Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung

10:22 PTG

Hari ini Amie masak lemak cili api daging salai dengan rebung. Seperti biasa kalau masakan Negeri Sembilan memang rujuk dapur SURIA AMANDA. Tak perlu bubuh bawang putih dan bawang merah.  Selalu terliur apabila masuk dapur SA terutama kalau ada masakan lemak cili api. Bertuah sungguh Pak Zain dan Mak Pah ada si cantik manis SA penuh budiman ini.

Tak ada daging salai,kita salai sendirilah. Bukan gunakan arang tapi panggang dalam air fryer saja. Oleh kerana daging lembu yang Amie gunakan ini muda dan cepat empuk, jadi Amie panggang lebih kurang 24 minit di bawah suhu 180'C.

Sebagai penghargaan kepada Encik Suami kerana bawa pulang rebung, jadi Amie pun olah menjadi Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung. Kali ini Amie gunakan santan kotak sahaja.

Sepanjang hari ini semuanya sibuk dengan tugas masing-masing. Pukul 3:30 petang barulah sempat masuk dapur. Kami makan tengahari pada pukul 5 petang! Kiranya merangkap makan tengahari dan malamlah itu.

Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung.

Hidangan tengahari Rabu:
  • Nasi putih
  • Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung
  • Anak Ikan Bawal Hitam Goreng
  • Kacang Bendi , Kacang Panjang & Baby Carrot Celur
  • Sambal Belacan Thai
  • Ulam Jering
  • Buah Limau Sunkist & Epal Merah
Anak Ikan Bawal Hitam Goreng.



Kacang Bendi, Kacang Panjang & Baby Carrot Celur.

Sambal Belacan Thai

Ulam Jering Muda

Hirisan Limau Sunkist & Epal Merah

Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung.

Jom kita lihat resipi simple dimple Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung. Amie masak sedikit saja. Maklumlah hanya untuk berempat termasuk Fairuz. Itu pun kadang-kadang Fairuz makan di luar. Walaupun tidak ada rasa asap daging salai dan lemak manis santan kelapa segar, tapi rasanya sedaplah juga. 

Bahan-bahan:
  • 200 gram hirisan daging salai air fryer
  • 200 gram rebung - celur seketika - toskan
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - siat
  • 400 ml air
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 keping asam gelugur
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
  • 20 biji cili padi
  • 2 cm kunyit
Cara memasak:
  1. Masukkan daging salai, rebung, bahan kisar, serai, daun kunyit, asam gelugur dan air ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga kuah mendidih dan daging empuk.
  3. Kemudian masukkan santan kotak. 
  4. Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kacau selalu sehingga kuah mendidih.
  6. Padamkan api dapur.

18 comments

  1. Kalau ke arah Negeri 9, mesti cari daging salai masak lemak..

    BalasPadam
  2. Dr hari tu nk try daging salai air fryer ni tp asik terbuat rendang je.. hehehe.. mmg secocoklah masak lemak, ulam dan ikan goreng.. sedapnyaaa kak

    BalasPadam
  3. sedapnya..ada pulak ulam jering...lama x makan jering..

    BalasPadam
  4. Memang sedaplah kalau campur dgn rebung.

    BalasPadam
  5. berbaloi tunggu sampai pukul lima. hehe

    BalasPadam
  6. wahhh sedap tu kak, suka tengok akak punya menu lengkap semua dengan ulaman dan buah....

    BalasPadam
  7. Senang kerja menyalai daging ada air fryer. Sedap masakan daging salai campur dengan rebung. Lauk ni ada pun dah cukup dah pada saya :)

    BalasPadam
  8. Amboii sedapnya semua menu amiee

    BalasPadam
  9. Suka rebung. Selalu makan lebih rebung daripada daging.

    BalasPadam
  10. Daging salai masak lemak ni memang boleh buat kecur liur..lagi dengan ulam rebung kan, lagi best lah

    BalasPadam
  11. NGam tu masak lemak daging salai vs ulam jering muda

    BalasPadam
  12. SA hari kan kak amie, makan daging salai jugak..tapi x masak..SA beli...x sempat nak masak sebab lama kat hospital tadi..sedap caampur rebung tu kak amie..mesti rebung fresh tu...kalau campur pucuk ubi pun sedap tu...aih..teringin plak..tapi nak masak sendiri....

    BalasPadam
  13. x dinafikan air fryer mmg memudahakn kerja...
    fuhhh merecik masak lemak akk ni������

    BalasPadam
  14. Hari tu sy cuma sempat baca entri daging salai ni jer tak sempat tinggalkan komen. Apa kata, lain kali Kak Amie masukkan sabut bakar dalam AF utk dapatkan bau asap salai. Cadangan sajah kalau berani, hihi

    BalasPadam
  15. lambatnya kak amie sekeluarga mkn tgahari..smua busy dengan tugas masing2 kan.

    BalasPadam
  16. Memang memudahkan kalau pakai air fryer ni kan kak amie, terliur kita tengok, cukup lengkap semuanya hidangan yang kak amie sediakan ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe