Jalan-Jalan Cari Makan di Home Steak Home Sri Perdana Lahad Datu

10:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari Sabtu 24 September 2022. Sebelah paginya wajib hadir ke sekolah. Ikut program Satu Murid Satu Sukan dari pukul 7:00 sehingga pukul 8:30 pagi. Mulai pukul 9:00 pagi sehingga pukul 11:15 pagi gotong-royong membersihkan kelas, cuci kelas dengan sabun, lap dinding sehingga hilang segala kesan kotor dan akhir sekali mop lantai kelas. Ibu bapa turut membantu membersihkan bilik-bilik khas seperti makmal sains, dan kawasan sekitar. Memang ikut berpeluh-peluh!

Dalam sibuk menghadiri program sekolah, kami tidak lupa untuk meraikan salah seorang geng kaki jalan berpindah tempat kerja. Sedih pula rasa, hilang kawan kaki jalan dan hilang kawan sewaktu sarapan bersama.

Kami sepakat memilih untuk makan tengahari bersama Sue di Home Steak Home yang terletak di Sri Perdana. Amie tumpang Kam, dan Kam pula ada urusan ke Fajar Centre. Jadi, kami paling lewat sampai ke Home Steak Home.

Fish & Chips

Banyak menu western yang ditawarkan di sini.

Bersama Sue dan rakan-rakan.



Oleh kerana kita orang terakhir tiba, jadi kenalah tunggu pesanan sementara kawan-kawan yang lain sudah sedia untuk menjamu selera.


Oh, sangkaan kita orang terakhir sampai! Rupanya Rachawaty (tudung pink belacan) merupakan rakan terakhir tiba!


Nampak ceria belaka wajah-wajah yang sebenarnya keletihan memerah tenaga di sekolah!

Bismillah. Masing-masing mula menikmati hidangan yang dipesan.







Fish & Chips



Chicken Chop & Cheese


Chisken Chop

Nampaknya ramai yang memesan fish & chips dan chicken chop.






Kita memesan mushroom soup dan fish & chips serta fresh orange.

Fish & Chip

Alhamdulillah. 
Sedap!
Puas hati!
Dan makan sampai licin!


Pinggan kita licin!


Pinggan kawan-kawan pun licin sama!




Pernah makan lamb chop dan beef steak di sini, tetapi sangat berpuas hati dengan fish & chips!

19 comments

  1. Lapar sangat tapi memang kena habiskan makanan.
    Cantik persembahan makanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan memang patut dihabis sebab tidak berat, hanya protein dengan serat saja.

      Padam
  2. Menarik hidangan di sini, Kak Amie. Tambah menyelerakan bila makan ramai2, tak sedar pinggan dah licin, heheheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin penat selepas aktiviti di sekolah terutamanya gotong-royong perdana tu.

      Padam
    2. Oh, ada karbohidrat juga, tapi tak banyak kentang gorengnya.

      Padam
  3. lepas penat bekerja, menjamu selera dengan kawan kawan..indah betul kan...semoga ukhwah yang terjalin berkekalan hingga ke syurga

    BalasPadam
  4. chicken chop berlinang cheese sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menggoda sungguh chicken chop bercheese tu kan Kak PI.

      Padam
  5. set western dia menggoda betul kak, nampak besar fish n chip dengan chicken chop tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang puas hati Dana. Ikan goreng tu panas lagi.

      Padam
    2. itu yang best tu kak, kadang dapat kt kedai udah sejuk lembik pulak tepungnya tu

      Padam
  6. Memang nampak fish & chips tu sangat menggoda.

    Seronoknya kak Amie ada geng jalan yang ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berganti-ganti ikut orang tu kalau berjalan. Sekali kumpul, ramai jumlahnya kan Ujie.

      Padam
  7. Bestnya makan togeder geder🤭
    Semoga yang berpindah terus sukses di tempat baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indahnya persahabatan, kongsi suka duka, kongsi makan juga.

      Padam
  8. sedap kan makan ramai-ramai. tu yang habis licin. saya suka fish and chip

    BalasPadam
  9. Walaupun bersedih tapi dalam masa yang sama seronok meraikan. Menu sedap sedap kak Amie. Samalah selera kita kalau western order fish & chips. Harus licin pinggan :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe