Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Masin
8:06 PTGMasakan pucuk ubi lemak putih memang satu menu yang sangat lazat hasil air tangan Bonda! Biasanya Bonda tambahkan ikan bilis. Kuah lemak putih Bonda tambahkan pada nasi putih, dan suap ke mulut adik-adik. Itulah kenangan bersama masakan Bonda yang tidak mungkin dapat dilupakan. Teman pucuk ubi masak lemak putih sudah tentulah ikan masin goreng atau ikan bilis teri goreng. Sambalnya pula, kami panggil sambal totok. Bonda akan kukus cili padi dan bawang merah di dalam periuk nasi sewaktu nasi sedang mula mengering di dalam periuk. Jadi cili padi dan bawang merah akan masak apabila terkena wap nasi. Setelah nasi tanak, Bonda kaut cili padi serta bawang merah tadi dan tumbuk bersama belacan.
Hari ini Encik Suami minta Amie masak pucuk ubi dengan ikan masih. Jadi, terhidanglah Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Masin.
Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Masin |
Hidangan tengahari Khamis:
- Nasi Putih
- Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Masin
- Telur Dadar Kucai
- Ikan Kerisi Goreng Aroma Daun Kari
- Sambal Tempoyak
- Nanas & Epal Merah
Ikan Kerisi Goreng Aroma Daun Kari |
Sambal Tempoyak |
Telur Dadar Kucai |
Nanas & Epal Merah |
- 1 mangkuk pucuk ubi yang sudah dicelur hingga lembut
- seekor ikan masin kerapu - bersihkan dan potong menjadi 4 keping
- 1/2 biji kelapa parut - kisar dengan 700 ml air - perah santannya
- 2 batang serai - ketuk
- 2 ulas bawang putih + 3 biji bawang merah - tumbuk
- garam / perasa pilihan
- Masukkan pucuk ubi, ikan masin, serai, bawang putih + bawang merah serta ikan masin ke dalam periuk.
- Kemudian tuangkan santan.
- Letakkan di atas dapur, dan nyalakan api sederhana panas.
- Kacau maskan lemak sehingga mendidih.
- Taburkan garam / perasa pilihan.
- Kacau dua tiga kali, dan padakan api dapur.
19 comments
Rindu pulak dengan pucuk ubi lemak putih ni. Memang tepat sekali jika ditemankan dengan ikan masin tu, Kak Amie.
BalasPadampucuk ubi ni saya just suka klku dia masak rendang je hehehe...
BalasPadamSedap masak lemak pucuk ubi dengan ikan masin, biasa masak lemak daun asin-asin dengan labu, kecur air liur...
BalasPadamnak cuba buat sambal belacan macam bonda akak buat nanti
BalasPadamMasak lemak putih belum cuba lg,dok masak lemak kuning ja kalau dpt pucuk ubi..
BalasPadamTernyata orang Malaysia juga suka makan pucuk ubi ya. Sama selera dengan keluarga saya.he he ....
BalasPadamBaru sedar dah lama saya tak makan pucuk ubi huhu
BalasPadamAduhaiiiii enaknya sambal totok. Betul lah dulu petik pucuk ubi keliling rumah je. Kalau selalu petik daunnya lembut lah ni kalau beli emm banyak yang keras dari lembut. Lamanya tak makan pucuk ubi. Mengimbau kenangan lalu sungguh ni.
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamSelamat menjamu selera yang sedap2 belaka
masak lemak pucuk ubi berganding dgn lauk2 lain sesuai ja sedap selalu
BalasPadamEh,baru perasan dah lama tak makan pucuk ubi.Tengok masak lemak pucuk ubi cikgu ,rindu kampung la pula...
BalasPadamTak pernah makan pucuk ubi lemak putih mesti sedap kalau dilawankan dengan sambal kan
BalasPadamSaya pun suka masak lemak pucuk ubi. Selalu kawankan dengan ikan goreng garing-garing. 2 lauk tu je cukup dah
BalasPadamMasak simple macam ni la yang bahayanya sebab akan makan bertambah....
BalasPadamlama tak mkn msak lemak pucuk ubi
BalasPadamsedappp menu2 k amie
Eh, rasa dah komen entri ni kak Amie. Hilang pulak komennya. Sedapnya pucuk ubi masak lemak putih campur ikan masin. Lawan dengan sambal sedap!
BalasPadamSelalu buat masak lemak cili api pucuk ubi itu.
BalasPadamtiba-tiba teringin plak nak makan pucuk ubi masak macam ni
BalasPadamTengok malam malam ni rasa nakkk makan pulakkk, memang favorite saya ni laukk pucuk ubi ni >.<
BalasPadam