Makan Apa Hari ini?

5:53 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita hari ini? Moga baik-baik sahaja. 
Pagi ini Amie bawa bekal sarapan pagi ke sekolah tetapi sebahagiannya beli di warung. Amie bawa sebekas buah betik. Alhamdulillah, tidak ada kawan yang takut makan betik di awal pagi! Kami sama-sama makan pada pukul 6:15 pagi dan kemudian teruskan makan sarapan masing-masing seperti biasa. Amie bawa telur rebus dan lebihan sayur pucuk dan bunga betik. Kemudian singgah di Warung Aman Santai di Taman Aman, beli nasi putih dengan sambal ikan.

Nasi Putih + Sambal Ikan + Sayur Pucuk & Bunga Betik + Telur Rebus

Hirisan Buah Betik

Pulang dari kerja, Encik Suami belanja makan di Restoran Aman Santai yang terletak di Perdana Square pula. Amie pesan Air Sirap Bandung Special. Kata pelayan restoran, bahan special yang digunakan ialah gula merah.

Air Sirap Bandung Special

Di bahagian bawah gelas itulah gula merahnya yang membezakan Air Sirap Bandung Biasa dengan Air Sirap Bandung Special. Amie cuba kacau-kacau sedikit dengan sudu. Apabila disedut, manisnya ya ampun! Amie tuangkan sedikit air kosong untuk kurangkanm manisnya.

Nasi Goreng Kampung.

Encik Suami memesan Nasi Goreng Kampung. Banyaknya, kata Encik Suami.

Tomyam Campur.

Salah satu tujuan kita datang ke Restoran Aman Santai ini ialah untuk hirup kuah tomyam. Haaa... hirup kuah saja tau! Kita memang akan cari restoran ini kalau hendak makan tomyam, tetapi setakat hirup kuah sahaja! Isinya Encik Suami yang makan.

Bihun Goreng Mamak.

Ini Bihun Goreng Mamak yang kita pesan.


Tidak ketinggalan, ada dua mangkuk sup kosong sebagai pelangkap hidangan yang dipesan


Oleh kerana rasanya yang sangat manis, kita tidak dapat habiskan minuman Sirap Bandung Special walaupun sudah ditambah air kosong beberapa kali. Sebahagian gula merahnya masih lagi tidak terusik di bahagian bawah gelas. Encik Suami pun tak dapat bantu, hanya sesedut sahaja yang berjaya masuk ke tekaknya.

Selepas itu kami singgah di Bello Coldstorage yang terletak di sebelah Restoran Aman Santai. Amie beli buah prune plum.

Buah prune plum.

Jom makan prune plum buat kudap-kudap petang.

14 comments

  1. Dapat bayangkan manis leting air sirap bandung tu. Kak Amie mmg suka makan buah-buahan ye, semua jenis buah dah saya baca hehe. Ada tak buah yg Kak Amie tak suka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini tidak ada buah yang Kak Amie tak suka. Semua lulus masuk tekak hihihiiii.

      Padam
  2. mmg nmpk manis btul air sirap bandung tu.

    BalasPadam
  3. Sy pun 'cannot go' kalau manis leting gini :(

    BalasPadam
  4. Kalau sayapun takut minum air manis sangat.
    Pelik hirup kuah tomyam sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang manis itulah yang akan jadi racun dalam badan hehehee.

      Padam
  5. Alhamdulillah...
    Meriah tu rezeki hari ni..
    Sup kosong di sana nampak menyelerakan,tidak seperti kebanyakan
    "sup untuk nasi" di sini kebanyakan betul-betul kosong.Rasa air panas + perasa sahaja..hihihi.
    Baca akhbar online tadi katanya ada letusan lumpur gunung berapi @ Lahad Datu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya sup kosong itu dari kuah rebusan sup tulang.
      Memang ada letusan lumpur gunung berapi di Tabin, hutan simpan di Lahad Datu. Sebelum ini ramai orang datang ke situ untuk mandi lumpur. Untuk kecantikan kulit katanya.

      Padam
  6. telur rebus teman setiap masa ye kak... dalam banyak2 tu dana sangat tergoda dengan air bandung ais tu... aduhai sedapnya

    BalasPadam
  7. SA baru je habis makan prune plum tu...kecik2 dan ada yang sedang2 gak...x ingat plak dari mana buah prune plum tu...

    BalasPadam
  8. Pagi betul Kak Amie menjamu selera. Sana semuanya serba awal waktunya. Faham faham. Unik air sirap bandung dengan gula melaka. Minuman ni kalau manis sangat memang tak boleh nak minum banyak. Kena tambah air kosong juga adjust ikut tahap manis selera kita. Saya pun lama tak hirup kuah tomyam sedap. Lepas PKP banyak kedai yang tutup. Ada kedai lain kejap kejap tutup. sedap buah prune plum. Dapat yang manis sikit yang rangup, satu dua tiga biji masuk mulut :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe