Pertemuan Pertama Setelah Terpisah 30 Tahun!
8:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
30 tahun lalu, Raudah bersama keluarga datang ke rumah kita sebelum kita terbang ke Sabah pada 4 Mei 1992 untuk lapor diri. Kita sempat masak nasi ayam, dan kami makan bersama-sama. Teringat kata-kata arwah bonda Raudah kepada bonda kita: Sampainya hatimu lepaskan anakmu ke Sabah!

Itulah! Rentetannya kami terpisah sekian lama. Kami sahabat baik sewaktu di Universiti Malaya. Sahabat karib yang Raudah usung ke sana ke mari merempit di kota raya dengan motosikal Hondanya!
Ada satu peristiwa yang tak mungkin kami lupakan ketika Raudah membonceng Amie, dan motosikal kami termasuk ke bawah lori di jalan raya berhadapan dengan Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang! Ceritanya Raudah abadikan di sini: KEMBALI PADA-MU & MELAMAR SENDA DI WILAYAH KOTA.
Dunia di hujung jari menemukan kembali kami di alam maya. Selalu juga merancang untuk berjumpa tetapi ada sahaja halangannya. Raudah aktif mengurus aktiviti dakwah di Kunak, Sabah bersama pelajar-pelajarnya. Raudah datang ke Kunak, tapi kita pula terbang entah ke mana! Begitulah! Padahal tidaklah jauh perjalanan di antara Kunak dengan Lahad Datu. Sehinggalah pada hari Sabtu, tiba-tiba Raudah telefon dan akan ke Lahad Datu pada hari Ahad untuk mengambil sumbangan roti dari Kilang Roti Ikhwan yang terletak di Bandar Seri Perdana. Pada masa yang sama, harapannya agar kami dapat bertemu!

Inilah barisan Daie muda yang dipilih oleh Allah untuk melaksanakan legasi dakwah terhadap Kanak2 Palauh dengan misi pendidikan 3MQF. Tahniah DR. NOR RAUDAH kerana sentiasa cakna dan berusaha sebaik mungkin menyantuni kanak-kanak Palauh di Kunak, Sabah.
Setelah menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu Encik Suami di Perdana Square, kami segera pulang ke rumah memandangkan Raudah hampir tiba di Lahad Datu. Kami jemput Raudah bersama rakannya dari PPD Kunak untuk makan tengah hari di rumah. Waktu itu, barangkali terlalu gembira, sangat teruja untuk berjumpa Raudah sehingga tak boleh berfikir untuk masak apa!
Inilah wajah kesayangan hamba! Sahabat karib yang sama-sama mengharungi suka-duka kehidupan sebagai mahasiswi di Universiti Malaya. Kami satu fakulti tapi berbeza jabatan namun kami sentiasa akrab sehinggalah Amie tinggalkan kampung, membawa diri ke Lahad Datu. Jarak masa yang begitu lama, tidak mungkin dapat diungkapkan segalanya dalam pertemuan yang sangat singkat. Raudah perlu kembali segera ke Kunak untuk urusan seterusnya.
Sehari sebelum Raudah datang, kami beli anak jenahak. Jadi, Amie pun pangganglah. Kata Raudah, dia ternampak ikan ini di Kunak tetapi tidak tahu namanya.
Rupanya Raudah pun pandai makan latok. Alhamdulillah!
Kebetulan pula, ada lebihan umbut kelapa yang Amie rebus siap-siap dan simpan dalam freezer. Dapatlah dibuat masak lemak.
Jemput makan tengah hari seadanya.
Kita rasa bagaikan bermimpi! Raudah kata dia pun tidak pernah bermimpi akan sampai ke Lahad Datu. Sesungguhnya pertemuan itu rezeki Allah!
Lebih kurang pukul 2:30 petang, berangkatlah Raudah untuk kembali ke Kunak.
Lebih kurang pukul 3 petang, kami bertandang ke rumah jiran. Nampaknya tetamu jemputan terus berduyun-duyun datang. Firdaus bukan main suka sebab ternampak kuih-kuih talam terhidang! Tak cukup makan kuih talam di Perdana Square, sambung makan lagi di rumah jiran.
Kuih yang seperti rupa kek coklat ini ialah baulu pecak, sejenis kuih tradisi Bugis.
Kita jamah hidangan nasi tomato dengan lauk-pauknya.
Sempat bergambar kenangan bersama jiran dan pasangan pengantin.
9 comments
Alhamdulillah. Antara kebaikan media sosial, dapat ketemukan kita dengan rakan-rakan lama. Semoga persahabatan terus kekal hingga ke syurga
BalasPadamSemoga terus kekal persahabatan sampai bila2. 30 tahun tu mmg cukup lama!
BalasPadamBestnya makan lauk pengantin. Dah lama tak pergi ke kenduri kawen.
Seronoknya dapat jumpa kawan- kawan...SA pun rindu kat kawan2 sekolah SA..ntah bila nak jumpa lagi...selamat pengantin baru buat pasangan pengantin
BalasPadamSesungguhnya benarlah..ajal..maut..
BalasPadamjodoh...
pertemuan..adalah rahsia Allah..
Semoga kita juga dapat bertemu muka suatu hari nanti untuk berukhwah..🤲🤲🤲
Lamanya tidak bertemu. Ya Allah rasa terharu baca.
BalasPadamWhen I was done, I was astonished beyond belief. I'm interested in reading more articles of this nature. Thank you!
BalasPadamWhat Are The 5 Major Components Of An Academic Essay?
lamanya terpisah, akhirnya bertemu lagi..
BalasPadamlamanya kak terpisah.... mujur dapat jugak jumpa kan kak... terubat lah rindu 30 tahun tu ya. Gambar last tu nampak mcm jiran akak sefamily dgn suami akak n Firdaus sebab baju sdondon akak pulak baju hijau heheheh
BalasPadamDengan adanya teknologi dan dengan izin Allah dapat kita bertemu dengan kawan lama yang terpisah bertahun lamanya. Agaknya memang begitulah kak Amie, terlalu gembira sampai tak boleh berfikir nak masak apa untuk tetamu kan.. Seronok dapat bertemu bff.
BalasPadam