang menyegarkan.
Wahhh.. tahniah Kak Amie!
BalasPadamTerima kasih SK.
PadamBagus Firdaus, ingat dan mendengar kata apa yang dipesan. Kalau dah namanya rezeki memang tak salah alamat. Serba hijau hadiah kak Amie dapat. Semoga bertambah-tambah rezeki pemberi berkongsi rezeki. Aamiin...
BalasPadam