Air tangan Bonda dan air tangan MIL memang lazat. Kedua-dua hasil masakan insan yang tersayang ini memang sentiasa menggamit selera. Teringat sewaktu MIL masak Asam Pedas Kaki Ayam, kami menantu, ipar dan biras memuji-muji kelazatannya. Belum lagi dihidang, asam pedas masih di atas dapur, aromanya cukup menggoda rasa. MIL masak Asam Pedas Kaki Ayam berkuah cair. Cukup rasa! Di akhir sentuhan masakannya, MIL perahkan jus limau nipis. Sesungguhnya MIL dan limau nipis memang sukar untuk dipisahkan.
Hari ini Amie masak Asam Pedas Kaki Ayam. Firdaus tidak mahu berhenti meratah kaki ayam walaupun pedas. Nasinya diketepikan. Oleh kerana ada Ketam Babat Goreng, memang tak pandang nasi langsung. Kalau boleh dia nak meratah satu orang kesemua Ketam Babat Goreng itu.
Asam Pedas Kaki Ayam |
Hidangan tengahari Jumaat:
- Nasi Putih
- ASam Pedas Kaki Ayam
- Kembang Kates Tumis Cili Padi
- Ketam Babat Goreng
- Ikan Jepun Goreng
- Tauhu Goreng + Putik Jagung Kukus & Sambal Tempoyak
- Nanas & Epal Hijau / Merah
Kembang Kates Tumis Cili Padi |
Ikan Jepun Goreng |
Ketam Babat Goreng |
Tauhu Goreng, Putik Jagung Kukus & Sambal Tempoyak. |
Nanas & Epal Hijau / Merah. |
Asam Pedas Kaki Ayam. |
Kalau MIL masak asam pedas kaki ayam, MIL akan potong kecil-kecil. MIL tambahkan leher ayam. Amie potong 2 saja kaki ayam itu. Bahan perencah yang MIL gunakan tidak banyak, hanya bawang putih, bawang merah, cili kering, belacan, kunyit, halia dan serai sahaja. Apabila bahan-bahan tersebut bersatu di dalam periuk, aromanya semerbak. Untuk masakan Asam Pedas Kaki Ayam ini Amie tambahkan daun limau purut. Oleh kerana Amie tidak ada limau nipis, Amie gantikan dengan asam gelugur.
Bahan-bahan:
- 1/2 kg kaki ayam - potong ikut citarasa
- 2 batang serai - diketuk
- 5 helai daun limau purut - tarik urat belakang - ramas
- 4 sudu besar minyak
- 2 keping asam gelugur
- 1.2 liter air
- garam / gu;a / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 15 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang merah
- 5 biji bawang merah
- 1 cam halia
- 2 cm kunyit hidup
- 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
- Panaskan minyak di dalam kuali / periuk.
- Masukkan serai, dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
- Kemudian masukkan air. Biarkan hingga mendidih.
- Masukkan kaki ayam dan asam keping serta gula.
- Biarkan masakan mendidih lagi selama 10 minit.
- Tutup periuk dan perlahankan api dapur.
- Setelah kaki ayam empuk, masukkan daun limau purut dan taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau beberapa kali sehingga daun limau purut berubah warna.
- Padamkan api dapur.
Hari meratah untuk Firdaus. Kenyang tidak kalau tidak mak an nasi?
BalasPadamTak lama lepas tu mengadu perut lapar.
PadamWak pun minat kalau ngadap menu kaki ayam ni
BalasPadamBanyak kolagen Wak.
PadamKaki ayam ni memang pebret MAMA, UYUM dan abang2 dia hahaha
BalasPadamBanyak khasiat kaki ayam.
PadamSaya terliur bunga betik pedas tu...Sukanyaaaa..Mana nak cari bunga betik ni
BalasPadamTerpaksalah tunggu tamat PKP ye Mama Cella.
PadamKaki atau leher ayam, saya suka makan jika dibuat sup.
BalasPadamLain orang lain selera masakan.
PadamSelalu buat sup dengan kerabu. Boleh cuba lain kali buat asam pedas ni pula.
BalasPadamSilakan Nani.
PadamKaki ayam dan ketam babat dah jadi favourite Firdaus. Meratah sampai tak ingat nasi. Sedap sangat lah tu. Kembang Kates tu nampak macam pucuk betik pulak.
BalasPadamKembang kates itu bunga betik.
PadamAmìe..akak screenshot menu ni..simpan nk buat nanti...selalu dok buat sup kaki ayam ja
BalasPadamSilakan. Sesekali ubah cara masakan, sedap juga.
Padamasam pedas kaki ayam baru tau mesti sedap tu
BalasPadamYa, sedap Kak PI. Cukup rasa asam pedas.
PadamKembang kates cili api tu , sama aja ke dengan kerabu putik bunga betik tu ..
BalasPadamKembang kates itu sama dengan bunga betik, tapi tumis cili padi tak sama dengan kerabu.
PadamSedapnya asam pedas kaki ayam....SA suka apa jer masakan yang melibatkan kaki ayam...masak lama- lama sebab sedap especially buat sup kan kak amie...nak cuba la masaka asam pedas kaki ayam...td citer dan tunjuk kat mak...eh..mak kata jom cuba....hehehehe
BalasPadamWah! Mak Pah nak masak asam pedas kaki ayam... mesti sedap ni SA!
PadamBetul kaki ayam banyak colagen, dah la sedap bila empuk, berbaloi menikmatinya..
BalasPadamermmm... saya tak makan plak kaki ayam
BalasPadamsedapnya nmpk, dah la favourite syu kaki ayam ni.
BalasPadamDulu masa belajar, housemate saya suka benor la buat lauk macam ni hahaha. Kita mampu tengok je sebab tak makan kaki ayammm walaupun tahu kaki ayam banyak khasiat hehehe
BalasPadam