Pucuk & Bunga Betik Masak Lodeh Versi Cocos

9:07 PTG

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan bersua di alam maya. Kali ini Amie ingin kongsikan masakan tradisi orang Melayu Cocos iaitu Pucuk & Bunga Betik Masak Lodeh. Sebelum itu, Amie ingin jelaskan perbezaan lodeh kita di Malaya dengan lodeh Cocos.

Masakan sayur lodeh MIL (Cocos) berbeza dengan sayur lodeh kita (Malaya, terutamanya Jawa). Masakan sayur lodeh MIL menggunakan rempah biji ketumbar. Apa pun, menurut Kamus Bahasa Melayu, lodeh ialah masakan daripada berbagai-bagai jenis sayur yang dimasak dengan santan hingga empuk. Manakala Wikipedia bahasa Indonesia pula mengatakan sayur lodeh mempunyai berbagai macam variasi terutama pada bumbunya, ada yang santannya berwarna putih dan ada juga yang santannya berwarna kuning kemerahan.

Biasanya MIL akan gunakan campuran pucuk ubi, pucuk dan bunga betik serta jantung pisang untuk menghasilkan masakan sayur lodeh. Boleh klik blog link di bawah ini untuk lebih lanjut.

Walaupun tidak cukup tiga bahan seperti pucuk ubi, pucuk dan bunga betik serta jantung pisang, gunakan pucuk ubi atau bunga betik sahaja pun boleh dijadikan masakan lodeh seperti di bawah ini:

Cara masakan pucuk dan bunga betik juga boleh dipelbagaikan seperti berikut:

Pucuk & Bunga Betik Masak Lodeh Versi Cocos


Hidangan tengahari, nasi berlauk ikan goreng, ayam goreng salut tepung dan sayur lodeh pucuk & bunga betik. 


Ramai yang mengatakan bunga serta pucuk betik sangat pahit. Kalau dimakan begitu saja memanglah pahit. Sudah tentu ada cara untuk mengurangkan malah menghilangkan terus rasa pahitnya! Antara petua yang selalu digunapakai termasuklah merebus atau mencelurnya dengan asam jawa, atau asam keping dan ada juga yang gunakan daun jambu.

Amie biasanya rebus dengan menambahkan asam keping. Arwah MIL pula tidak tambahkan apa-apa bahan untuk mengurangkan rasa pahitnya, tetapi hasil masakannya sedap pula. Tidak ada rasa pahit! Mungkin bahan perencah yang digunakan MIL itulah yang membuatkan pucuk & bunga betik tidak pahit!


Arwah MIL suka masukkan ikan layar goreng ke dalam sayur lodeh. Ikan apa-apa pun boleh kata arwah MIL. Kadang-kadang Amie masukkan ikan kering atau udang kering.


Bahan wajib yang tidak boleh ditinggalkan untuk masakan lodeh versi Cocos ini ialah ketumbar biji! Bahan inilah yang menaikkan aroma dan membezakannya dengan masakan lodeh atau masakan lemak yang lain. Tidak banyak bahan lain yang digunakan sebagai perencah. Cukup sekadar cili kering, bawang putih dan bawang merah sahaja. Nak masukkan ikan goreng atauikan masin atau udang kering itu terpulang kepada selera masing-masing.


Pucuk &Bunga Betik Masak Lodeh Versi Cocos Amie kali ini kosong sahaja, tidak ada udang kering atau ikan kering. Apa pun rasanya sudah tentulah sedap dan tidak pahit. Kita lihat resipinya di bawah ini.Bunga dan pucuk betik itu Amie celur sekali dalam periuk. Amie tambahkan 3 keping asam gelugor. Setelah dicelur hingga lembut, buang air rebusan bersama asam gelugor. Bilas dan toskan pucuk dan bunga betik tadi.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan bunga betik yang sudah dicelur
  • 2 tangkai pucuk betik yang sudah dicelur - hiris / potong 
  • 800 ml santan dari 1/2 biji kelapa
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 sudu besar ketumbar biji
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:
  1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan pucuk dan bunga betik. Gaul rata.
  3. Seterusnya masukkan santan kelapa. Masak hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  5. Padamkan api dapur.

18 comments

  1. Tak tahulah kenapa, sy sgt suka rasa pahit pd sayur dalam masakan lemak, lagi pahit lgi sy suka, macam nak lawan2 dengn rasa pahit tu.

    Kalau ke LD, sy nak cari Kak Amie la.. nak rasa keunikan masakan Cocos, nak masak sendiri macam tk cukup bahan aje.. jom Mama Cella! 😁

    BalasPadam
  2. Kalau N9, bunga betik ni buat masak lemak putih..atau buat lawar macam lawar terung..ada gak yang buat kerabu....SA x tahan pahit kak....

    BalasPadam
  3. Sedapnya menu Amie dan presentationnya.
    Saya tertinggal train ttg susur galur Amie. From Cocos?.
    Saya ada juga kawan from Cocos Islands di Aussie ni.. tapi belum berpeluang lagi merasa menu mereka. Oh lodeh mereka bubuh lada hitam. Ok noted. tq Amie.

    BalasPadam
  4. Org kata kalau mkn petai tak berbau,dh namanya bkn petai..kalau makan bunga/pucuk petik tak rasa pahit,tak la rasa ummpphhnya...

    BalasPadam
  5. Ooo.. bunga betik pun boleh buat makan. Biar betik?

    BalasPadam
  6. Sukanya lauk-lauk tuuu....
    Manq nak cari niiii😭

    BalasPadam
  7. selalu pucuk betik buat ulam n bunganya buat kerabu ja

    BalasPadam
  8. Ohh kalau nak kurangkan pahit ada cara dia rupanya. Pasni bolehlah cuba. Sedap juga tu campurkan dengan pucuk ubi dan jantung pisang. Fav pucuk ubi dan jantung pisang.

    BalasPadam
  9. Alamak. Sy xpenah mkn lagi pucuk ubi nii.. msti sedap tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kak nadyya, kita tak pernah makan jugakk huhuhu. Masuk blog kak amie, memang dapat banyakkkk knowledge tentang masakan baruuuuuu.

      Padam
  10. Boleh guna petua untuk hilang pahit.
    Tapi pahit kadang-kadang sedap dimakan macam peria.

    BalasPadam
  11. kadang kadang kak, saya rasa takut nak mencuba resepi akak...takut tak 'menjadi'. ilmu masakan akak memang hebat

    BalasPadam
  12. Assalam.. nak tanya.. ketumbar biji tu perlu tumbuk dahulu atau tidak?

    BalasPadam
  13. terbaikkk semua hidangan Amie
    kerabu betik mabelesss, ikan masin

    BalasPadam
  14. Bila ada dalamnya ketumbar rasanya jadi berempah. Memang unik ni lodeh versi kokos

    BalasPadam
  15. tak tahu lah saya suke ke tak masak lodeh cocos ni.. bahan2 asing sgt bg saya... hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe