Tempat Jatuh Lagi Dikenang!

12:36 PTG

Apabila Adik Wi kongsikan gambar-gambar membersihkan tanah pusaka bahagiannya, teringat pula kata-kata Bonda pada tahun 2019 sewaktu kami bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Ya, sudah 2 tahun berlalu tidak bertemu keluarga di Malaya disebabkan PKP.  Kata Bonda : 

Bila nak tebang pokok kelapa sawit? Pokok sudah tua. Hasil dah tak banyak. Kakak itu hendak buat rumah sewa. Kakak ini hendak buat kedai. Adik itu tanam pokok pisang. Adik ini nak buat rumah.

Barangkali tanah pusaka bahagian Adik Wi di kawasan tanaman getah.



Merenung gambar ini sahaja, hati sudah dipagut rasa pedih.
Orang kata tempat jatuh lagi dikenang.
Anak sungai berair jernih sungguh menggamit memori.
Di sinilah tempat kami berkubang sampai merah-merah mata dan kecut jari-jemari.
Di sinilah kami melompat dari tebing ke tebing!
Di sinilah tempat kami tangguk ikan keli yang ada masanya datang berkumpulan. Kami tangguk dengan tudung saji plastik. Dapat berpuluh-puluh ekor. Bonda siang ikan keli, dan goreng.

Di sinilah suatu malam.... waktu di antara Maghrib dan Isya.
Arwah Ayahanda pegang kaki Amie ke atas, dan kepala ke bawah!
Ayahanda hendak benamkan kepala Amie ke dalam air kerana waktu itu Amie tertidur sewaktu mengaji. Waktu itu Amie masih kecil. Usia 4 atau 5 tahun. Waktu siang penat bermain-main dengan anak-anak jiran. Apabila malam mengantuk pula sewaktu mengaji Quran.

Ayahanda tanya :
Nak mengaji? Nak tidur?
Nak mengaji? Nak tidur?
Huhuhuuuu huuuu... mengaji!

Kenangan itu sentiasa membuatkan air mata bergenang. Terima kasih Ayahanda kerana telah mendidik anak-anakmu untuk menjadi 'orang'.
Al-Fatihah buat arwah Ayahanda.


Ya Allah. Mudah-mudahan dapatlah kami sekeluarga kembali ke Bukit Hijau.
Mudah-mudahan dapat menghabiskan sisa-sisa usia di tanah kelahiran sendiri.

                   

Mudah-mudahan lembut hati Encik Suami untuk 'berhijrah' ke Malaya.
Mudah-mudahan Encik Suami mengerti dan memahami lebih separuh usiaku berada di tempat kelahirannya.



In syaa Allah, ada rezeki dan perancangan yang baik, mudah-mudahan  dapat berteduh di tanah pusaka ini. Teringin rasanya menghabiskan usia tinggal di kampung. Rumah di kelilingi tumbuhan hijau, dan yang pastinya bukan pokok kelapa sawit!

                                      



Rindu!



Banyak kenangan yang mengusik jiwa!

23 comments

  1. Sedih plak baca entry ni..betul kak amie..adakala sebab merantau tempat orang..negeri kelahiran sendiri menjadi kenangan dan rinduan...semoga impian kak amie jadi kenyataan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SA.
      Merantau jauh beribu batu. namun, begitulah takdirnya yang perlu kita terima dengan berlapang dada. In syaa Allah banyak hikmah di sebalik ketentuan-Nya.

      Padam
  2. harap kenangan itu menjadi memori indah untuk dikenang sampai bila2...

    BalasPadam
  3. Tempat lahir lagi dikenang, tanah cantik dan besar pasti ingin usahakan. Arwah ayahanda sis begitu tegas mendidik anak-anak, moga impian sis menjadi kenyataan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Arwah Ayahanda seorang yang sangat tegas terutama dalam hal-hal agama.

      Padam
  4. Ya Allah,yang maha pengasih lagi maha penyayang...
    Lembutkanlah hati En Majid untuk memenuhi hajat Pn Salami berhijrah ke Malaya untuk berbakti kepada bondanya pula..
    😭😭😭😭
    Kenapa saya pula yang menangissssssss!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekawan harimau tajam taringnya,
      Bertembung beruang di dalam hutan,
      Hidup merantau bertahun lamanya,
      Kampung halaman dalam ingatan.

      Aamiin ya Allah.... ya Rahman ya Rahim. Mudah-mudahan ada rezeki pulang ke Malaya.
      Terima kasih Mama Cella...tolong menangiskan untuk saya, lega sedikit perasaan saya sebab saya dah banyak sangat keluar air mata rindu.

      Padam
  5. Kenangan lalu tak kan pernah hilang walaupun berhijrah jauh di negeri orang. Zaman dulu mak ayah didik anak anak macam macam kena hukuman tu. Tapi sekarang kalau buat macam tu kena kecam.

    Sedih baca luahan hati Kak Amie. Semoga lembut hati suami akak untuk berhijrah ke malaya pula. Seronok duduk kampung, tenang fikiran. Tapi satu hari berpindah malaya pasti akan rindukan kenangan di LD juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman dahulu, kita terima segala didikan tanpa sangka buruk. Kita patuh arahan ayah ibu. Bukan senang rupanya untuk mendidik anak.
      In syaa Allah Fizah. Mudah-mudahan perancangan balik kampung laman dipermudahkan. Aamiin.

      Padam
    2. Betul tu kak. hukuman apa saja terima je tanpa melawan. Alhamdulillah didikan terbaik masa dulu. Sangat berbeza sekarang. Silap cakap pun boleh jadi kecaman. Semoga perancangan Kak Amie dipermudahkan oleh Allah..Seronok dapat duduk di kampung sendiri. Dah pencen boleh buat kerja kampung. banyak aktiviti boleh buat.

      Padam
  6. Kalau cikgu Amie duduk Bukit Hijau for good, dapatlah kita berjiran nanti... Bukit Hijau dan Bukit Kapar kan tak jauh hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, kalau boleh selepas pencen ingin menjejak kasih saudara mara yang hampir 30 tahun 'terputus hubungan' dan menjalin silaturahim. Selama ini kalau balik kampung pun tak sempat ziarah.

      Padam
  7. Ya Allah semoga tercapai hasrat Puan Amie.
    Allah lebih memahami dan mengetahui yang terbaik untuk Puan Amie.
    Saya pun ada hasrat tidak tercapai mampu bermonolog dan mengadu pada-Nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya Allah ya Rahman ya Rahim!
      Kita hanya mampu merancang, Allah sebaik-baik perancang.

      Padam
  8. Lucu pulak baca citer Amie kena angkat kaki keatas kepala kebawah tu...
    Alahai cantik ja tempat tu Amie .gembur elok..tanam apapun menjadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... geram sangat agaknya arwah Ayanda. Kita tertidur terus diangkat bawa ke tepi sungai.... ahaks. Mana boleh lupa peristiwa itu.
      Tanahnya memang elok, subur dan gembur. Tanam apa pun memang menjadi.

      Padam
  9. Tegas dan garang arwah ayah Kak Amie.. Mesti lepas tu tak tertidur lagi..
    Semoga Allah permudahkan urusan dan hasrat kak Amie. Aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik-beradik ramai. Kalau tak tegas dan garang, tak tahulah apa jadi. Siang arwah penat bekerja, tentulah malam jadi berang ajar mengaji anak pula tidur heheheeee.

      Padam
  10. Betul tu kak Amie, rindu pada kampung halaman memang takkan hilang. Semoga cita-cita kak Amie nak kembali ke Malaya tercapai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya Allah.
      In syaa Allah ada kesempatan merasai kembali suasana kmpung.

      Padam
  11. insyaAllah kak, satu hari nanti akan dapat pulang ke malaya..

    BalasPadam
  12. Makin dikenang, makin dirindu. Tapi takpelah, atleast ada jugak kenangan tuu kan kak amie.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe