Asam Pedas Kaki Ayam

9:47 PTG

Air tangan Bonda dan air tangan MIL memang lazat. Kedua-dua hasil masakan insan yang tersayang ini memang sentiasa menggamit selera. Teringat sewaktu MIL masak Asam Pedas Kaki Ayam, kami menantu, ipar dan biras memuji-muji kelazatannya. Belum lagi dihidang, asam pedas masih di atas dapur, aromanya cukup menggoda rasa. MIL masak Asam Pedas Kaki Ayam berkuah cair. Cukup rasa! Di akhir sentuhan masakannya, MIL perahkan jus limau nipis. Sesungguhnya MIL dan limau nipis memang sukar untuk dipisahkan.

Hari ini Amie masak Asam Pedas Kaki Ayam. Firdaus tidak mahu berhenti meratah kaki ayam walaupun pedas. Nasinya diketepikan. Oleh kerana ada Ketam Babat Goreng, memang tak pandang nasi langsung. Kalau boleh dia nak meratah satu orang kesemua Ketam Babat Goreng itu.

Asam Pedas Kaki Ayam

Hidangan tengahari Jumaat:

  • Nasi Putih
  • ASam Pedas Kaki Ayam
  • Kembang Kates Tumis Cili Padi
  • Ketam Babat Goreng
  • Ikan Jepun Goreng
  • Tauhu Goreng + Putik Jagung Kukus & Sambal Tempoyak
  • Nanas & Epal Hijau  / Merah
Kembang Kates Tumis Cili Padi

Ikan Jepun Goreng

Ketam Babat Goreng

Tauhu Goreng, Putik Jagung Kukus & Sambal Tempoyak.

Nanas & Epal Hijau / Merah.

Asam Pedas Kaki Ayam.

Kalau MIL masak asam pedas kaki ayam, MIL akan potong kecil-kecil. MIL tambahkan leher ayam. Amie potong 2 saja kaki ayam itu. Bahan perencah yang MIL gunakan tidak banyak, hanya bawang putih, bawang merah, cili kering, belacan, kunyit, halia dan serai sahaja. Apabila bahan-bahan tersebut bersatu di dalam periuk, aromanya semerbak. Untuk masakan Asam Pedas Kaki Ayam ini Amie tambahkan daun limau purut. Oleh kerana Amie tidak ada limau nipis, Amie gantikan dengan asam gelugur.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg kaki ayam - potong ikut citarasa
  • 2 batang serai - diketuk
  • 5 helai daun limau purut - tarik urat belakang - ramas
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 keping asam gelugur
  • 1.2 liter air
  • garam / gu;a / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cam halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali / periuk.
  2. Masukkan serai, dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan  air. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan kaki ayam dan asam keping serta gula.
  5. Biarkan masakan mendidih lagi selama 10 minit.
  6. Tutup periuk dan perlahankan api dapur.
  7. Setelah kaki ayam empuk, masukkan daun limau purut dan taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  8. Kacau beberapa kali sehingga daun limau purut berubah warna.
  9. Padamkan api dapur.

26 comments

  1. Hari meratah untuk Firdaus. Kenyang tidak kalau tidak mak an nasi?

    BalasPadam
  2. Wak pun minat kalau ngadap menu kaki ayam ni

    BalasPadam
  3. Kaki ayam ni memang pebret MAMA, UYUM dan abang2 dia hahaha

    BalasPadam
  4. Saya terliur bunga betik pedas tu...Sukanyaaaa..Mana nak cari bunga betik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpaksalah tunggu tamat PKP ye Mama Cella.

      Padam
  5. Kaki atau leher ayam, saya suka makan jika dibuat sup.

    BalasPadam
  6. Selalu buat sup dengan kerabu. Boleh cuba lain kali buat asam pedas ni pula.

    BalasPadam
  7. Kaki ayam dan ketam babat dah jadi favourite Firdaus. Meratah sampai tak ingat nasi. Sedap sangat lah tu. Kembang Kates tu nampak macam pucuk betik pulak.

    BalasPadam
  8. Amìe..akak screenshot menu ni..simpan nk buat nanti...selalu dok buat sup kaki ayam ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Sesekali ubah cara masakan, sedap juga.

      Padam
  9. asam pedas kaki ayam baru tau mesti sedap tu

    BalasPadam
  10. Kembang kates cili api tu , sama aja ke dengan kerabu putik bunga betik tu ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kembang kates itu sama dengan bunga betik, tapi tumis cili padi tak sama dengan kerabu.

      Padam
  11. Sedapnya asam pedas kaki ayam....SA suka apa jer masakan yang melibatkan kaki ayam...masak lama- lama sebab sedap especially buat sup kan kak amie...nak cuba la masaka asam pedas kaki ayam...td citer dan tunjuk kat mak...eh..mak kata jom cuba....hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Mak Pah nak masak asam pedas kaki ayam... mesti sedap ni SA!

      Padam
  12. Betul kaki ayam banyak colagen, dah la sedap bila empuk, berbaloi menikmatinya..

    BalasPadam
  13. ermmm... saya tak makan plak kaki ayam

    BalasPadam
  14. sedapnya nmpk, dah la favourite syu kaki ayam ni.

    BalasPadam
  15. Dulu masa belajar, housemate saya suka benor la buat lauk macam ni hahaha. Kita mampu tengok je sebab tak makan kaki ayammm walaupun tahu kaki ayam banyak khasiat hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe