Kerabu Rumpai Laut @ Latok & Anggur Laut

11:09 PTG

Allahu Akbar! Lega rasanya dapat siapkan laporan seperti yang dikehendaki oleh pihak pentadbiran. Tepat pukul 10:40 malam tadi Amie hantar secara online kepada orang atasan kami.  Pada hari Khamis ini dijadualkan rombongan dari Sektor Akademik (?) akan datang untuk mengadakan Dialog Prestasi SPM 2021. 

Rasanya hendak terus sahaja rebahkan diri dan lelapkan mata setelah seharian berBDR dari pagi sehingga ke malam. Tiba-tiba teringat, belum tulis entri hidangan makan tengahari seperti kebiasaannya. Kalau Amie tak tulis malam ini, belum tentu esok sempat dijadikan entri pula. Kalau lewat tulis, sudah tentu banyak perkara yang berkaitan Amie sudah buang dari memori!

Hari ini menunya ringkas sahaja. Ada ikan bakar. Ada kerabu latok. Ada sambal udang dan sayur. Semuanya lauk-pauk kampung yang kering-kering tak berkuah.


Kerabu Rumpai Laut @ Latok @ Anggur Laut.

Hidangan tengahari Selasa:
  • Nasi Putih
  • Ikan Cencaru Panggang Sumbat Sambal Tomato
  • Sambal Udang
  • Kerabu Latok @ Rumpai Laut @ Anggur Laut
  • Sayur Taugeh Tumis Campur
  • Sambal Belacan
  • Nanas
Ikan Cencaru Panggang Sumbat Sambal Tomato

Masih ada stok sambal tomato. Jadi, sumbat di belakang ikan cencaru. Panggang atas kuali leper. Habis cerita!
Sayur Taugeh Tumis Campur.

Sambal Udang.

Sambal udang ini Firdaus nak makan seorang. Tak mahu dah Firdaus makan lauk lain. Katanya, biarlah Fairuz tak makan udang! 

Sambal Belacan.

Nanas


Kerabu Rumpai Laut ini Amie hanya tambahkan hirisan mangga muda, cili padi, tomato, bawang merah, belacan, garam / gula / perasa pilihan. Perahkan jus limau kasturi. Gaul. Siap untuk dihidangkan. Kerabu ini tak boleh simpan lama, nanti akan cair! 

Wokey!
Masa untuk beristirahat.
Jumpa lagi.
Assalamualaikum.




16 comments

  1. Amboi Firdaus kuasai lauk sambal udang seorang.

    BalasPadam
  2. Sedapnya kerabu akak tu, dana tak pernah lagi cuba latok...

    BalasPadam
  3. Aku paling suka sambal udangnya, ananda Amy.

    BalasPadam
  4. Rajin betul kak Amie berkongsi resepi dan cerita. Kalau saya, dah habis kerja pukul 10 lebih memang cari bantal sahaja. Tapi itulah, blog ni boleh jadi terapi juga

    BalasPadam
  5. latok tu sedapnya... ada sayur tauge pulak tu... ikan bakar... semua menyelerakan... udang je sy x brp minat.. hihihihi

    BalasPadam
  6. anggur laut sedaptu buat kerabu campur

    BalasPadam
  7. Lega bila kerja dapat disiapkan dan terus anta. Tak semak lagi nak fikir. Rajin Kak Amie tulis cerita setiap hari. Kalau saya mana sempat je. kalau tak esok esoknya baru menulis. Hihi..Senang ada stok sambal, sumbat je dalam ikan dan panggang. Siap! Fav Daus ke sambal udang tu. Ke lauk lain tak menepati selera dia.

    BalasPadam
  8. Dalam sibuk berBDR, banyak juga lauk terhidang di meja. Amboi Daus, sambal udang nak makan sorang ya, kemahennn

    BalasPadam
  9. Lauk pauk kering pun tetap mengamit selera Amie..sambal udang tu bokeh dibuat kuah.

    BalasPadam
  10. Sukanyaaaaaa lauk2 kering.
    Latok tu kecur ayaq lioq.Kwna ngan ikan bakar..Aduhhh....ratah lagi la sedap..

    BalasPadam
  11. Sedap semuanya tu.... lagi2 udang Daus tu 😋😋😋😋

    BalasPadam
  12. suka ikan cencaru sumbat, tapi saya suka yang sumbat kelapa. susah nak jumpa yg sumbat kelapa skrg ni, selalunya sumbat sambal je.

    pernah rasa latok tu... tak sedap, hahaha

    BalasPadam
  13. SA suka makan latok...kalau kunyah letup2 dalam mulut..hehehe....ikan cencaru sumbat tu pun dah lama x buat..nak buat la nanti

    BalasPadam
  14. Latok paling2 feveret CCL . Memang sedap makan dengan nasi putih sahaja . Tapi kat Perlis ni susah da sekarang nak jumpa orang jual latok

    BalasPadam
  15. pernh mkn rumpai laut ni masa outstation sabah dlu2...skarang tgk org jual nama latok

    BalasPadam
  16. Wahhh firdaus taknak berkongsi ye sambal udang tuuu hahaha, benda sedapp harus dikongsi bersama gituuu heheh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe