Jom Cari Harimau Malaya di Taman Hidupan Liar Lok Kawi

8:37 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi Rabu 7 September 2022, kami berkumpul di rumah Abang Aznan untuk sama-sama bergerak ke Putatan. Tujuannya pergi ke Zoo Lok Kawi. Sampai sekarang tak tahu berapa ramai ahli rombongan yang sama-sama ke sana. Nantilah kita kira.  Oleh kerana tidak mahu tunggu-menunggu dan hilang arah walaupun ada yang gunakan aplikasi navigasi WAZE, jadi kami bersetuju untuk masuk mana-mana kereta yang tidak penuh. 

Sebenarnya kami pernah sampai di sini, tetapi Amie tidak abadikan dalam entri. Tak ingat entah tahun bila kunjungan kami itu.

Di perkarangan pintu masuk ke Taman Hidupan Lok Kawi.

Disambut oleh replika tenggiling.
Sesiapa yang berminat boleh menyertai peradia teka berapa banyak sisik tenggiling.

Peta Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

Seronok juga masuk taman ini sebab boleh keluarkan peluh. Jalan-jalan dari satu sangkar ke satu sangkar, naik dan turun bukit. 

Harimau Dahan Sunda

Nampaknya banyak haiwan di dalam taman yang sedang tidur. Puas mencari harimau dahan sunda, rupanya merengkuk bawah semak tertidur!

Samalah juga dengan pak belang ini. Puas kami mecari, meninjau ke sana ke mari, rupanya dia tidur pulas di bawah rumpun bambu!

Harimau Malaya.

Apabila kami tamatkan lawatan, barulah Harimau Malaya ini bangun dari tidur. Itu pun masih terbaring di sanun!

Orang Utan Borneo

Landak


Susah jugalah nak tangkap gambar landak! Dawai petak yang memagarinya sangatlah kecil saiznya. Susah nak masukkan muncung kamera.


Dapat tangkap bulunya pun jadilah.


Ankoli


Uiii! Melengkung tajam tanduk ankoli.


Tembadau


Kasuari

Emu

Memerang



Kelawat

Kelawat ini seakan rupa hantu pula! Bergayut sana-sini tak tahu berhenti.

Binturong

Semua binturong atau bearcat yang ada tidur lena! Tak dapat melihat aksinya.

Beruang Madu



Nanti kita belanja video beruang madu berdiri dan berjalan dengan dua kakinya di akhir entri.

Gajah Borneo


Rusa Bintik


Nilgai


Cuaca agak panas. Memang berpeluh-peluh kami dibuatnya. Cukuplah setakat ini sahaja lawatan ke Zoo Lok Kawi. Amie akhiri dengan paparan gambar salah satu spesies burung enggang.

Burung Enggang


Semuanya mencari air minuman untuk melepaskan panas dan dahaga. Terima kasih Abang Aznan kerana bayarkan tiket masuk dan minuman serta jajan untuk semua ahli rombongan.



Video beruang madu berjalan menggunakan dua kaki.

18 comments

  1. Kali terakhir ke sini tahun 2011. Masa tu bawak anak sulung umur 1 tahun lebih ke sini, tak sedar tgh mengandung anak no. 2 hehe. Sekarang nampak lebih terjaga zoonya berbanding dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada penambahbaikan semasa PKP. Dulu tak banyak gajah, sekarang sudah lebih 7 ekor.

      Padam
  2. Wah...seronok la Daus yer...jenjalan tengok haiwan bersama sàudara mara...hihihi


    Baru tau binatang macam lembu tanduk panjang tu namanya Ankoli...
    Tembadau tu adakah nama lain bagi Seladang atau memang lain binatangya sebab tengok kaki "pakai stoking" tu macam seladang...hihihi

    Berapa harga tiket masuk cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tembadau ini dikatakan satu-satunya spesies banteng (bahasa Inggeris) yang terdapat di Borneo. Barangkali keturunan lembu atau kerbau.
      Saya tak pasti pula berapa harga tiket, sebab sampai saja terus disuruh masuk kerana Abang Aznan sudah bayar tiket untuk kami, 24 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak.

      Padam
    2. Owh...maknanya beda la antara tebadau dan seladang..Malaysia sangat kaya dengan flora dan fauna yang Allah kurniakan.Alhamdulillah

      Padam
  3. Dah lama tak masuk zoo
    Last zoo melaka sebelum PKP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepanjang musim PKP, pengurusan zoo agak kritikal.

      Padam
  4. Harimau memang banyak tidur siang rasanya sebab kalau kita pergi Zoo Negara pun sama, Mereka aktif di malam hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama kali datang dulu, harimau nampak cergas jalan-jalan keliling sangkar, senang ambil gambar. Kali ini sembunyi pula dia, sedap jew tidur hihihiii.

      Padam
  5. Lama sangat dah tak ke zoo. Zoo Johor pun tak buka2 sejak pkp. Tunggu dia pindahlah nanti baru leh gi. Rimau tu rasa nak pelukkkkk.

    BalasPadam
  6. kak, kucing akan tidur selama 12 ke 16 jam sehari... waktu tengahari memang masa tidur mereka sebab dana kan ada bela kucing sama je perangai semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Dana, ada perumpamaan mengatakan tabiat macam kucing, siang tidur malam berjaga.

      Padam
  7. Last pergizoo melaka ntah tahun bilantah..lepas tu sampai sekarang xde dah masuk2...seronok plak pi zoo mcm ni...

    BalasPadam
  8. Saya pun dah lama tak berkunjung ke zoo.

    BalasPadam
  9. Comel pulak replika tenggiling tu bersisik warna warni. Alamak, jenuh nak mengira tu. Tak dapatlah nak menekanya. Jalan ke Zoo ni kalau cuaca elok tak terasa penatnya. Tapi kalau panas memang rasa nak cepat balik je. Pelik betul kalau pergi zoo mesti harimau tidur je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe