Pages

Rabu, 7 Februari 2024

Terima Kiriman Hijau-Hijau Daripada Blogger Mulan

Bismillahirrahmanirrahim.
Menjelang tengah hari sebaik selesai mesyuarat, telefon berbunyi. Rasanya  tak mahu angkat sebab nombor yang tertera sudah tentu daripada orang yang tidak dikenali. Bimbang mungkin ada panggilan penting, kita jawab jugalah. Rupanya pemanggilnya merupakan staff pos laju. Katanya, ada kiriman untuk Amie tapi tak ada orang di rumah. Amie kata, letakkan saja di tepi pagar tetapi tolak sedikit ke dalam.  Sebenarnya ada Firdaus di dalam rumah. Kami pesan dengan Firdaus, kalau ada sesiapa tidak dikenali memanggil ketika kami tiada,  jangan buka pintu pagar! Sampai di rumah, terpandang bungkusan terletak elok di bahagian dalam pagar. Kata Firdaus, memang ada orang beri salam, tapi dia diam-diam saja sebab teringat pesanan kami.

Jauhnya kiriman dari seberang Laut China Selatan! Tak lain tak bukan daripada adik manis BLOGGER MULAN sempena terpilih sebagai salah seorang daripada TOP COMENTATORS 2023  He hehehee... elok jew kita menempel nombor sembilan daripada 10 pengomen yang terpilih. Sebenarnya rasa 'rezeki' sangat sebab baru sahaja belajar komen-komen di situ tiba-tiba tersangkut pula nama hampir di penghujung!

Terima kasih yang tak terhingga buat Mulan dan rasa sangat berbesar hati menerima hadiah yang sungguh istimewa iaitu tupperware dengan warna hijau pucuk pisang.

Tupperware


Di dalam tupperware ini ada dua barang lagi, juga berwarna hijau. Nampak sedondon dan lawa sungguh! Jom kita buka.


Tudiaa... mini zipper pouch yang comel dan pouch serut hijau berbunga merah kuning yang cantik!


Lawa tak? Eh, mestilah lawa!


Mini zipper pouch ini memang banyak sangat kegunaannya. Boleh simpan duit syiling. Boleh simpan brooch dan sebagainya. Tupperware itu nanti Amie nak buat isi bekal ke tempat kerja. 

Terharu pula baca catatan Mulan yang tertera di atas bungkusan tupperware. Mana tak seberapanya  tu... besar ertinya buat penerima tau Mulan. Kak Amie sangat gembira terima hadiah ikhas dari Mulan. Terima kasih sekali lagi dan semoga Mulan dapat teruskan minat mengembara ke seluruh dunia dan menghayati keindahan alam ciptaan Allah Yang Maha Besar.

Jom singgah ke rumah MULAN @ PEACE, LOVE & HARMONY. Nanti Mulan akan bawa kita ke merata tempat baik di dalam atau luar negara!

27 ulasan:

  1. Alhamdulillah tahniah best dapat gift tupperware ๐Ÿ‘

    BalasPadam
  2. Blogger menang berjemaah ni. Singgah blog kawan2 pun menang juga.....Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih.
      Rezeki berblogging.

      Padam
  3. Alhamdulillah dah sampai :)
    Terima kasih Kak Amie selalu singgah blog & komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai dengan selamatnya.
      Terima kasih Mulan.

      Padam
  4. menarik warna tupperware tu.congrats kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan warna hijau tu Sal.
      Terima kasih Sal.

      Padam
  5. Bestnya dapat Tupperware...cantik warna hijau

    BalasPadam
  6. Cantiiiiik nya warna hijau tuh ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Alat makan saya, piring2 dan mangkok pun pakai Tupperware seri warna hijau itu kak Amie. Memang buat selera makan kalo warna cerah kan.

    Saya pun sukaa sangat baca blog kak mulan.apalagi pengalamannya traveling dah banyak sangat kemana2 negara ❤️❤️❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna hijau memang menarik kan Fanny. Kak Amie suka sangat.
      Memang banyak Mulan kongsi pengalaman kembaranya.

      Padam
  7. alhamdulillah...tahniah kak Amie..lawa warna dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Linda.
      Memang lawa warnanya. Sedap mata memandang.

      Padam
  8. Alhamdullilah rezeki gak kemana ya kak, warna hijau nya menyegarkan mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki Kak Amie dari blogger Mulan.
      Memang hijau warna yang menyegarkan.

      Padam
  9. Bagus Firdaus, ingat dan mendengar kata apa yang dipesan. Kalau dah namanya rezeki memang tak salah alamat. Serba hijau hadiah kak Amie dapat. Semoga bertambah-tambah rezeki pemberi berkongsi rezeki. Aamiin...

    BalasPadam