Asam Pedas Sotong

11:21 PTG

Asam Pedas Sotong! Tambah serai dan daun limau purut untuk timbulkan aroma. Masak sekejap saja, jangan lama-lama sebab nanti sotong jadi liat macam getah sekerap pulak. 

Asam Pedas Sotong.


Hidangan tengahari Isnin:
  • Nasi Putih
  • Asam Pedas Sotong
  • Ikan Cencaru Kukus
  • Sup Bebola Daging dengan Sayur Sawi
  • Sayap Ayam Goreng Tepung BESTARI
  • Ulam Lettuce & Terung Goreng
  • Cili Kicap Bawang Putih
Ikan Cencaru Kukus.

Amie nak makan nasi dengan ikan cencaru kukus cecah cili kicap bawang putih. Ikan cencaru ini Amie kukus ikut cara Bonda. Sama seperti kukus ikan masin atau cili padi untuk sambal totok. Apabila butang rice cooker naik ke atas, buka tutup rice cooker dan bubuh ikan di atas piring kecil dan masukkan ke dalam rice cooker. Tutup semula rice cooker. Nasi tanak, ikan pun masak. 

Cili Kicap Bawang Putih.

Pencecahnya pula, Amie cincang bawang putih dan cili padi. Bubuh cuka, kicap lemak manis dan minyak bijan secukupnya. Jika ingin aroma yang lebih enak, boleh perahkan jus limau kasturi.

Sup Bebola Daging dengan Sayur Sawi.

Bonda kata, dalam hidangan perlu ada kuah untuk tolak nasi ke dalam perut! Kuah itu sudah tentulah sayur bening! Amie rebih bebola daging dan tambahkan lobak merah serta sayur sawi. Tidak lupa, perencagnya sudah tentulah gandingan mantap lada putih, bawang putih dan halia! Memang berpeluh-peluhlah selepas hirup semangkuk kecil kuahnya!

Lettuce & Terung Goreng.

Encik Suami rindu nak meratah ulam-ulaman. Tak tinggal sehelai untuk kita.... ahaks! Amie tambahkan terung goreng. Boleh cecal cili kicap lada putih.


Sayap Ayam Goreng Tepung BESTARI.

Firdaus memang tak usik ikan cencaru kukus. Jadi Amie gorengkan sayap ayam celup tepung BESTARI. Biarlah Firdaus makan sayap ayam goreng dengan Fairuz. Kami makan ikan cencaru kukus saja.


Limau ini nampak pucat saja. Tapi apabila dimakan, manislah pula isinya.

Asam Pedas Sotong.


Amie sudah pernah kongsikan resipi Asam Pedas Sotong dalam entri yang lepas. Amie kongsikan lagi di sini untuk tambah koleksi.

Bahan-bahan:
  • 5 ekor sotong saiz sederhana - bersihkan - buang mata, mulut dan dakwat - potong ikut suka
  • 5 helai daun limau purut - buang tulang belakang - ramas sedikit
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 cm lengkuas - diketuk
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 sudu besar minyak
  • 700 ml air
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm halia

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, lengkuas dan serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping dan air. Biarkan mendidih selama 5 minit.
  3. Masukkan sotong.
  4. Biarkan mendidih sekali lagi dan kemudian masukkan daun limau purut.
  5. Setelah daun limau purut berubah warna, perasakan asam pedas dengan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Padamkan api dapur.

15 comments

  1. Belum pernah makan @ masak asam pedas sotong.
    Boleh cuba nanti...

    BalasPadam
  2. Selain ikan, daging ayam dan lembu, tak pernah rasa lagi asam pedas sotong..

    BalasPadam
  3. Kesian akak tak pernah mkn menu sotong asam pedas lagi..
    Selamat hari kebangsaan Amie..

    BalasPadam
  4. Belum cuba lagi. Antara lauk yang Naniey tak berani masak - Sotong. Takut liat

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...
    Wah rumah baru cantik lah....Saya ni belum berkesempatan nak 'renovate' lagi kak amie....lama berangan nak tukar ke 'fast response' tapi tak ada masa nak godek2 blog.Kang buat mau bertapa depan laptop...
    btw sedap betul asam pedas sutun tu...hirup kasi clear mangkuk hehe...Selamat Hari Merdeka kak amie

    BalasPadam
  6. Oh ada letak minyak bijan pada cili kicap. Nanti boleh cuba letak.
    Selamat Hari Kemerdekaan.

    BalasPadam
  7. Senang juga kukus macamtu, tak perlu keluarkan periuk kukusan. Boleh follow ni.

    BalasPadam
  8. tak pernah mkn asam pedas sotong lg..

    meriah btul menu kak amie..

    BalasPadam
  9. Sedapnya asam pedas sotong...lama dh x buat..nak cuba buat la nanti..menariknla ikan cencaru kukus tu...SA td goreng kunyit + bawang putih je...ada balance lagi 2 ekor bleh la kukus nanti...

    BalasPadam
  10. Tak pernah dengar pulak asam pedas sotong, ni kali pertama. Apa2 pon saya suke sambal sotong.. heheh

    BalasPadam
  11. Ni pertama kali dana nampak asam pedas sotong... tapi mesti sedap kan kak... yelah kuah asam pedas tu pun memang sedap tambah lauk apa pun boleh

    BalasPadam
  12. Sotong nampak fresh dan sedap tu Kak Amie. Betul betul. kalau lama lama masak liat kemain rasa susah nak mengunyah. Ikan cencaru cicah sambal kicap tu sedap. Pernah makan ikan cencaru masak asam cili potong kukus. pun sodap! hehe..lambat ambil memang cepat laris ulam tu.

    BalasPadam
  13. Menu sentiasa meriah dan sihat..suka betul tgk..

    BalasPadam
  14. Tak pernah cuba lagi sotong masak asam pedas, selalu ikan ajeee. Nanti boleh la suruh kakak masak hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe