Hari Ini Setahun Yang Lalu

6:36 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 02 Februari 2023 bersamaan pada hari Khamis, pukul 11:38 pagi terpisahlah roh dari jasad seorang kakak yang amat disayangi setelah bertarung nyawa ditidurkan selama 33 hari di Hospital Sungai Buluh. Rentetan ceritanya di sini:

Amie sempat terbang dari LD ke KL pada 20 Januari 2023 untuk menziarahi arwah sewaktu di hospital. Pada hari terakhir di kampung, Amie dapat berita doktor memutuskan agar Kak Ros dibawa pulang ke rumah. Pada malam itu Amie tidur di bilik Kak Ros, tetapi tidak dapat melelapkan mata. Segala kenangan bersamanya kembali menjelma satu persatu. Semua yang manis menjadi pilu. Tak tertahan rasa sayu di hati, termenangislah Amie seorang diri di dalam bilik sehingga sedu-sedannya didengari oleh Bonda. 

Bonda masuk ke bilik dan bertanya kenapa Amie menangis. Amie luahkan segalanya kepada Bonda. Amie cerita kenangan sewaktu kecil bersama Kak Ros, yang cukup indah. Kemudian beralih kepada kisah melihat kesengsaraan Kak Ros yang sedang ditidurkan. Bonda turut sama mengalirkan air mata.

Sebelum Kak Ros dibawa pulang, bilik Kak Ros perlu dibersihkan agar ruangan menjadi lebih lapang untuk memudahkan pergerakan. Kami terjumpa sekotak benang kait bersama beberapa hasil kaitannya. Kak Ros memang suka mengait. Itulah hobinya pada masa lapang.

Antara benang kait yang masih belum digunakan.


Hasil kaitan Kak Ros.

Sarung apa pula yang Kak Ros kait ini.

Entah berapa lama Kak Ros mengambil masa untuk menyiapkan kaitan ini, mungkin untuk alas meja.

Selain mengait, Kak Ros suka membaca.

Wak Kanang siang dan malam di Hospital Sungai Buluh menjaga Kak (Wak) Ros.

Bilik sudah dikemas sempurna. Hanya menunggu Kak Ros dibawa pulang ke rumah. Namun apakan daya, pada hari Kak Ros hendak dipindahkan dari Hospital Sungai Buluh ke Hospital Tanjung Karang, Allah telah menjemputnya! Innalillahiwainnailaihiraajiun.

Bilik penginapan Wak Kanang.

Sepanjang Kak Ros ditidurkan, Wak Kanang yang menjaga. Sebagai waris pesakit, Wak Kanang perlu berada 24 jam di sana supaya mudah dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan. Wak Kanang boleh menginap di bilik yang disediakan pihak hospital. Wak Kanang pencen pada 23 November 2023. Jadi, dengan sukarela Wak Kanang menjaga Kak Ros selama 33 hari di hospital. Adik-beradik yang lain datang, tetapi hanya pada waktu siang.

Oleh kerana hanya dbenarkan melihat Kak Ros pada waktu lawatan, jadi kebanyakan masa Wak Kanang gunakan dengan solat, membaca al-Quran dan berzikir di bilik penginapan ini. Beruntung sungguh arwah Kak Ros ada Wak Kanang yang sentiasa mendoakannya, memohon kesembuhan untuk Kak Ros daripada-Nya.

Allah beri peluang Wak Kanang menjaga Kak Ros selama di hospital. Wak Kanang tinggalkan rumah dan anak-anak di Batang Berjuntai. Suami? Suami Wak Kanang sudah meninggal sejak anak sulung mereka berusia 12 tahun. Semua anak Wak Kanang sudah tamat belajar dan bekerja. Yang bongsu ketika itu sedang meneruskan terapi kerana terlibat dengan kemalangan, tetapi Wak Kanang bijak mengatur masa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Anak-anak yang lain membantu menguruskan adik bongsu mereka!

Sampai sekarang Wak Kanang selalu mengingatkan Amie supaya tidak putus-putus mendoakan arwah Kak Ros. 

Hari ini, setahun yang lalu.

Al-Fatihah.

13 comments

  1. Balasan
    1. Kan Syaz.
      Hari ini sudah setahun Kak Ros pergi.

      Padam
  2. Sedihnya. Rindu pada yang tiada ni sakit. Semoga Kak Ros ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailihirojiuuunnn..
    sedihnya Amie..
    Tiada kata mahu diungkapkan, tetapi rasa itu sedang dilalui..
    Semoga semua arwah ditempatkan di kalangan insan terpilih..
    ameeennnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Kesedihan itu memang tak terungkap kan Lady.

      Padam
  4. Al-fatihah untuk kak Ros. Sekejap je dah setahun tapi memori masih segar dalam ingatan kan

    BalasPadam
  5. Al- Fatihah untuk Kak Ros..
    Kolam mata saya melimpah dipagi hari ini membaca catatan cikgu.Saya membayangkan saya dan Achik😭

    BalasPadam
  6. Alas meja tu bila dah terpasang pasti cantik. Style orang dulu-dulu, alas meja bubuh plastik atas tu.
    Sarung tu macam untuk isi telur.
    Al-Fatihah buat Kak Ros.
    Semoga Allah tinggikan darjatnya di Sana.

    BalasPadam
  7. Sarung tu kecik comel tu agaknya sarung telur tak?. Ada pegang pulak tu....Surah al fatihah saya sedekahkan buat Kak Ros. Moga tenang la beliau di alam sana.

    BalasPadam
  8. Ikut sedih bacanya kak Amie. Tak terasa dah setahun pula yaa kak Ros pergi. Pastilah sakiiit kalo kehilangan saudara sendiri. Apalagi banyak kenangan bersama beliau.

    Bagus2 sekali hasil rajutannya ❤️

    BalasPadam
  9. Allhuakbar. Tak kuat rasa bila mengenangkan kesayangan kita telah pergi dijemput ilahi. Hanya kenangan yang dapat melepaskan rasa rindu. Semoga terus kuat. Alhamdulillah sepanjang hayat hidup arwah dijaga oleh Wak Kanang yang baik hati. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Wak Kanang. Aamiin...

    BalasPadam
  10. Alfatihah buat arwah kak ros...rindu pada orang tersayang yang telah tiada adalah rindu yang tidak berpenghujung...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe