Bismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita hari ini? Moga baik-baik sahaja.
Pagi ini Amie bawa bekal sarapan pagi ke sekolah tetapi sebahagiannya beli di warung. Amie bawa sebekas buah betik. Alhamdulillah, tidak ada kawan yang takut makan betik di awal pagi! Kami sama-sama makan pada pukul 6:15 pagi dan kemudian teruskan makan sarapan masing-masing seperti biasa. Amie bawa telur rebus dan lebihan sayur pucuk dan bunga betik. Kemudian singgah di Warung Aman Santai di Taman Aman, beli nasi putih dengan sambal ikan.
Nasi Putih + Sambal Ikan + Sayur Pucuk & Bunga Betik + Telur Rebus |
Hirisan Buah Betik |
Pulang dari kerja, Encik Suami belanja makan di Restoran Aman Santai yang terletak di Perdana Square pula. Amie pesan Air Sirap Bandung Special. Kata pelayan restoran, bahan special yang digunakan ialah gula merah.
Air Sirap Bandung Special |
Di bahagian bawah gelas itulah gula merahnya yang membezakan Air Sirap Bandung Biasa dengan Air Sirap Bandung Special. Amie cuba kacau-kacau sedikit dengan sudu. Apabila disedut, manisnya ya ampun! Amie tuangkan sedikit air kosong untuk kurangkanm manisnya.
Nasi Goreng Kampung. |
Encik Suami memesan Nasi Goreng Kampung. Banyaknya, kata Encik Suami.
Tomyam Campur. |
Salah satu tujuan kita datang ke Restoran Aman Santai ini ialah untuk hirup kuah tomyam. Haaa... hirup kuah saja tau! Kita memang akan cari restoran ini kalau hendak makan tomyam, tetapi setakat hirup kuah sahaja! Isinya Encik Suami yang makan.
Bihun Goreng Mamak. |
Ini Bihun Goreng Mamak yang kita pesan.
Tidak ketinggalan, ada dua mangkuk sup kosong sebagai pelangkap hidangan yang dipesan.
Oleh kerana rasanya yang sangat manis, kita tidak dapat habiskan minuman Sirap Bandung Special walaupun sudah ditambah air kosong beberapa kali. Sebahagian gula merahnya masih lagi tidak terusik di bahagian bawah gelas. Encik Suami pun tak dapat bantu, hanya sesedut sahaja yang berjaya masuk ke tekaknya.
Selepas itu kami singgah di Bello Coldstorage yang terletak di sebelah Restoran Aman Santai. Amie beli buah prune plum.
Buah prune plum. |
Jom makan prune plum buat kudap-kudap petang.
Dapat bayangkan manis leting air sirap bandung tu. Kak Amie mmg suka makan buah-buahan ye, semua jenis buah dah saya baca hehe. Ada tak buah yg Kak Amie tak suka?
BalasPadamSetakat ini tidak ada buah yang Kak Amie tak suka. Semua lulus masuk tekak hihihiiii.
Padammmg nmpk manis btul air sirap bandung tu.
BalasPadamItulah.... manis berganda!
PadamSy pun 'cannot go' kalau manis leting gini :(
BalasPadamBerpusing terus kepala hihihii.
PadamKalau sayapun takut minum air manis sangat.
BalasPadamPelik hirup kuah tomyam sahaja.
Yang manis itulah yang akan jadi racun dalam badan hehehee.
PadamAlhamdulillah...
BalasPadamMeriah tu rezeki hari ni..
Sup kosong di sana nampak menyelerakan,tidak seperti kebanyakan
"sup untuk nasi" di sini kebanyakan betul-betul kosong.Rasa air panas + perasa sahaja..hihihi.
Baca akhbar online tadi katanya ada letusan lumpur gunung berapi @ Lahad Datu?
Biasanya sup kosong itu dari kuah rebusan sup tulang.
PadamMemang ada letusan lumpur gunung berapi di Tabin, hutan simpan di Lahad Datu. Sebelum ini ramai orang datang ke situ untuk mandi lumpur. Untuk kecantikan kulit katanya.
semua pun nampak sedapppp
BalasPadamtelur rebus teman setiap masa ye kak... dalam banyak2 tu dana sangat tergoda dengan air bandung ais tu... aduhai sedapnya
BalasPadamSA baru je habis makan prune plum tu...kecik2 dan ada yang sedang2 gak...x ingat plak dari mana buah prune plum tu...
BalasPadamPagi betul Kak Amie menjamu selera. Sana semuanya serba awal waktunya. Faham faham. Unik air sirap bandung dengan gula melaka. Minuman ni kalau manis sangat memang tak boleh nak minum banyak. Kena tambah air kosong juga adjust ikut tahap manis selera kita. Saya pun lama tak hirup kuah tomyam sedap. Lepas PKP banyak kedai yang tutup. Ada kedai lain kejap kejap tutup. sedap buah prune plum. Dapat yang manis sikit yang rangup, satu dua tiga biji masuk mulut :)
BalasPadam